Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Cinta

Dari Orang Ketiga Hingga Jadi Isteri, Ini Kisah Cinta Raja Charles III & Ratu Consort Camilla Yang Popular

by Soph Azz
December 8, 2023
Foto - Daily Express

Foto - Daily Express

11
KONGSIAN
Share on Facebook

Sejak dari dulu lagi, hubungan Raja Charles III dan Ratu Consort Camilla mendapat tentangan daripada seluruh dunia termasuklah ahli keluarganya.

Kalau kamu nak tahu, Ratu Elizabeth II sendiri tak merestui hubungan itu dan melabel Camilla sebagai ‘wicked woman‘ kerana menjadi orang ketiga dalam hubungan Raja Charles III dan Puteri Diana ketika itu.

Tetapi siapa sangka di sebalik tentangan itu, Camilla akhirnya berjaya menaikkan ‘tarafnya’ daripada menjadi orang ketiga kepada isteri. Nak tahu bagaimana caranya Camilla lakukan, Miss Murai kongsikan kisah cinta mereka di bawah;

1971

  • Putera Charles III membawa Diana bertemu dengan teman rapatnya iaitu Camilla dan Andrew. Putera Charles III dan Camilla pada ketika itu tidak mempunyai hubungan yang istimewa dikatakan telah ‘setuju’ dengan pilihannya.
  • Menerusi sebuah rakaman, Diana mengatakan dirinya dianggap sebagai ancaman, “Saya telah diperkenalkan dalam circle mereka tetapi saya dianggap sebagai sebuah ancaman, walaupun saya hanya seorang gadis biasa dan sangat muda”.

1981

Foto – Pinterest
  • Setelah mengumumkan berita perkahwinan antara Putera Charles III dan Diana, dia mengatakan tunangnya itu membuat satu gelang khas untuk Camilla.
  • Dalam biografi Diana: In Her Own Words, Diana mengatakan dia mencari kelibat Camilla dan melihat Camilla berada di situ melihat perkahwinan mereka.

1986

YouTube video
  • Dalam sebuah wawancara, Puteri Diana mengatakan suaminya mempunyai hubungan istimewa dengan Camilla, “Ada tiga orang dalam perkahwinan ini. Ianya agak sesak”.
  • Putera Charles III pula memberitahu dia seorang setia sehingga perkahwinannya mereka putus. Pada masa yang sama, beliau mengatakan Camilla hanyalah teman rapatnya untuk jangka masa yang lama.
Ada Mesej Tersembunyi Di Kasut Kahwin Puteri Diana? Ini Maksudnya

1993

Foto – Pinterest
  • Sebuah rakaman perbualan peribadi di antara Putera Charles III dan Camilla telah diketahui oleh seluruh dunia.
  • Kesan daripada itu. Camilla bercerai dengan Andrew pada Januari 1995 manakala setahun kemudian Putera Charles III telah bercerai dengan Puteri Diana.

1997 / 1998

Foto – Reader Digest
  • Setelah kematian Puteri Diana, Putera Charles III memperkenalkan Camilla kepada anaknya Putera William dan Putera Harry. Tetapi pertemuan itu tidak dihiraukan oleh anaknya berikutan dengan kematian Princess Diana.
  • Sekadar info, Puteri Diana meninggal dunia dalam sebuah kemalangan di Paris yang melibatkan pasangannya iaitu Dodi Fayed, seorang usahawan dan Henri Paul, seorang pemandu.

2000

  • Setelah beberapa kali menolak untuk bertemu dengan Camilla, akhirnya Ratu Elizabeth II bersetuju.
  • Pertemuan pertama itu berlaku ketika Ratu Elizabeth II menghadiri sebuah majlis hari jadi Raja Greece di kediaman Putera Charles III di Highrove. Pertemuan mereka itu dikatakan telah ‘mencapai persetujuan’ tentang hubungan Putera Charles III dan Camilla.

2005

Foto – Pinterest
  • Pasangan ini mengumumkan pertunangan mereka apabila Putera Charles III telah melamarnya dengan sebuah cincin milik ibu Ratu Elizabeth II.
  • Kemudian mereka berkahwin dalam sebuah upacara sivil. Dihadiri oleh anak-anak mereka tetapi Ratu Elizabeth II dan Putera Philip tidak menghadiri majlis tersebut.

2010

Foto – Pinterest
  • Selepas perkahwinan mereka, ramai yang mempersoalkan tentang gelaran Camilla setelah Putera Charles III menjadi raja.
  • Disebabkan Camilla menjadi ‘punca’ kepada perkahwinan Putera Charles III dan Puteri Diana berakhir, dia akan menerima gelaran Ratu Consort berbanding dengan Ratu.
Putera Andrew Terlibat Skandal S*ks, Apa Nasib Dua Puterinya Selepas Ini?

Siapa sangka antara hubungan keluarga diraja pun boleh diganggu oleh kehadiran ketiga…

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Camilla Parker-Bowlesputera charlesputeri dianaraja charles iii
Share4Tweet3SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Simpati Lihat Penampilan, Lelaki Terkejut Lepas Tahu Identiti Sultan Brunei- “Vibe Seperti Ayah Di Kampung”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara