Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Bukan Buang Kawan, Kaka Azraff Tekad Cari Kawan Yang Bantu Dekatkan Diri Kepada Allah

by Puteri Alia
December 18, 2024
Share on Facebook

Kaka Azraff, penyanyi yang terkenal dengan lagu “Bukan Hal Aku,” baru-baru ini membuka cerita tentang hidupnya selepas perceraian dengan bekas suami, Adam Azriff.

Menurut Kaka atau nama penuh beliau, Nor Atiqa Noor Azraff, 35, selepas perpisahan itu, dia memilih untuk lebih dekat dengan Allah. Bukan bermakna dia lari daripada masalah, tetapi dia mengakui bahawa selepas apa yang berlaku, hatinya diberi kelapangan untuk memikirkan semula hala tuju hidup.

“Benda tak jangka, tapi kadang-kadang kita kena juga terima, kan?” kata Kaka sambil tersenyum. Bagi Kaka, situasi tersebut bukanlah satu kegagalan, tetapi peluang untuk memperbaiki diri. Dengan ikhlas, dia mengakui bahawa dalam hidup ini, kita perlu lebih banyak merenung dan menilai diri sendiri, bukan orang lain.

“Saya tak buang kawan-kawan lama. Tak ada rasa nak menyisihkan mereka, cuma, secara perlahan, semuanya berubah. Tak boleh paksa, kan?” tambah Kaka. Pada pandangannya, dia memilih untuk mendekati kawan-kawan yang benar-benar memberi nasihat yang baik dan mendorongnya ke arah yang lebih positif, lebih dekat dengan Allah.

Kaka tak mudah menyalahkan orang lain, terutama bekas suaminya, selepas perceraian. Dalam soal perkahwinan dan hubungan, dia percaya setiap orang ada kekurangannya.

“Sebelum bercerai, saya selalu tengok apa yang dia patut buat sebagai suami, apa hak saya. Tapi selepas bercerai, barulah saya sedar, saya pun ada salah. Kadang-kadang Allah bagi kita pelajaran yang memang kita tak nampak masa kita tengah gembira,” ujarnya.

Bagi Kaka, perceraian itu adalah satu perjalanan yang mendewasakan, yang memberi dia kesedaran bahawa cinta sejati bermula dengan mencintai Allah dahulu, baru boleh mencintai orang lain.

Penyanyi ini juga tidak menyalahkan sesiapa dalam perjalanan hidupnya. Menurutnya, segala yang berlaku adalah dengan izin Allah. “Saya percaya, mungkin inilah jalan yang terbaik untuk saya. Walaupun dalam kesedihan, ada hikmah di sebaliknya,” kata Kaka dengan tenang. Dengan segala yang berlaku, Kaka kini lebih menghargai masa dan lebih menjaga diri.

Lagi satu, Kaka dengan penuh santai memberitahu, kehidupan selebriti tidak selalu seperti yang dilihat di media sosial. Walaupun perceraian adalah isu yang agak besar dalam hidupnya, Kaka percaya itu bukan penamat.

Sebaliknya, ia adalah langkah pertama dalam mencari ketenangan jiwa dan kedekatan dengan Tuhan. Dalam dunia yang serba laju ini, dia semakin sedar bahawa setiap perkara yang berlaku dalam hidup ini adalah sebahagian daripada perancangan yang lebih besar.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
kaka azraff
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Netflix
Spotlight

17 Tayangan Baharu Bakal Temui Anda Di Netflix Pada Oktober Ini!

by Nurul A.
September 28, 2026

Khas untuk bulan Oktober ini, Netflix bakal menayangkan pelbagai kandungan menarik untuk peminat anime. Selain daripada itu, kamu boleh nantikan...

Read moreDetails
Spotlight

Puteri Sarah Sentuh Soal Jodoh, Kaitkan Tentang Sekufu Dari Kisah Tun M & Siti Hasmah

by Phic ARMAN
September 29, 2026

Bila bercakap tentang jodoh, ramai mungkin terus fikir tentang pasangan yang boleh buat kita bahagia. Tetapi bagi pelakon Puteri Sarah...

Read moreDetails
Putera mahkota
Spotlight

[FOTO] Momen Comel, Putera Mahkota Jordan & Putera Mateen ‘Dating’ Bawa Anak

by Nurul A.
October 2, 2026

Sebuah pertemuan antara keluarga diraja Brunei dan Jordan telah mencuri perhatian ramai. Menerusi perkongsian gambar di Instagram, Putera Mahkota Jordan,...

Read moreDetails
Foto - @hallyuforums (IG)
Spotlight

BLACKPINK Jisoo Ada Kekasih? Cincin ‘Couple’ Dengan Aktor Kacak Ini Jadi Bualan

by Nurul A.
September 29, 2026

Nama BLACKPINK Jisoo sekali lagi menjadi bualan ramai, apabila selebriti itu didakwa menjalinkan hubungan dengan aktor Seo Kang Joon. Khabar...

Read moreDetails
Spotlight

JessC Gegar Amerika! Bawa Pulang Gelaran World Artist of the Year

by Phic ARMAN
September 27, 2026

Kalau selama ini kita biasa dengar nama artis tempatan beraksi di pentas Malaysia, JessC pula nampaknya semakin selesa membawa muziknya...

Read moreDetails
Spotlight

NEXZ Bakal Gegarkan Zepp KL Mei 2027, NEX2Y Malaysia Jangan Terlepas!

by Phic ARMAN
November 18, 2026

Peminat K-Pop di Malaysia, boleh mula bersiap sedia! Kumpulan lelaki tujuh anggota dari Korea Selatan, NEXZ bakal mengadakan konsert pertama...

Read moreDetails
Spotlight

“All Is Well, Alhamdulillah” – Aina Abdul Kekal Positif, Anwar Titip Ucapan

by Phic ARMAN
November 15, 2026

Kejayaan penyanyi bersuara lantang, Aina Abdul meraih tempat keempat dalam Eurovision Song Contest Asia 2026 nyata membanggakan rakyat Malaysia. Malah,...

Read moreDetails
Spotlight

Sir Stephen Hough Bakal Pukau Penonton Di KLCC, Dua Karya Beethoven Jadi Tarikan Utama

by Phic ARMAN
October 19, 2026

Peminat muzik klasik, ini masanya untuk menikmati persembahan bertaraf antarabangsa! Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) bakal membawakan konsert istimewa bertemakan A...

Read moreDetails
Spotlight

Bukan Sekadar Reunion! Raqim Ahmad Ada Sebab Istimewa Himpunkan Juara AF Di GV13

by Phic ARMAN
October 23, 2026

Sempena ulang tahun ke-30 Astro, Gegar Vaganza Fantasia (GV13) tampil dengan pendekatan istimewa apabila menghimpunkan dua jenama hiburan yang cukup...

Read moreDetails
Spotlight

5 Perkara Anda Dapat Dari NU FEST 2027, Bukan Sekadar Tengok Konsert!

by Phic ARMAN
October 13, 2026

Anda jenis sanggup beratur panjang demi tengok artis kesayangan? apa kata tahun depan kita naikkan sedikit standard pengalaman berkonsert.  NU...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Hans Bila Nak Kahwin?”- Akhirnya Terjawab, Hans Isaac Bakal Kahwini Bekas Ratu Cantik Malaysia

  2. 2

    KAHA MAIDAM 2026 Kembali, Ini Tarikh Penebusan & Jumlah Bantuan Untuk Asnaf Terengganu

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    3 Masjid Pilihan Gen Z Untuk Berbuka & Moreh Di Lembah Klang, Seni Bina Cantik, Juadah Pun Menarik

  5. 5

    Elak Kelam-Kabut! Ini 7 Tips Persiapan Hari Raya Yang Ramai Terlepas Pandang

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara