Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Ada Surat Doktor Tentang Masalah Kesihatan Yang Dialami, Azira Shafinaz Mahu Simpan Rahsia Sakit Apa

by Puteri Alia
June 27, 2024
Share on Facebook

Penyanyi dan pelakon Azira Shafinaz baru-baru ini menegaskan agar khalayak berhenti membuat sebarang spekulasi mengenai pengunduran kumpulan De Fam daripada program “The Hardest Singing Show” (THSS) atas alasan kesihatan.

Pengumuman ini menjadi topik hangat apabila trio wanita tersebut masih membuat persembahan di acara pembukaan kedai fizikal Apple di The Exchange TRX, seminggu selepas pengumuman tersebut.

Azira, atau nama penuhnya Azira Shafinaz Ramlan, menjelaskan bahawa keputusan untuk menarik diri dari THSS dibuat berdasarkan nasihat doktor.

“Saya mendapat nasihat doktor agar berhenti membuat persembahan di THSS. Kalau boleh saya mengharapkan agar semua dapat menerima keputusan De Fam ini,” katanya.

Menurut Azira, keputusan ini telah dibincangkan dan dipersetujui oleh semua ahli kumpulan serta pihak produksi Astro.

“Saya telah berjumpa dengan ahli De Fam dan kami bertiga sudah berbincang dan sepakat untuk menarik diri. Perkara ini juga sudah dimaklumkan dengan pihak produksi Astro.”

Azira turut menyatakan bahawa beliau memiliki surat pengesahan doktor yang menasihatkan agar tidak menyertai pertandingan itu.

“Biarlah apa yang berlaku kepada saya hanya diketahui oleh diri saya sendiri, pasukan saya, dan pihak Astro sahaja,” katanya.

Sebelum keputusan pengunduran dibuat, Azira sudah memberi bayangan mengalami masalah kesihatan ketika membuat persembahan pada minggu ketiga dan kelima THSS.

Kesibukan jadual kerja dan tekanan untuk membuat persediaan di THSS sedikit sebanyak telah menjejaskan kesihatan dirinya.

“Sebelum ini saya pernah berkongsi hantaran bahawa mengalami masalah kesihatan. Tetapi, saya tidak mahu menjelaskan secara terperinci mengenai masalah kesihatan kerana perkara itu terlalu peribadi.”

Azira memahami mengapa orang ramai mempertikaikan keputusan mereka setelah De Fam membuat persembahan baru-baru ini.

“Saya pula sibuk menjalani penggambaran sejak tahun lalu tanpa henti sehingga Februari kemudian sambung penggambaran beberapa projek lain dan seterusnya menyertai program THSS. Jadi mungkin juga tahap kesihatan saya sedikit terganggu,” katanya.

Susulan masalah kesihatan itu, Azira mengambil pendekatan untuk berehat selama sebulan sebelum memulakan penggambaran pada Ogos depan. Keputusan ini diharapkan dapat membantu beliau memulihkan tahap kesihatannya.

Topik Berkaitan Ulas Soal Seksi, Azira Akui De Fam Ada Etika Pemakaian- "Sebagai Muslim Tahu Apa Boleh Pakai Atau Tak"

De Fam mengumumkan pengunduran mereka dari THSS selepas lima minggu bersaingan dalam program realiti nyanyian itu. Pengumuman dibuat pada minggu keenam menerusi tayangan video di THSS, menunjukkan keputusan ini dibuat dengan teliti dan mengambil kira semua faktor kesihatan yang berkaitan.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Azira Shafinazde fam
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Angelina Jolie
Hollywood

Jual Rumah Di LA, Angelina Jolie Bakal Pindah Ke Kemboja

by Nurul A.
September 25, 2026

Aktres Hollywood dan aktivis kemanusiaan, Angelina Jolie dikhabarkan bakal meninggalkan Amerika Syarikat. Keputusan itu didakwa dibuat selepas Angelina dan anak-anaknya...

Read moreDetails
Spotlight

Nora Danish ‘Naik Angin’ Kenyataan Disunting Kaitkan Pemandu Lori – “Itu Fitnah Sama Sekali”

by Phic ARMAN
October 20, 2026

Pelakon Nora Danish tampil menjelaskan isu kenyataannya mengenai pemandu lori yang tular di media sosial selepas terdapat pihak tidak bertanggungjawab...

Read moreDetails
Spotlight

Syamim Farid Tanya Cara Istiqamah Solat Awal Waktu, Ramai Peminat Kongsi Tips!

by Phic ARMAN
October 14, 2026

Menjaga solat pada awal waktu mungkin nampak mudah, tetapi hakikatnya ramai antara kita masih bergelut untuk melakukannya secara konsisten, lebih-lebih...

Read moreDetails
Jude Bellingham
Spotlight

Ber-‘Boxer’ Calvin Klein, Billboard Jude Bellingham Cetus Kesesakan Lalu Lintas!

by Nurul A.
November 6, 2026

Nampaknya daya tarikan bintang bola sepak Inggeris, Jude Bellingham telah berjaya mencetuskan kekecohan di kalangan penduduk New York. Billboard Jude...

Read moreDetails
Spotlight

Peminat Boleh Pilih Lagu & Tema? Ini 5 Fakta Konsert Ella: Sidang Penutup Yang Anda Perlu Tahu!

by Phic ARMAN
October 21, 2026

Selepas menghimpunkan lebih 70,000 peminat di Kuala Lumpur, Singapura dan Pulau Pinang, Ella bakal menutup perjalanan Majlis Tertinggi Rockqueen 2026...

Read moreDetails
Jep Sepahtu
Lokal

Sikap Jep Sepahtu Raih Pujian Menteri Agama- “Tindakan Berani Tangkis Fitnah”

by Nurul A.
October 13, 2026

Nampaknya nama pelawak Jep Sepahtu, atau nama sebenarnya Mohd Nazri Zainal Abidin, sekali lagi menjadi perbualan ramai selepas tampil berkongsi...

Read moreDetails
Justin Bieber, Sahara Ray
Spotlight

Bekas Kekasih Justin Bieber Meninggal Dunia Pada Usia 34 Tahun

by Nurul A.
October 22, 2026

Model Australia, Sahara Ray meninggal dunia pada usia 34 tahun. Nama Sahara sebelum ini menjadi bualan ramai selepas menjalinkan hubungan...

Read moreDetails
will hyde, blvckheart
Spotlight

will hyde & BLVCKHEART Lancar Single Kolaborasi “love 4 granted”

by Nurul A.
September 29, 2026

Artis indie-pop dan R&B Australia, will hyde, kembali dengan single terbaharunya, ‘love 4 granted’, sebuah lagu kolaborasi bersama artis hip-hop Thailand,...

Read moreDetails
Meghan Markle
Spotlight

Putera Harry & Meghan Markle Pilih Inap Rumah Kawan Berbanding Istana

by Nurul A.
November 5, 2026

Putera Harry dan Meghan Markle telah mengambil keputusan kembali ke England untuk lebih dekat dengan Raja Charles III tanpa menggalas...

Read moreDetails
Putera mahkota
Spotlight

[FOTO] Momen Comel, Putera Mahkota Jordan & Putera Mateen ‘Dating’ Bawa Anak

by Nurul A.
October 2, 2026

Sebuah pertemuan antara keluarga diraja Brunei dan Jordan telah mencuri perhatian ramai. Menerusi perkongsian gambar di Instagram, Putera Mahkota Jordan,...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    KAHA MAIDAM 2026 Kembali, Ini Tarikh Penebusan & Jumlah Bantuan Untuk Asnaf Terengganu

  2. 2

    “Hans Bila Nak Kahwin?”- Akhirnya Terjawab, Hans Isaac Bakal Kahwini Bekas Ratu Cantik Malaysia

  3. 3

    Penulis Novel ‘Suamiku Anak Mak’ Luah Rasa Kecewa,- “Dulu Pernah Kena Hina Penulis Sampah”

  4. 4

    Cantiknya Kalian! 6 Selebriti Ini Umum Sudah Berhijab

  5. 5

    [VIDEO] Betul Ke Tentang Dajjal? Ini Fakta Lagu Welcome to the Black Parade Nyanyian MCR

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara