Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Gambar Terdedah Aurat Kembali Tular Selepas Berhijrah, Nabil Tampil Beri Penjelasan Sebenar

by Puteri Alia
June 18, 2024
Share on Facebook

Pelawak dan pengacara terkenal, Nabil Ahmad, baru-baru ini tampil menjelaskan mengenai video iklan kecergasan yang menampilkan dirinya memakai seluar pendek, yang kembali tular di platform TikTok.

Video tersebut telah menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan netizen yang mempersoalkan penampilan Nabil, terutamanya memandangkan penampilannya kini yang lebih menutup aurat.

Nabil Ahmad, yang kini lebih dikenali dengan gaya hidup yang lebih sopan dan menghormati syariat, menjelaskan bahawa video tersebut adalah rakaman lama.

“Saya tak tahu langsung video itu ‘keluar’ semula di TikTok. Itu video lama saya. Dulu, semasa zaman jahiliah kot. Zaman saya rajin ke gimnasium dulu. Saya pun tak perasan mereka kongsi semula iklan itu,” katanya.

Video tersebut menunjukkan Nabil melakukan beberapa aktiviti kecergasan menggunakan peralatan di sebuah pusat kecergasan, dengan memakai kemeja-T putih serta seluar pendek atas paras lutut.

Reaksi netizen di TikTok menunjukkan keprihatinan mereka terhadap penampilan Nabil dalam video itu, dengan beberapa komen seperti, “Lutut Pak Haji,” dan “Ya Allah Haji, tutup aurat, Haji,” merujuk kepada perubahan gaya hidup Nabil.

Menurut Nabil, video itu dirakamkan beberapa tahun lalu dan dia juga sudah lama tidak mengunjungi pusat kecergasan tersebut.

“Memang dah lama sangat saya tak ke situ, dah bertahun-tahun dah. Kalau tak salah, penggambaran iklan itu pun dah lama. Mungkin sebelum pandemik Covid-19 lagi. Sebelum PKP (Perintah Kawalan Pergerakan),” jelasnya.

Nabil turut menyatakan bahawa perubahan gaya hidup dan penampilannya kini adalah hasil dari proses pembelajaran dan perubahan diri.

Topik Berkaitan Dakwa Ada Pihak Iri Hati, Nabil Ahmad Tegas Hubungan Baik Dengan Fazura

“Setiap orang ada fasa perubahan masing-masing. Apa yang penting adalah kita terus berusaha menjadi lebih baik dari hari ke hari,” tambahnya.

Sebagai seorang selebriti yang sering menjadi perhatian umum, Nabil Ahmad tidak dapat lari daripada kritikan dan komen netizen. Namun, beliau mengambil pendekatan positif terhadap setiap komen dan menganggap ia sebagai sebahagian daripada proses perbaikan diri.

“Saya harap penjelasan ini dapat memberikan gambaran yang jelas kepada semua mengenai situasi sebenar. Saya juga berterima kasih kepada mereka yang menegur dengan niat yang baik,” katanya.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
nabil ahmad
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Heidi Klum
Spotlight

Ngeri! Heidi Klum Muncul Sebagai Tangan Putus Sempena Halloween 2026

by Nurul A.
November 2, 2026

Setiap tahun, ramai yang menantikan kostum para selebriti untuk perayaan Halloween. Untuk tahun ini, supermodel Heidi Klum mencuri perhatian ramai...

Read moreDetails
Foto - @soganzi_51 (IG)
Spotlight

Bukan Hadiah Biasa, So Ji Sub ‘Belanja’ Peminat Taiwan Jongkong Emas!

by Nurul A.
November 11, 2026

Aktor popular Korea Selatan, So Ji Sub telah mengejutkan orang ramai dengan sikap murah hatinya. Dia bukan sahaja menghadiahkan kakitangan...

Read moreDetails
Spotlight

Dari Kudrat Boys, Insomniacks Ke Ziana Zain, Astro Bawa Dua Konsert Mega

by Phic ARMAN
November 4, 2026

Bagi anda yang masih mencari aktiviti menarik untuk mengisi hujung tahun, Astro nampaknya sudah menyediakan sesuatu yang istimewa buat peminat...

Read moreDetails
Spotlight

Nora Danish ‘Naik Angin’ Kenyataan Disunting Kaitkan Pemandu Lori – “Itu Fitnah Sama Sekali”

by Phic ARMAN
October 20, 2026

Pelakon Nora Danish tampil menjelaskan isu kenyataannya mengenai pemandu lori yang tular di media sosial selepas terdapat pihak tidak bertanggungjawab...

Read moreDetails
Raja Charles III
Spotlight

Masih ‘Perang Dingin’, Raja Charles III Campur Tangan Dalam Konflik 2 Anaknya

by Nurul A.
October 5, 2026

Putera William dan Putera Harry dilaporkan masih belum berbaik semula. Hubungan mereka pula dikatakan masih tegang selepas Putera Harry memutuskan...

Read moreDetails
Jep Sepahtu
Lokal

Sikap Jep Sepahtu Raih Pujian Menteri Agama- “Tindakan Berani Tangkis Fitnah”

by Nurul A.
October 13, 2026

Nampaknya nama pelawak Jep Sepahtu, atau nama sebenarnya Mohd Nazri Zainal Abidin, sekali lagi menjadi perbualan ramai selepas tampil berkongsi...

Read moreDetails
Spotlight

Kagum Lihat Siti Nurhaliza Sentiasa Kuat, Nasihat Pengurus Buat Ramai Tersentuh

by Phic ARMAN
November 6, 2026

Di sebalik kejayaan dan konsistensi Datuk Seri Siti Nurhaliza dalam industri seni, pastinya ada cabaran serta tekanan yang tidak diketahui...

Read moreDetails
Spotlight

Baru 5 Minit, Tinggal 11 Tiket! Apa Hebat Sangat Puteri Gunung Ledang The Musical?

by Phic ARMAN
November 10, 2026

Kalau anda fikir fenomena Puteri Gunung Ledang The Musical (PGL) sudah reda, nampaknya anda silap! Sambutan terhadap muzikal ikonik ini...

Read moreDetails
Spotlight

“Kepada Yang Berhati Busuk…”- Puteri Sarah Tunjuk Bukti Chat WhatsApp Dengan Bella Astillah

by Phic ARMAN
October 19, 2026

Nampaknya, isu tidak hadir ke majlis kahwin pun boleh mencetuskan pelbagai spekulasi! Pelakon Puteri Sarah Liyana akhirnya bersuara selepas timbul...

Read moreDetails
Spotlight

Belum Tayang Di Malaysia! Areel Abu Bakar Bawa Filem ABANG Ke Barcelona

by Phic ARMAN
October 26, 2026

“Saya percaya kita tidak perlu kehilangan identiti sendiri untuk diterima di peringkat antarabangsa.” Itu antara perkara yang ditekankan pengarah Areel...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Hans Bila Nak Kahwin?”- Akhirnya Terjawab, Hans Isaac Bakal Kahwini Bekas Ratu Cantik Malaysia

  2. 2

    KAHA MAIDAM 2026 Kembali, Ini Tarikh Penebusan & Jumlah Bantuan Untuk Asnaf Terengganu

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    3 Masjid Pilihan Gen Z Untuk Berbuka & Moreh Di Lembah Klang, Seni Bina Cantik, Juadah Pun Menarik

  5. 5

    Elak Kelam-Kabut! Ini 7 Tips Persiapan Hari Raya Yang Ramai Terlepas Pandang

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara