Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Tak Boleh Lelap Mata Kerana Takut Perompak Masuk Rumah, Kak KM Masih Trauma Sehingga Perlu Berpindah

by Puteri Alia
March 26, 2024
Share on Facebook

Usahawan selebriti yang popular dengan gelaran Kak KM, Liana Rosli, 43, masih lagi mengalami trauma setelah mengalami pecah rumah baru-baru ini. Kak KM berkongsi bahawa dia masih kesulitan tidur malam dan sering merasa takut, walaupun penjenayah yang terlibat dalam kejadian tersebut sudah ditangkap dan dipenjarakan.

“Saya masih trauma dengan kejadian yang berlaku. Sampai sekarang tak boleh tidur malam. Takut pejam mata dia datang. Walaupun sekarang mereka sudah ada dalam penjara,” ujar Kak KM.

Walaupun barangan berharga yang dirompak berjaya ditemui semula, Kak KM tetap merasakan kejadian tersebut sebagai satu pengalaman yang menakutkan. Dia mengucapkan terima kasih kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana berjaya menangkap penjenayah dalam masa yang singkat.

“Alhamdulillah. Allah hilangkan sekejap dan dah dapat balik semula. Terima kasih kepada PDRM kerana dalam masa 24 jam dapat tangkap penjenayah terbabit,” tambahnya.

Kak KM turut memutuskan untuk berpindah ke rumah baru dalam masa terdekat ini kerana masih merasakan trauma dengan kejadian tersebut. Dia bercadang untuk meningkatkan langkah-langkah keselamatan dengan menutup semua pintu dan tingkap serta mengambil pengawal peribadi dan pemandu untuk mengikutinya ke mana-mana.

“Rumah yang sedia ada saya akan pastikan semua pintu dan tingkap ditutup. Sebagai langkah keselamatan, saya juga merancang nak ambil pengawal peribadi dan pemandu untuk mengikut saya ke mana saja selepas ini,” katanya.

Kak KM berkongsi bahawa penjenayah itu telah membuat perancangan rapi ketika dia dan keluarganya tiada di rumah. Walaupun rumahnya dilengkapi dengan CCTV, penjenayah itu telah memotong sambungan CCTV tersebut.

“Saya sekarang sudah tak percaya pada sesiapa pun. Ia pengajaran supaya saya kena sekat semua benda selepas ini. Saya juga tak boleh tunjuk sangat apa yang dimiliki. Rumah baru nanti mungkin saya tunjuk dalam rumah saja,” tambah Kak KM.

Kejadian pecah rumah tersebut telah dilaporkan kepada pihak polis, dan siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan mengenai kecurian.

Kak KM berharap agar kejadian seram ini menjadi pengajaran buatnya dan juga kepada orang lain untuk sentiasa berhati-hati dan mengambil langkah-langkah keselamatan yang sewajarnya.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
kak kmkak km kena rompakrumah kak km
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Yang Chao-yue
Filem

Dari ‘Rival’ Jadi Kekasih? Kisah Cinta Yang Chao-yue & Dong Si-cheng Di Netflix Curi Perhatian!

by Nurul A.
November 11, 2026

C-Drama kembali 'mendunia' di platform Netflix. Kali ini, muncul pula drama baharu yang berjudul 'Sunshine Through The Rain', memaparkan kisah...

Read moreDetails
Justin Bieber, Sahara Ray
Spotlight

Bekas Kekasih Justin Bieber Meninggal Dunia Pada Usia 34 Tahun

by Nurul A.
October 22, 2026

Model Australia, Sahara Ray meninggal dunia pada usia 34 tahun. Nama Sahara sebelum ini menjadi bualan ramai selepas menjalinkan hubungan...

Read moreDetails
Spotlight

Peminat Dadali, Repvblik, Armada & Samsons Wajib Tahu 3 Kejutan Konsert D.R.A.S. Ini

by Phic ARMAN
October 23, 2026

Ada lagu yang cukup dengan mendengar intro sahaja, kita sudah teringat seseorang. Lebih-lebih lagi lagu patah hati yang pernah menjadi...

Read moreDetails
Penyanyi Mexico
Spotlight

Penyanyi Mexico Tuai Kecaman, Tampil Gayakan Korset Dada Lelaki

by Nurul A.
November 19, 2026

Di Anugerah Grammy Latin 2026, penyanyi Mexico Sofia Monroy telah menarik perhatian dengan korsetnya yang menyerupai badan lelaki. Penampilannya itu...

Read moreDetails
Spotlight

Syamim Farid Tanya Cara Istiqamah Solat Awal Waktu, Ramai Peminat Kongsi Tips!

by Phic ARMAN
October 14, 2026

Menjaga solat pada awal waktu mungkin nampak mudah, tetapi hakikatnya ramai antara kita masih bergelut untuk melakukannya secara konsisten, lebih-lebih...

Read moreDetails
Korea
Spotlight

Baru Episod 6, Netizen Korea Nak Boikot Drama “Doctor X: Mafia in White”?

by Nurul A.
October 27, 2026

Walaupun ada yang memuji "Doctor X: Mafia in White", namun baru-baru ini drama itu telah mencetuskan perdebatan di kalangan netizen...

Read moreDetails
PAI Anisha Rosnah
Spotlight

Penampilan PAI Anisha Rosnah Bertudung Curi Perhatian

by Nurul A.
November 9, 2026

Pengiran Muda Abdul Mateen dan isterinya Pengiran Anak Isteri (PAI) Anisha Rosnah telah mencuri perhatian semasa menghadiri ulang tahun ke-80...

Read moreDetails
Foto - @jofliam (IG)
Lokal

Wanita Dakwa Jadi Mangsa Penipuan Kelas Forex Jofliam- “Bayar RM1500 Lepas 3 Hari Group WS Tutup”

by Nurul A.
September 25, 2026

Nampaknya nama pempengaruh Jofliam, atau nama sebenarnya Muhammad Syuhaimi Jofli, tidak henti menjadi bualan ramai. Kali ini, namanya terpalit dalam...

Read moreDetails
Spotlight

Siap Bawa Buku Nota Ketika Bersanding! 7 Perkara Curi Perhatian Di Resepsi Syed Saddiq & Bella Astillah

by Phic ARMAN
October 19, 2026

Majlis resepsi perkahwinan Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Bella Astillah nyata mencuri perhatian ramai. Bukan...

Read moreDetails
Spotlight

Lebih 300,000 Tonton Aksi Shila Amzah Di China, Tapi Kisah Di Sebaliknya Lagi Menarik

by Phic ARMAN
September 23, 2026

Apa yang akan anda buat kalau tiba-tiba diminta menyanyi bersama kumpulan muzik tradisional yang bahasanya mungkin asing di telinga? Bagi...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Hans Bila Nak Kahwin?”- Akhirnya Terjawab, Hans Isaac Bakal Kahwini Bekas Ratu Cantik Malaysia

  2. 2

    KAHA MAIDAM 2026 Kembali, Ini Tarikh Penebusan & Jumlah Bantuan Untuk Asnaf Terengganu

  3. 3

    Cantiknya Kalian! 6 Selebriti Ini Umum Sudah Berhijab

  4. 4

    Penulis Novel ‘Suamiku Anak Mak’ Luah Rasa Kecewa,- “Dulu Pernah Kena Hina Penulis Sampah”

  5. 5

    [VIDEO] Betul Ke Tentang Dajjal? Ini Fakta Lagu Welcome to the Black Parade Nyanyian MCR

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara