Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Dah Kahwin, Saya Taubat Tak Nak Jadi Penyondol Lagi”- Julia Farhana Kini Akui Sudah Bertaubat…

by Puteri Alia
October 4, 2024
14
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon jelita Julia Farhana, 30, membuat pengakuan yang mengejutkan ramai apabila menyatakan bahawa dia telah bertaubat dan insaf daripada menjadi ‘penyondol’ dalam drama.

Dalam temubual terbarunya, Julia, atau nama penuhnya Julia Farhana Marin, menegaskan bahawa dia tidak lagi ingin melakonkan watak yang sering dibenci ramai itu.

“Cukuplah. Saya sudah pun berkahwin. Saya dah taubat, dah insaf. Tak mahu jadi ‘penyondol’ lagi dalam drama,” ujarnya.

Julia mengakui bahawa sebelum ini, dia telah berkali-kali membawa watak penyondol dalam pelbagai naskhah.

“Dulu dalam setahun ada empat ke lima drama saya lakonkan watak penyondol,” katanya.

Walaupun menerima banyak tawaran untuk watak tersebut, dia merasakan sudah tiba masanya untuk mengubah haluan dalam kerjaya lakonannya.

“Walaupun saya masih menerima tawaran untuk watak penyondol selepas berhijab, saya rasa saya perlu hentikan situasi ini supaya saya dapat berkembang dalam lakonan,” jelasnya.

Julia menekankan bahawa keputusan ini bukanlah untuk menolak rezeki, tetapi untuk memberi ruang kepada perkembangan dirinya sebagai seorang pelakon.

Julia mengakui bahawa pada awal kariernya, dia memang menyasarkan watak antagonis.

“Alhamdulillah, watak antagonis banyak membantu memperkenalkan nama saya dalam dunia lakonan. Tetapi kini tiba masanya untuk saya lakonkan lebih banyak watak protagonis,” tambahnya.

Dia gembira dengan penerimaan penonton terhadap wataknya dalam filem “Coast Guard Malaysia: Ops Helang,” yang merupakan satu petanda baik bagi kerjaya lakonannya.

Topik Berkaitan Lufya Omar Tarik Diri Isu Nafkah Anak-"Alhamdulillah Ada Yang Berhutang Dengan Saya Di Akhirat.."

Tidak hanya terhad kepada lakonan, Julia juga mula berjinak-jinak dalam bidang penerbitan. Dia bercadang untuk menghasilkan naskhah sendiri agar lebih mudah untuk melakonkan watak-watak yang diidamkannya.

“Ini adalah cara terbaik untuk saya mengawal jenis watak yang saya ingin bawa dan menjadikan pengalaman berlakon lebih memuaskan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Julia juga bakal menjalani latihan amali di sebuah hospital dalam bidang psikologi tidak lama lagi.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
julia farhanaJulia Farhana penyondolLufya Omar
Share6Tweet4SendShare

KINI TRENDING

Kim Kardashian, Kardashians
Spotlight

Kim Kardashian Tak Main-Main, Jumlah Pengasuh Untuk Anak Buat Ramai Terkedu!

by Nurul A.
October 5, 2026

Bintang realiti "Kardashians" dan pengasas SKIMS, Kim Kardashian mempunyai empat orang anak, hasil perkahwinannya dengan bekas suami, Kanye West. Dengan...

Read moreDetails
Spotlight

“Kepada Yang Berhati Busuk…”- Puteri Sarah Tunjuk Bukti Chat WhatsApp Dengan Bella Astillah

by Phic ARMAN
October 19, 2026

Nampaknya, isu tidak hadir ke majlis kahwin pun boleh mencetuskan pelbagai spekulasi! Pelakon Puteri Sarah Liyana akhirnya bersuara selepas timbul...

Read moreDetails
Spotlight

Lebih 300,000 Tonton Aksi Shila Amzah Di China, Tapi Kisah Di Sebaliknya Lagi Menarik

by Phic ARMAN
September 23, 2026

Apa yang akan anda buat kalau tiba-tiba diminta menyanyi bersama kumpulan muzik tradisional yang bahasanya mungkin asing di telinga? Bagi...

Read moreDetails
Meerqeen Dukung Hannah Delisha
Spotlight

“Boleh Ke Pegang Macam Tu?”- Meerqeen Jelas Isu Dukung Hannah Delisha

by Nurul A.
September 23, 2026

Nampaknya drama bersiri "The Hidden Hand (Dia Perempuan Sialan)" telah berjaya meraih perhatian ramai selepas tularnya sebahagian adegan yang memaparkan...

Read moreDetails
Foto - @hallyuforums (IG)
Spotlight

BLACKPINK Jisoo Ada Kekasih? Cincin ‘Couple’ Dengan Aktor Kacak Ini Jadi Bualan

by Nurul A.
September 29, 2026

Nama BLACKPINK Jisoo sekali lagi menjadi bualan ramai, apabila selebriti itu didakwa menjalinkan hubungan dengan aktor Seo Kang Joon. Khabar...

Read moreDetails
Spotlight

Kenapa Ben Amir Minta Netizen Tonton The Arrivals Selepas Isu Konsert The Weeknd?

by Phic ARMAN
November 10, 2026

Pelakon Ben Amir mencuri perhatian apabila tampil menyuarakan pandangannya mengenai isu konsert The Weeknd yang sebelum ini mencetuskan perdebatan dalam...

Read moreDetails
Kareena Kapoor
Spotlight

Loket Ayat Kursi Ketika Deepavali? Kareena Kapoor Terima Notis Guaman

by Nurul A.
November 16, 2026

Aktres Bollywood, Kareena Kapoor kini berdepan dengan tindakan undang-undang selepas menggayakan lokel diraja Bhopal yang mengandungi potongan ayat Kursi. Aktres...

Read moreDetails
Spotlight

Kagum Lihat Siti Nurhaliza Sentiasa Kuat, Nasihat Pengurus Buat Ramai Tersentuh

by Phic ARMAN
November 6, 2026

Di sebalik kejayaan dan konsistensi Datuk Seri Siti Nurhaliza dalam industri seni, pastinya ada cabaran serta tekanan yang tidak diketahui...

Read moreDetails
Foto - @soganzi_51 (IG)
Spotlight

Bukan Hadiah Biasa, So Ji Sub ‘Belanja’ Peminat Taiwan Jongkong Emas!

by Nurul A.
November 11, 2026

Aktor popular Korea Selatan, So Ji Sub telah mengejutkan orang ramai dengan sikap murah hatinya. Dia bukan sahaja menghadiahkan kakitangan...

Read moreDetails
Jude Bellingham
Spotlight

Ber-‘Boxer’ Calvin Klein, Billboard Jude Bellingham Cetus Kesesakan Lalu Lintas!

by Nurul A.
November 6, 2026

Nampaknya daya tarikan bintang bola sepak Inggeris, Jude Bellingham telah berjaya mencetuskan kekecohan di kalangan penduduk New York. Billboard Jude...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    KAHA MAIDAM 2026 Kembali, Ini Tarikh Penebusan & Jumlah Bantuan Untuk Asnaf Terengganu

  2. 2

    Penulis Novel ‘Suamiku Anak Mak’ Luah Rasa Kecewa,- “Dulu Pernah Kena Hina Penulis Sampah”

  3. 3

    Cantiknya Kalian! 6 Selebriti Ini Umum Sudah Berhijab

  4. 4

    [VIDEO] Betul Ke Tentang Dajjal? Ini Fakta Lagu Welcome to the Black Parade Nyanyian MCR

  5. 5

    Doktor Sebak Dalam Dewan Bedah, Buah Pinggang & Hati Aidil Milik 3 Individu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara