Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

Gandingan Pelakon ‘Legend’ & Baharu! Filem Saka Perawan Bakal Merasuk Di Pawagam 27 Jun Ini

by Aphit J.
May 11, 2024
Share on Facebook

Setelah berjaya meraih kutipan sebanyak RM3.5 juta dan kekal dalam ‘Top 10’ selama 7 minggu berturut-turut di pawagam seluruh Malaysia dan Brunei bagi filem blokbuster pembukaan tahun 2024, Anak Perjanjian Syaitan 2, pengarah dan penerbit terkenal, Dr. Ahmad Idham kini kembali dengan filem komedi seram terbaharu arahannya, Saka Perawan yang bakal menjejaki pewarisnya di pawagam bermula 27 Jun 2024!

Menampilkan Pelakon Legend & Baharu

via Primeworks Studio

Grand Brilliance Studio dengan kerjasama Primeworks Studios selaku pengedar dan rakan pemasaran menerusi Saka Perawan menampilkan barisan pelakon komedi ‘Legend’ dan baharu.

Antara golongan pelakonnya seperti Azlee Senario, Yassin Senario, Datuk Fauziah Nawi, Sophia Albarakbah, Isyariana, Nelissa Nidzam, Afieq Shazwan, Dato’ Seri Eizlan Yusof, Wilma Muhammad, Man Raja Lawak, Atu Zero, Mamak Puteh, Anne Abdullah dan Zalif Sidek.

Kisah Misteri Seorang Nenek

Saka Perawan mengisahkan tentang misteri di sebalik penyakit misteri nenek yang berusia 80 tahun telah membuatkan anak-anaknya menjadi bingung.

Setiap kali selepas Maghrib, keadaan nenek akan merosot dan nazak, tetapi sebaik sahaja mencapai pukul 5 pagi, keadaannya kembali normal dan hanya terbaring di katil.

Sudah hampir sebulan nenek terbaring sakit dan doktor perubatan juga tidak mempunyai jawapan untuk penyakit misteri nenek ini.

Ternyata, akibat perbuatan lampau nenek, beliau yang berada di ambang kematian dan saka yang dimiliki oleh nenek perlu diturunkan kepada cucu perempuan yang masih perawan sebelum nenek meninggal dunia.

Jadi, apakah pengakhiran cerita di sebalik penyakit misteri nenek ini, dan adakah nenek berjaya menjejakkan pewaris Saka Perawan ini?”

Pengambaran Pada Tahun Lepas

via Primeworks Studio

Filem ini telah menjalani sesi penggambaran pada tahun lalu dan akan ‘merasuk’ penonton di pawagam mulai 27 Jun 2024 .

[VIDEO] PA Bella Astillah Akui Bella Gigil Sebab Trauma Ketika Umum Nama Sophia Albarakbah Di AMT 2025

Ia terus membawa keterujaan penonton, apabila poster dan video iklan acah berdurasi 15 saat berjaya mencecah lebih daripada 140 ribu capaian apabila dikongsi kepada penonton melalui media sosial.

Ikuti perkembangan terkini mengenai promosi filem ini dari masa ke semasa.

Layari laman sosial Facebook, Twitter, Instagram serta saluran YouTube Primeworks Studios – filem untuk berita dan informasi terkini.

Pengguna laman sosial boleh menggunakan tanda pagar #SakaPerawan #BomohOnline #KitaLihatSiapaYangKena bagi berkongsi ulasan tentang filem ini.

Afieq ShazwanAnne AbdullahAtu Zeroazlee senarioDato’ Seri Eizlan YusofDatuk Fauziah NawiisyarianaMamak PutehMan Raja LAwakNelissa NidzamSophia AlBarakbahWilma MuhammadYassin SenarioZalif Sidek.
https://lomp.at/zlr87
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Filem

5 Info Menarik Tentang “Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku?” Yang Buat Hati Penonton Tak Tenang

by Phic ARMAN
February 8, 2026

Filem Indonesia memang terkenal dengan naskhah yang pandai main emosi. Yang terbaru, Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku? kini bersedia pula mengetuk...

Read moreDetails
Filem

Balik Raya Asyik Kena Soal ‘Bila Nak Kahwin’? Iklan Raya “Bila” Arahan Nadhir Nasar Tayang 7 Mac Ini

by Farah Fatihah
March 6, 2026

Sempena kedatangan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, Laugh Out Loud Entertainment Sdn Bhd melancarkan iklan Raya terbaharu berjudul “Bila”...

Read moreDetails
Foto - @kongtaomovie (IG)
Filem

Pelakon Filem Seram ‘Kong Tao’ Bakal Temui Peminat Di Penang & Lembah Klang!

by Nurul A.
March 9, 2026

Filem seram kerjasama Malaysia-Thailand, 'Kong Tao' bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 19 Mac 2026. Bersempena tayangan filem ini,...

Read moreDetails
Foto - @pureluxury.mag (IG)
Budaya

5 Filem Romantik Untuk ‘Netflix & Chill’ Dengan Si Dia Semasa Hari Kekasih 2026!

by Nurul A.
February 9, 2026

Tinggal lima hari sahaja lagi sebelum Hari Kekasih tiba! Untuk pasangan yang mahu mencipta momen yang paling romantis dalam suasana...

Read moreDetails
Filem

RM10.2 Juta Dalam Masa Singkat, ‘Malaikat Malam’ Bukti Filem Tempatan Masih Berbisa

by Phic ARMAN
April 2, 2026

MURAI tak boleh sorok rasa teruja bila cakap pasal Malaikat Malam ini.  Serius, memang ‘meletup’ habis!  Baru sahaja tayangan awal...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Wak Doyok Tak Setuju Fesyen Lelaki Terlalu Feminin: “Jangan Campur-Campur, Lelaki Tetap Lelaki”

  5. 5

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara