Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Gurau Melampau, PU Riz Nasihat Umat Islam Jangan Buat Trend “Aku Berlutut, Tidak Akan”

by Puteri Alia
April 3, 2025
Share on Facebook

Pendakwah bebas Haris Ismail, atau lebih dikenali sebagai PU Riz, baru-baru ini memberi peringatan kepada umat Islam agar berhati-hati dalam memilih trend media sosial yang ingin diikuti, terutamanya pada musim perayaan. Beliau menekankan pentingnya untuk memastikan setiap tindakan atau trend yang diambil tidak bercanggah dengan syariat agama.

Dalam satu video yang dikongsikan, Haris memberi teguran mengenai satu trend yang tular di media sosial, iaitu trend ‘Aku berlutut? Tidak akan’, yang diambil daripada watak Alucard dalam permainan dalam talian Mobile Legends.

Menurut Haris, setiap tindakan atau lawak yang dilakukan perlu ada garis panduan dan kesedaran mengenai batasannya. “Kalau nak buat lawak ada parameter, ada yang boleh dan tidak. Jangan nak buat ikut suka hati dan minta orang lain relaks supaya tidak mengambil sesuatu perkara terlalu serius,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa umat Islam perlu lebih berhati-hati dalam memilih apa yang hendak dibuat, kerana ada perkara yang tidak boleh dipandang ringan atau dianggap gurauan meskipun ia bersifat hiburan.

Haris menegur bahawa apabila trend seperti ini dijalankan, ia boleh melanggar ajaran agama yang mengajar umatnya untuk menjaga adab dan menghormati tradisi. Beliau juga mengingatkan bahawa kita harus lebih bijak dalam memilih trend yang positif dan mendatangkan manfaat, serta sentiasa mengingati bahawa kita hidup menurut apa yang ditetapkan oleh Allah SWT. “Kita tak boleh ambil ringan, jangan ‘chill’ atau bergurau kepada perkara yang dilarang,” ujarnya.

Topik Berkaitan Cadangan PU Riz Henti Pelihara Anjing Tuai Kecaman -"Saya Personally Tak Suka Anjing"

Dalam video tersebut, Haris juga menyeru supaya umat Islam lebih proaktif dalam menghidupkan trend yang baik dan positif agar ia dapat menjadi ikutan ramai. “Saya pesan ini bukan untuk jadi ustaz atau pendakwah, kita sebagai hamba Allah SWT perlu hidup dengan kadar bagaimana Dia mahu kita hidup,” tambahnya.

Teguran Haris ini turut berhubung dengan trend yang tular di TikTok yang menggunakan dialog ‘Aku berlutut? Tidak akan’ dalam konteks bermaaf-maafan sempena Aidilfitri. Trend ini memaparkan individu, terutama generasi muda, yang dengan berseloroh menolak untuk berlutut ketika bersalaman dengan ahli keluarga, yang dianggap sebagai pelanggaran terhadap tradisi Hari Raya yang penuh dengan adab dan penghormatan kepada golongan berusia.

Bagaimanapun, trend tersebut turut mendapat kritikan daripada ramai pihak yang melihatnya sebagai kurang ajar dan tidak menghormati budaya serta nilai-nilai yang sudah lama diterapkan dalam masyarakat. Haris berharap umat Islam akan lebih peka dan bijak dalam membuat pilihan yang baik agar tidak hanya mengikuti trend, tetapi juga menjaga maruah dan adab yang dituntut dalam agama.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
PU Riz
Share3Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Khairul Aming Rembayung
Spotlight

“Cik Buat Dua Separate Booking”- Khairul Aming Ulas Isu Gabung Meja Rembayung

by Nurul A.
October 21, 2026

Nama usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming atau mesra disapa sebagai KA, terus menjadi bualan. Dan kali ini disebabkan oleh seorang...

Read moreDetails
Spotlight

Dari Kudrat Boys, Insomniacks Ke Ziana Zain, Astro Bawa Dua Konsert Mega

by Phic ARMAN
November 4, 2026

Bagi anda yang masih mencari aktiviti menarik untuk mengisi hujung tahun, Astro nampaknya sudah menyediakan sesuatu yang istimewa buat peminat...

Read moreDetails
Kim Kardashian, Kardashians
Spotlight

Kim Kardashian Tak Main-Main, Jumlah Pengasuh Untuk Anak Buat Ramai Terkedu!

by Nurul A.
October 5, 2026

Bintang realiti "Kardashians" dan pengasas SKIMS, Kim Kardashian mempunyai empat orang anak, hasil perkahwinannya dengan bekas suami, Kanye West. Dengan...

Read moreDetails
Thailand
Spotlight

Luar Biasa! Ratu Thailand Jadi Ratu Pertama Di Dunia Terbangkan Jet Pejuang

by Nurul A.
November 5, 2026

Sememangnya tak dijangka dan sangat luar biasa! Ratu Suthida, Ratu Thailand telah mencipta sejarah sebagai ratu pertama di dunia, yang...

Read moreDetails
Ahli Kerabat Diraja
Spotlight

8 Ahli Kerabat Diraja Pilih Orang Biasa Sebagai Pasangan Hidup

by Nurul A.
September 27, 2026

Walaupun 'title' sebagai ahli kerabat diraja memberi banyak kelebihan, tetapi hidup mereka sebenarnya penuh dengan tanggungjawab dan protokol. Lebih-lebih lagi...

Read moreDetails
Foto - @evertts_gomes (IG)
Spotlight

‘Shipping’ Sampai Buat Fanfic, Evertts Gomes Tegur Peminat KUDRAT

by Nurul A.
October 1, 2026

Pelakon Evertts Gomes menjadi tumpuan ramai selepas memberi teguran tegas kepada segelintir peminat drama "KUDRAT 1986: High Council". Menerusi klip...

Read moreDetails
Foto - @izaraaishahofficial (IG)
Spotlight

“Lesti, Saya Mohon Maaf Atas Adab Saya”- Izara Aishah

by Nurul A.
October 20, 2026

Pelakon Izara Aishah mencuri perhatian selepas menegur pasukan penyanyi Indonesia, Lesti Kejora secara terbuka di platform Threads baru-baru ini. Menyedari...

Read moreDetails
PAI Anisha Rosnah
Spotlight

Penampilan PAI Anisha Rosnah Bertudung Curi Perhatian

by Nurul A.
November 9, 2026

Pengiran Muda Abdul Mateen dan isterinya Pengiran Anak Isteri (PAI) Anisha Rosnah telah mencuri perhatian semasa menghadiri ulang tahun ke-80...

Read moreDetails
Foto - @khiana.smith (IG) / @khianasmith (TikTok)
Spotlight

Hidap Jangkitan Otak Di Bali, Influencer Australia Hampir Berdepan Maut

by Nurul A.
November 4, 2026

Influencer kecergasan Australia, Khiana Smith didakwa sedang bergelut dengan jangkitan otak yang sangat serius ketika bercuti di Bali, Indonesia. Wanita...

Read moreDetails
Spotlight

Belum Tayang Di Malaysia! Areel Abu Bakar Bawa Filem ABANG Ke Barcelona

by Phic ARMAN
October 26, 2026

“Saya percaya kita tidak perlu kehilangan identiti sendiri untuk diterima di peringkat antarabangsa.” Itu antara perkara yang ditekankan pengarah Areel...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penulis Novel ‘Suamiku Anak Mak’ Luah Rasa Kecewa,- “Dulu Pernah Kena Hina Penulis Sampah”

  2. 2

    KAHA MAIDAM 2026 Kembali, Ini Tarikh Penebusan & Jumlah Bantuan Untuk Asnaf Terengganu

  3. 3

    [VIDEO] Betul Ke Tentang Dajjal? Ini Fakta Lagu Welcome to the Black Parade Nyanyian MCR

  4. 4

    Cantiknya Kalian! 6 Selebriti Ini Umum Sudah Berhijab

  5. 5

    Doktor Sebak Dalam Dewan Bedah, Buah Pinggang & Hati Aidil Milik 3 Individu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara