Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Perlu Jalani Pembedahan Dan Kimoterapi, Azharina Tenang Layan Lagu Jiwang Dikala Sedih Diuji Sakit Kanser

by Puteri Alia
June 26, 2024
Share on Facebook

Penyanyi terkenal, Azharina Azhar, akhirnya membuka tirai rahsia dengan mengumumkan bahawa beliau telah didiagnos dengan penyakit kanser.

Namun begitu, jenis sel barah yang menyerang tubuhnya hanya akan diketahui dalam tempoh dua minggu lagi, selepas menerima keputusan laporan perubatan.

Wanita berusia 39 tahun ini sepatutnya menjalani dua pembedahan besar, tetapi terpaksa menangguhkannya untuk menyelesaikan beberapa tugasan yang belum selesai.

“Setakat ini saya belum boleh kongsikan lagi butiran lanjut kerana menunggu keputusan laporan perubatan yang dijangka keluar dalam tempoh terdekat,” kata Azharina.

Penyanyi yang turut menghidap kencing manis sejak dua tahun lalu itu mengakui bahawa kesihatan yang merosot akibat suka makan telah mendorongnya untuk menjalani pembedahan bariatrik minggu depan. Di samping itu, beliau turut menantikan satu lagi pembedahan yang berkaitan dengan kanser.

Dalam satu pertemuan semasa majlis pelancaran single baharu berjudul “Realiti” duet bersama Kozae, Azharina berkongsi pengalamannya mengharungi cabaran kesihatan.

Beliau mengakui keadaan kesihatannya mengganggu aktiviti harian serta emosi, namun sentiasa berusaha untuk berfikiran positif.

“Saya juga insan biasa, kalau sakit tentulah akan menangis. Biasanya saya akan dengar lagu-lagu galau untuk redakan perasaan. Tetapi saya selalu ingatkan perlu positif demi anak-anak dan pekerja. Apa pun yang terjadi, hidup tetap perlu diteruskan,” ujar ibu kepada dua cahaya mata ini.

Menurut Azharina, penyakit yang dihadapinya turut memberi kesan kepada staminanya, menyebabkan beliau mudah kepenatan serta mendatangkan kemurungan.

Penyanyi itu pertama kali berkongsi tentang penyakit yang dihidapinya sewaktu menyertai program All Stars Gegar Vaganza (GV10) pada September 2023, tetapi tidak memberikan perincian lanjut pada waktu itu.

Kata Azharina, walaupun kesakitan yang dialaminya perit dan menyakitkan, beliau tetap bertekad untuk menempuh ujian ini dengan tabah dan semangat yang kuat.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Azharina
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

Siap Bawa Buku Nota Ketika Bersanding! 7 Perkara Curi Perhatian Di Resepsi Syed Saddiq & Bella Astillah

by Phic ARMAN
October 19, 2026

Majlis resepsi perkahwinan Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Bella Astillah nyata mencuri perhatian ramai. Bukan...

Read moreDetails
Foto - @jofliam (IG)
Lokal

Wanita Dakwa Jadi Mangsa Penipuan Kelas Forex Jofliam- “Bayar RM1500 Lepas 3 Hari Group WS Tutup”

by Nurul A.
September 25, 2026

Nampaknya nama pempengaruh Jofliam, atau nama sebenarnya Muhammad Syuhaimi Jofli, tidak henti menjadi bualan ramai. Kali ini, namanya terpalit dalam...

Read moreDetails
Foto - @rizmanruzaini (IG) / @silxntrosx_ (Threads)
Spotlight

[VIDEO] Mak Cik Terlebih Mesra, BFF ‘Ban’ Tetamu Cium Bella Astillah

by Nurul A.
October 26, 2026

Tindakan seorang wanita menarik leher Bella Astillah untuk mencium pipinya baru-baru ini telah mencuri perhatian ramai. Menerusi video yang tular...

Read moreDetails
Imran Khan
Spotlight

Aktor Imran Khan ‘Diusir’ Dari India Selepas Sertai Protes Politik

by Nurul A.
October 20, 2026

Aktor Bollywood Imran Khan dilaporkan telah diminta untuk meninggalkan India menjelang akhir Oktober selepas pihak berkuasa mendakwanya melanggar peraturan imigresen....

Read moreDetails
Meghan Markle
Spotlight

Putera Harry & Meghan Markle Pilih Inap Rumah Kawan Berbanding Istana

by Nurul A.
November 5, 2026

Putera Harry dan Meghan Markle telah mengambil keputusan kembali ke England untuk lebih dekat dengan Raja Charles III tanpa menggalas...

Read moreDetails
Yang Chao-yue
Filem

Dari ‘Rival’ Jadi Kekasih? Kisah Cinta Yang Chao-yue & Dong Si-cheng Di Netflix Curi Perhatian!

by Nurul A.
November 11, 2026

C-Drama kembali 'mendunia' di platform Netflix. Kali ini, muncul pula drama baharu yang berjudul 'Sunshine Through The Rain', memaparkan kisah...

Read moreDetails
PAI Anisha Rosnah
Spotlight

Penampilan PAI Anisha Rosnah Bertudung Curi Perhatian

by Nurul A.
November 9, 2026

Pengiran Muda Abdul Mateen dan isterinya Pengiran Anak Isteri (PAI) Anisha Rosnah telah mencuri perhatian semasa menghadiri ulang tahun ke-80...

Read moreDetails
Justin Bieber, Sahara Ray
Spotlight

Bekas Kekasih Justin Bieber Meninggal Dunia Pada Usia 34 Tahun

by Nurul A.
October 22, 2026

Model Australia, Sahara Ray meninggal dunia pada usia 34 tahun. Nama Sahara sebelum ini menjadi bualan ramai selepas menjalinkan hubungan...

Read moreDetails
Spotlight

Astro Sapu 19 Anugerah AACA 2026, Good Boys Go to Heaven Paling Menyerlah

by Phic ARMAN
October 6, 2026

Kalau selama ini kita hanya tengok drama, filem atau rancangan Astro untuk hiburan, nampaknya hasil kerja di belakang tabir mereka...

Read moreDetails
Ahli Kerabat Diraja
Spotlight

8 Ahli Kerabat Diraja Pilih Orang Biasa Sebagai Pasangan Hidup

by Nurul A.
September 27, 2026

Walaupun 'title' sebagai ahli kerabat diraja memberi banyak kelebihan, tetapi hidup mereka sebenarnya penuh dengan tanggungjawab dan protokol. Lebih-lebih lagi...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Hans Bila Nak Kahwin?”- Akhirnya Terjawab, Hans Isaac Bakal Kahwini Bekas Ratu Cantik Malaysia

  2. 2

    KAHA MAIDAM 2026 Kembali, Ini Tarikh Penebusan & Jumlah Bantuan Untuk Asnaf Terengganu

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    3 Masjid Pilihan Gen Z Untuk Berbuka & Moreh Di Lembah Klang, Seni Bina Cantik, Juadah Pun Menarik

  5. 5

    Elak Kelam-Kabut! Ini 7 Tips Persiapan Hari Raya Yang Ramai Terlepas Pandang

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara