Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Shuhada Temui Ketenangan di Australia Selepas Perceraian- “Allah Gantikan Saya Dengan Kehidupan Lebih Baik”

by Puteri Alia
September 5, 2024
Share on Facebook

Bekas isteri pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada, kini memulakan lembaran baru dalam hidupnya selepas berhijrah ke Australia bersama dua anaknya. Meskipun jauh dari tanah air, Shuhada, 30, mengakui kehidupannya kini semakin baik dan tenang di rantau orang.

Dalam satu siaran langsung di TikTok, Shuhada berkongsi bagaimana dia pada mulanya mempersoalkan nasib hidupnya selepas melalui pelbagai ujian, termasuk perceraian. Namun, dia kini melihat segala cabaran yang dilalui sebagai jalan untuk mencapai sesuatu yang lebih baik.

Shuhada dengan jujur mengakui bahawa pada suatu ketika dahulu, dia sering tertanya-tanya mengapa dirinya diuji dengan dugaan yang berat, termasuklah perceraian dengan Hafidz. Namun, kini dia menyedari hikmah di sebalik setiap ujian tersebut.

“Dulu saya memang terfikir mengapa Allah berikan saya ujian sebegini, apa salah saya. Tetapi saya bersangka baik dengan Allah dan Dia gantikan saya dengan benda lebih baik. Allah izinkan saya untuk bersama dengan kedua-dua anak dan menetap di sini (Australia),” katanya dengan penuh syukur.

Bagi Shuhada, perubahan dalam hidupnya bukan sekadar pindah lokasi, tetapi juga kualiti hidup yang dirasakan lebih baik berbanding sebelum ini. Dengan kedamaian yang dijumpainya, dia percaya bahawa setiap manusia akan diuji tetapi Allah tidak akan memberikan beban yang tidak mampu dipikul.

Mengulas tentang spekulasi hubungannya dengan lelaki lain, Shuhada menafikan dakwaan bahawa kehidupannya yang lebih baik kini berkait dengan kehadiran seseorang.

“Saya katakan Allah akan menggantikan kita dengan yang lebih baik itu, bukan bermaksud menggantikan lelaki yang lebih baik. Tidak, saya di sini tiada sesiapa dan tidak bercinta dengan mana-mana lelaki,” tegasnya, sambil menekankan bahawa fokus utamanya kini adalah untuk membina kehidupan bersama anak-anaknya, Humairah, 6, dan Umar, 2.

Bagi Shuhada, ujian hidup yang dilaluinya bukan tentang mencari cinta baharu, tetapi tentang menemukan makna dan tujuan hidup yang sebenar.

“Saya juga bukan orang baik dan tidak lari daripada berbuat dosa, tetapi paling utama perlu meletakkan Allah sebagai nombor satu, insya-Allah,” tambahnya, mengingatkan bahawa setiap manusia tidak lari daripada melakukan kesilapan, namun yang penting adalah usaha untuk mendekatkan diri kepada Tuhan.

Pada awal Ogos lalu, Shuhada mengumumkan bahawa dia telah berhijrah ke Australia bersama anak-anaknya dan kini menetap di Melbourne. Difahamkan, penghijrahannya itu adalah untuk menyambung pengajian di sebuah institut pendidikan di sana.

Topik Berkaitan Bengang Disekat Shuhada, Hafidz Roshdi Luah Rindukan Anak- "Saya Nak Hak Lawat"

Selain itu, Shuhada juga tidak menolak kemungkinan untuk terus menetap di Australia buat jangka masa panjang dan tidak merancang untuk kembali ke Malaysia dalam masa terdekat. Keputusan ini dibuat atas dasar mencari kestabilan dan peluang hidup yang lebih baik untuk dirinya serta anak-anak.

Shuhada dan Hafidz mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan selama perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata. Namun, pada 27 Julai 2023, Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam mengesahkan perceraian mereka dengan talak satu.

Selepas episod perceraian tersebut, Shuhada memilih untuk memulakan perjalanan baharu dalam hidupnya, dan penghijrahannya ke Australia menjadi salah satu langkah terbesar dalam usaha itu.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
hafidz roshdinurul shuhada mat shukrinurul shuhada menetap di Australia
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

“Kepada Yang Berhati Busuk…”- Puteri Sarah Tunjuk Bukti Chat WhatsApp Dengan Bella Astillah

by Phic ARMAN
October 19, 2026

Nampaknya, isu tidak hadir ke majlis kahwin pun boleh mencetuskan pelbagai spekulasi! Pelakon Puteri Sarah Liyana akhirnya bersuara selepas timbul...

Read moreDetails
Spotlight

Dato’ Fazley Dedah ‘Match Maker’ Di Sebalik Hubungannya Dengan Datuk Seri Vida

by Phic ARMAN
November 11, 2026

Siapa sangka, usikan anak-anak boleh menjadi titik permulaan kepada sebuah hubungan istimewa? Itulah yang berlaku kepada penyanyi dan cef selebriti,...

Read moreDetails
Spotlight

NEXZ Bakal Gegarkan Zepp KL Mei 2027, NEX2Y Malaysia Jangan Terlepas!

by Phic ARMAN
November 18, 2026

Peminat K-Pop di Malaysia, boleh mula bersiap sedia! Kumpulan lelaki tujuh anggota dari Korea Selatan, NEXZ bakal mengadakan konsert pertama...

Read moreDetails
Imran Khan
Spotlight

Aktor Imran Khan ‘Diusir’ Dari India Selepas Sertai Protes Politik

by Nurul A.
October 20, 2026

Aktor Bollywood Imran Khan dilaporkan telah diminta untuk meninggalkan India menjelang akhir Oktober selepas pihak berkuasa mendakwanya melanggar peraturan imigresen....

Read moreDetails
Angelina Jolie
Hollywood

Jual Rumah Di LA, Angelina Jolie Bakal Pindah Ke Kemboja

by Nurul A.
September 25, 2026

Aktres Hollywood dan aktivis kemanusiaan, Angelina Jolie dikhabarkan bakal meninggalkan Amerika Syarikat. Keputusan itu didakwa dibuat selepas Angelina dan anak-anaknya...

Read moreDetails
Khairul Aming Rembayung
Spotlight

“Cik Buat Dua Separate Booking”- Khairul Aming Ulas Isu Gabung Meja Rembayung

by Nurul A.
October 21, 2026

Nama usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming atau mesra disapa sebagai KA, terus menjadi bualan. Dan kali ini disebabkan oleh seorang...

Read moreDetails
Spotlight

Belum Tayang Di Malaysia! Areel Abu Bakar Bawa Filem ABANG Ke Barcelona

by Phic ARMAN
October 26, 2026

“Saya percaya kita tidak perlu kehilangan identiti sendiri untuk diterima di peringkat antarabangsa.” Itu antara perkara yang ditekankan pengarah Areel...

Read moreDetails
Spotlight

“Kami Terima Segala Kecaman”- Syifa Melvin Kesal Terlalu Ikut Emosi

by Phic ARMAN
November 17, 2026

Kontroversi membabitkan usahawan dan pelakon, Syida Melvin bersama bekas suaminya, Mohamad Syafiq Azim Shaheen, nampaknya masih belum reda apabila kemelut...

Read moreDetails
Kim Jong Un
Spotlight

Kim Jong Un Meninggal Dunia? Foto Terkini Buat Netizen Terkejut

by Nurul A.
October 20, 2026

Tular khabar angin bahawa Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un telah meninggal dunia baru-baru ini. Berita kematiannya menjadi bualan ramai selepas...

Read moreDetails
Spotlight

Puteri Sarah Sentuh Soal Jodoh, Kaitkan Tentang Sekufu Dari Kisah Tun M & Siti Hasmah

by Phic ARMAN
September 29, 2026

Bila bercakap tentang jodoh, ramai mungkin terus fikir tentang pasangan yang boleh buat kita bahagia. Tetapi bagi pelakon Puteri Sarah...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    KAHA MAIDAM 2026 Kembali, Ini Tarikh Penebusan & Jumlah Bantuan Untuk Asnaf Terengganu

  2. 2

    Penulis Novel ‘Suamiku Anak Mak’ Luah Rasa Kecewa,- “Dulu Pernah Kena Hina Penulis Sampah”

  3. 3

    Cantiknya Kalian! 6 Selebriti Ini Umum Sudah Berhijab

  4. 4

    [VIDEO] Betul Ke Tentang Dajjal? Ini Fakta Lagu Welcome to the Black Parade Nyanyian MCR

  5. 5

    Doktor Sebak Dalam Dewan Bedah, Buah Pinggang & Hati Aidil Milik 3 Individu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara