Siapa yang tidak mengenali usahawan sensasi Malaysia iaitu Datuk Seri Aliff Syukri yang sering memuat naik video yang kadang kala mencetuskan kontroversi. Selain itu juga, apabila tiba musim perayaan, Aliff Syukri pasti akan mengeluarkan lagu yang akan menjadi trending di laman media sosial yang ada.,
Selain Aliff Syukri, ibunya Bonda Rozita serta kakaknya Noor Hayati juga berkecimpung di dalam dunia perniagaan yang mengubah kehidupan susah mereka suatu ketika dulu dan kini menjadi inspirasi ramai orang. Kini, anak perempuannya lebih menonjol dan sering kelihatan mempromosikan barang-barang perniagaan miliknya apabila mempunyai masa yang terluang.
“Suara Kau Macam Tu Ke, Cuba Nyanyi Betul Betul”-Datin Shahida
Baru-Baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @shopdherbsonline yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 341 ribu, tanda suka sabanyak 6,676 dan sebanyak 288 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan reaksi Datin Shahida yang mendengar suara Qadejah ketika menyanyi di dalam live tiktok bersamanya itu. Kata Datin Shahida hanya suara Ammar sahaja yang sedap di dengar berbanding dengan Qadejah dan Datuk Aliff Syukri.
@shopdherbsonline Tinggi betul Level confident qadijah ni.. Betul2 mewarisi bapaknya😂#terlajaklaris #papalaris
Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa mereka terhibur mendengar suara Qadejah apabila beliau cuba untuk menyanyi namun kedengaran sumbang.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.
Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.