Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Menanti Kedatangan Tahun 2024, Aiman Dan Zahirah MacWilson Bakal Timang Anak Kedua

by Puteri Alia
December 18, 2023
Share on Facebook

Tiada khabar yang lebih gembira buat pasangan suami isteri apabila dikurniakan zuriat sebagai pelengkap hidup.

Rata-rata ibu yang pernah hamil untuk kelahiran anak pertama sebelum ini, mungkin tak tahu lagi bagaimana rasa sakitnya bersalin.

Malahan, ada yang langsung tak mahu mendengar bagaimana kesakitan bersalin itu kerana tidak mahu ianya mempengaruhi pemikiran positif para ibu

Namun, setelah merasainya sendiri, sukar sebenarnya untuk melarikan diri daripada memikirkan kesakitannya.

Bukan itu saja, mungkin ada yang masih trauma kerana mengalami komplikasi semasa bersalin anak sulung. Maka, amat penting untuk mendapatkan sokongan keluarga, terutamanya suami.

Namun, setiap perjalanan kehamilan itu indah, tiada kata selain perasaan teruja yang dapat digambarkan oleh merek yang bergelar ibu dan ayah.

Berbahas soal ini, baru-baru ini pasangan selebriti Aiman Hakim Ridza dan Zahirah MacWilson mengumumkan berita gembira apabila bakal menimang cahaya mata kedua pada tahun depan.

Perkara itu diumumkan Aiman, 34, menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya.

Ujar pelakon itu, dia bersyukur dengan kehamilan isterinya dan tidak sabar untuk menanti kedatangan tahun 2024 apabila bakal menyambut cahaya mata baharu.

“2023 hampir ke penghujung. Tidak sabar untuk 2024. Jumpa awak nanti anak kedua. Syukur Alhamdulillah,” katanya.

Menerusi hantaran sama, Aiman turut berkongsi gambar janin selepas Zahirah melakukan pemeriksaan ultra bunyi.

Bagaimanapun Aiman tidak memaklumkan tempoh kandungan dan juga jantina anak keduanya yang bakal lahir itu nanti.

Meninjau dalam ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan turut menantikan cahaya mata kedua pasangan itu.

“Wah tahniah! Tak sabarnya nak tunggu baby lahir,” ujar seorang pengikutnya.

“Isaac akan dapat adiklah! Tahniah,” kata seorang lagi netizen.

“Tahniah. Tak sabarnya,” komen seorang pengguna Instagram.

Untuk rekod, Aiman dan Zahirah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Isaac Raees yang kini berumur dua tahun.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
aiman hakimZahirah Mac Wilson
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Putera mahkota
Spotlight

[FOTO] Momen Comel, Putera Mahkota Jordan & Putera Mateen ‘Dating’ Bawa Anak

by Nurul A.
October 2, 2026

Sebuah pertemuan antara keluarga diraja Brunei dan Jordan telah mencuri perhatian ramai. Menerusi perkongsian gambar di Instagram, Putera Mahkota Jordan,...

Read moreDetails
Spotlight

Dari Kudrat Boys, Insomniacks Ke Ziana Zain, Astro Bawa Dua Konsert Mega

by Phic ARMAN
November 4, 2026

Bagi anda yang masih mencari aktiviti menarik untuk mengisi hujung tahun, Astro nampaknya sudah menyediakan sesuatu yang istimewa buat peminat...

Read moreDetails
Foto - @evertts_gomes (IG)
Spotlight

‘Shipping’ Sampai Buat Fanfic, Evertts Gomes Tegur Peminat KUDRAT

by Nurul A.
October 1, 2026

Pelakon Evertts Gomes menjadi tumpuan ramai selepas memberi teguran tegas kepada segelintir peminat drama "KUDRAT 1986: High Council". Menerusi klip...

Read moreDetails
Seungri
Spotlight

Kahwin Dengan Wanita 20-An, Seungri Dedah Bakal Timang Anak Pertama

by Nurul A.
October 28, 2026

Bekas ahli BIGBANG, Seungri berkongsi telah mendaftarkan perkahwinannya dengan teman wanitanya yang berusia 20-an dan bukan dari kalangan selebriti atau...

Read moreDetails
Spotlight

Nora Danish ‘Naik Angin’ Kenyataan Disunting Kaitkan Pemandu Lori – “Itu Fitnah Sama Sekali”

by Phic ARMAN
October 20, 2026

Pelakon Nora Danish tampil menjelaskan isu kenyataannya mengenai pemandu lori yang tular di media sosial selepas terdapat pihak tidak bertanggungjawab...

Read moreDetails
Foto - @bollywoodbubble (IG)
Bollywood

Sisi Gelap Suami Aishwarya Rai Yang Buat Ramai Tak Tahu, No.3 Paling Mengejutkan!

by Nurul A.
September 20, 2026

Abhishek Bachchan ialah anak kepada pelakon legenda India, Amitabh Bachchan dan suami kepada Aishwarya Rai. Semua orang mengenali Amitabh, walaupun...

Read moreDetails
Spotlight

Sarimah Ibrahim Pertahan Artis Malaysia,- “Kita Multi Talented Bunch Yang Hebat!”

by Phic ARMAN
September 15, 2026

Setiap penyanyi mempunyai kekuatan dan identiti tersendiri. Jadi, adakah seseorang artis perlu mempunyai suara yang ‘merdu’ untuk dianggap berbakat? Persoalan...

Read moreDetails
Penyanyi Iran
Spotlight

Muncul Tanpa Hijab Dalam Video Muzik, Penyanyi Iran Ini Hampir Dihukum 74 Sebatan

by Nurul A.
October 2, 2026

Penyanyi wanita berasal dari Iran, Anita Popist dilaporkan hampir menerima 74 sebatan selepas muncul tanpa hijab dalam video muziknya. Anita...

Read moreDetails
Spotlight

Manusia Lebih Menakutkan Daripada Hantu? Confessions Of A Shaman Bongkar Kisah Dendam Berdarah

by Phic ARMAN
November 10, 2026

Kadangkala, perkara paling menakutkan bukanlah sesuatu yang muncul dari alam ghaib, tetapi manusia yang sanggup melakukan apa sahaja demi memuaskan...

Read moreDetails
Netflix
Spotlight

17 Tayangan Baharu Bakal Temui Anda Di Netflix Pada Oktober Ini!

by Nurul A.
September 28, 2026

Khas untuk bulan Oktober ini, Netflix bakal menayangkan pelbagai kandungan menarik untuk peminat anime. Selain daripada itu, kamu boleh nantikan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penampilan PAI Anisha Rosnah Bertudung Curi Perhatian

  2. 2

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara