Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Remy Ishak Kini Tampil Bertindik Hidung, Isteri Nafi Suami Cari Perhatian Untuk Naikkan Nama

by Puteri Alia
August 23, 2024
Share on Facebook

Pelakon terkenal Remy Ishak baru-baru ini menjadi perhatian selepas muncul di majlis pelancaran drama terbaharunya, The Secret, dengan imej yang sedikit berbeza iaitu bertindik pada hidung.

Imej tersebut menimbulkan pelbagai reaksi, termasuklah tuduhan daripada netizen yang mendakwa Remy ‘lapar perhatian’ dan melakukan tindakan itu untuk menaikkan kembali namanya yang didakwa semakin merudum.

Namun, isteri Remy, Roszaliza Yusof atau lebih dikenali sebagai Ezza, tampil mempertahankan suaminya daripada tuduhan tersebut. Menerusi hantaran di Instagram Story, Ezza menegaskan bahawa Remy tidak memerlukan publisiti murahan untuk kekal relevan dalam industri.

“Alhamdulillah, Allah bagi rezeki dekat kami tak pernah putus. Susah suami saya ini nak dapat cuti,” ujar Ezza, sambil menambah bahawa Remy bukanlah jenis yang suka berkongsi hal peribadi di media sosial.

Ezza juga berkongsi tangkap layar komen netizen yang mendakwa Remy tampil dengan subang hidung kerana kerjayanya semakin hambar. Individu tersebut mendakwa tindakan Remy bertujuan untuk mendapatkan liputan media yang lebih meluas.

“Mungkin sebab dah makin sendu, jadi bila buat macam ini baru ada berita ‘naik’ pasal dia,” tulis individu terbabit.

Dalam nada berseloroh, Ezza turut menyatakan bahawa subang hidung tersebut hanyalah sementara dan kini telah dikembalikan kepadanya.

“Cincin itu dia (Remy) sudah pulangkan dekat saya, tenang okey,” katanya.

Remy sendiri tidak terlalu mengambil berat mengenai kecaman yang diterimanya. Beliau menjelaskan bahawa subang tersebut adalah palsu dan sekadar aksesori fesyen yang dipakai untuk acara tersebut. Remy juga menegaskan bahawa dia selesa dengan imejnya dan tidak terkesan dengan tanggapan negatif.

Topik Berkaitan [VIDEO] Gelagat Remy Ishak Salam Raya Ibu Undang Gelak Tawa- "Menekan-Nekan Minta Maaf Tu"

Keberanian Remy untuk tampil berbeza dan eksperimental dengan fesyen seharusnya dilihat sebagai satu langkah kreatif, bukan sekadar cubaan untuk meraih perhatian.

Tuduhan bahawa kerjayanya semakin hambar juga dilihat tidak berasas memandangkan Remy masih aktif dan terus mendapat tawaran dalam industri seni.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
remy ishakRemy Ishak Tindik Hidung
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Robert Pattinson
Spotlight

Ada Unsur Ped*filia, Filem Thriller Robert Pattinson Diharamkan Di Malaysia

by Nurul A.
October 7, 2026

Nampaknya peminat Robert Pattinson tidak berpeluang untuk menyaksikan lakonan aktor itu menerusi filem thriller psikologi terbarunya, 'Primetime' di pawagam tempatan....

Read moreDetails
Eddie G & Chubb-E, Serangan Radikal
Spotlight

Eddie G & Chubb-E Bergabung, Lancar “Serangan Radikal”

by Nurul A.
September 22, 2026

Industri muzik hip-hop tempatan dimeriahkan dengan pelancaran single terbaharu berjudul “Serangan Radikal”, yang menampilkan gabungan dua artis hiphop iaitu Eddie...

Read moreDetails
Foto - @soganzi_51 (IG)
Spotlight

Bukan Hadiah Biasa, So Ji Sub ‘Belanja’ Peminat Taiwan Jongkong Emas!

by Nurul A.
November 11, 2026

Aktor popular Korea Selatan, So Ji Sub telah mengejutkan orang ramai dengan sikap murah hatinya. Dia bukan sahaja menghadiahkan kakitangan...

Read moreDetails
Netflix
Spotlight

14 Filem & Drama Bakal Masuk Netflix November Ini!

by Nurul A.
October 30, 2026

Bulan November bakal menyaksikan pelbagai pilihan hiburan yang menarik di Netflix, daripada pengembaraan penuh aksi, drama yang memikat, karya bertema...

Read moreDetails
Yang Chao-yue
Filem

Dari ‘Rival’ Jadi Kekasih? Kisah Cinta Yang Chao-yue & Dong Si-cheng Di Netflix Curi Perhatian!

by Nurul A.
November 11, 2026

C-Drama kembali 'mendunia' di platform Netflix. Kali ini, muncul pula drama baharu yang berjudul 'Sunshine Through The Rain', memaparkan kisah...

Read moreDetails
Jep Sepahtu
Lokal

Sikap Jep Sepahtu Raih Pujian Menteri Agama- “Tindakan Berani Tangkis Fitnah”

by Nurul A.
October 13, 2026

Nampaknya nama pelawak Jep Sepahtu, atau nama sebenarnya Mohd Nazri Zainal Abidin, sekali lagi menjadi perbualan ramai selepas tampil berkongsi...

Read moreDetails
Spotlight

Iman Fandi Lancar EP Afterglow, Kisah Belajar Melepaskan Demi Bahagia

by Phic ARMAN
October 16, 2026

Dalam hidup, ada masanya kita perlu melepaskan sesuatu yang disayangi demi kebahagiaan sendiri. Bukan mudah, tetapi itulah antara mesej yang...

Read moreDetails
Steps
Filem

Bukan Kisah Dongeng Biasa, ‘Steps’ Tampil Dengan Twist Mengejutkan!

by Nurul A.
October 16, 2026

Netflix telah mendedahkan treler untuk filem 'Steps', sebuah komedi fantasi yang membayangkan semula kisah Cinderella dari perspektif adik-beradik tirinya yang...

Read moreDetails
Kareena Kapoor
Spotlight

Loket Ayat Kursi Ketika Deepavali? Kareena Kapoor Terima Notis Guaman

by Nurul A.
November 16, 2026

Aktres Bollywood, Kareena Kapoor kini berdepan dengan tindakan undang-undang selepas menggayakan lokel diraja Bhopal yang mengandungi potongan ayat Kursi. Aktres...

Read moreDetails
Spotlight

Manusia Lebih Menakutkan Daripada Hantu? Confessions Of A Shaman Bongkar Kisah Dendam Berdarah

by Phic ARMAN
November 10, 2026

Kadangkala, perkara paling menakutkan bukanlah sesuatu yang muncul dari alam ghaib, tetapi manusia yang sanggup melakukan apa sahaja demi memuaskan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Hans Bila Nak Kahwin?”- Akhirnya Terjawab, Hans Isaac Bakal Kahwini Bekas Ratu Cantik Malaysia

  2. 2

    KAHA MAIDAM 2026 Kembali, Ini Tarikh Penebusan & Jumlah Bantuan Untuk Asnaf Terengganu

  3. 3

    Penulis Novel ‘Suamiku Anak Mak’ Luah Rasa Kecewa,- “Dulu Pernah Kena Hina Penulis Sampah”

  4. 4

    Cantiknya Kalian! 6 Selebriti Ini Umum Sudah Berhijab

  5. 5

    [VIDEO] Betul Ke Tentang Dajjal? Ini Fakta Lagu Welcome to the Black Parade Nyanyian MCR

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara