Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Ashraf Muslim Tegur Isteri-Isterinya, Harap Jangan Buka Aib Peribadi di Media Sosial

by Puteri Alia
May 6, 2025
Share on Facebook

Pelakon Ashraf Muslim menegaskan bahawa media sosial bukanlah tempat yang sesuai untuk menyelesaikan masalah, terutamanya soal peribadi. Menurutnya, meskipun platform ini memberi kemudahan untuk berhubung, ia boleh membawa lebih banyak masalah jika digunakan tanpa fikir panjang. Ashraf mengingatkan agar pengguna media sosial lebih berhati-hati sebelum membuat sebarang hantaran, kerana tindakan tersebut boleh memberi kesan yang besar kepada keluarga dan orang terdekat.

“Jangan jadikan media sosial sebagai platform untuk selesaikan masalah sebab tidak semestinya di platform ini dapat membantu meringankan bebanan. Sebaliknya, media sosial menyumbang masalah lebih banyak, jadi kena berhati-hati. Tidak semestinya orang luar suka atau sokong kita,” ujar Ashraf dalam temubual selepas menghadiri majlis pelancaran aplikasi Khawla Showcase di ibu negara baru-baru ini.

Pelakon yang terkenal dengan filem Ada Apa Dengan Dosa ini berkata, sebarang masalah yang melibatkan keluarga sepatutnya disimpan dengan kemas dan tidak didedahkan untuk tatapan umum. Menurutnya, apabila melibatkan perkara yang begitu peribadi, lebih baik untuk menyelesaikannya secara bijak dan bukan melalui platform yang boleh memberi impak buruk.

Ashraf juga memberi peringatan khusus kepada kedua-dua isterinya supaya menggunakan media sosial dengan sebaik-baiknya. “Keluarga adalah harta yang perlu dijaga dengan baik. Tidak kisah sama ada kebaikan, keburukan atau aib, sebagai keluarga kitalah perlu jaga dengan baik. Ibarat seperti kereta rosak, takkan nak biarkan tengah jalan begitu sahaja. Kitalah yang kena baiki sikit demi sikit,” tambahnya.

Menurut Ashraf, penggunaan media sosial yang salah boleh merosakkan hubungan, bukan sahaja dengan orang tersayang, tetapi juga diri sendiri dan keturunan. Dia menegaskan bahawa meskipun media sosial adalah platform yang bagus, ia hanya akan membawa kesan negatif jika disalahgunakan.

Pelakon berusia 43 tahun ini turut menasihati orang ramai agar berhati-hati sebelum menulis atau mengeluarkan kenyataan di media sosial kerana ia boleh menyinggung perasaan orang lain. “Bagi saya, janganlah kita buka cerita dan aib sama ada baik atau buruk dalam media sosial. Simpanlah, takkan semua perkara mahu dikongsi,” katanya. Peringatan Ashraf ini jelas menunjukkan betapa pentingnya menjaga maruah dan perasaan orang lain, serta menjaga privasi keluarga di dunia maya yang semakin terdedah.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Ashraf Muslim
Share4Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Foto - @hallyuforums (IG)
Spotlight

BLACKPINK Jisoo Ada Kekasih? Cincin ‘Couple’ Dengan Aktor Kacak Ini Jadi Bualan

by Nurul A.
September 29, 2026

Nama BLACKPINK Jisoo sekali lagi menjadi bualan ramai, apabila selebriti itu didakwa menjalinkan hubungan dengan aktor Seo Kang Joon. Khabar...

Read moreDetails
Spotlight

“Dulu Ada Yang Sinis Ketawa”- Anas Zahrin Kini No. 1 Di TikTok Shop Malaysia

by Phic ARMAN
October 8, 2026

Bukan mudah membina jenama sendiri sehingga dikenali ramai, apatah lagi dalam industri kosmetik yang penuh persaingan. Namun, bagi usahawan dan...

Read moreDetails
Spotlight

Lebih 300,000 Tonton Aksi Shila Amzah Di China, Tapi Kisah Di Sebaliknya Lagi Menarik

by Phic ARMAN
September 23, 2026

Apa yang akan anda buat kalau tiba-tiba diminta menyanyi bersama kumpulan muzik tradisional yang bahasanya mungkin asing di telinga? Bagi...

Read moreDetails
Kim Soo Hyun
Spotlight

Kim Soo Hyun ‘Ugut’ Mahu Saman Netizen?

by Nurul A.
October 16, 2026

Aktor Korea Selatan, Kim Soo Hyun melalui agensinya, Gold Medalist, mengambil keputusan untuk mengenakan tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan...

Read moreDetails
Spotlight

Astro Sapu 19 Anugerah AACA 2026, Good Boys Go to Heaven Paling Menyerlah

by Phic ARMAN
October 6, 2026

Kalau selama ini kita hanya tengok drama, filem atau rancangan Astro untuk hiburan, nampaknya hasil kerja di belakang tabir mereka...

Read moreDetails
Filem 'SAYANG SAYANG'
Spotlight

Filem ‘SAYANG SAYANG’ Sambar 5 Pencalonan Di Festival Filem Golden Horse Ke-63

by Nurul A.
October 2, 2026

Filem hasil kerjasama produksi Malaysia dan Taiwan iaitu 'SAYANG SAYANG', arahan oleh Tang Hsiang-Chu serta Penerbit Eksekutif oleh Yeh Jufeng...

Read moreDetails
Brooklyn Beckham
Spotlight

Bukan Dipuji, Malah Dikritik! Ini Sebabnya Netizen ‘Hentam’ Masakan Brooklyn Beckham

by Nurul A.
October 15, 2026

Anak sulung David Beckham dan Victoria Beckham, Brooklyn Beckham, sekali lagi menjadi sasaran warganet selepas berkongsi masakannya di media sosial....

Read moreDetails
Kim Kardashian, Kardashians
Spotlight

Kim Kardashian Tak Main-Main, Jumlah Pengasuh Untuk Anak Buat Ramai Terkedu!

by Nurul A.
October 5, 2026

Bintang realiti "Kardashians" dan pengasas SKIMS, Kim Kardashian mempunyai empat orang anak, hasil perkahwinannya dengan bekas suami, Kanye West. Dengan...

Read moreDetails
Meghan Markle
Spotlight

Bapa Terpalit Isu P*rnografi Kanak-Kanak, Meghan Markle Dakwa Tahu Sejak 2018

by Nurul A.
October 26, 2026

Bapa Meghan Markle, Thomas Markle, dilaporkan sedang disiasat oleh pihak berkuasa Filipina. Thomas disiasat atas tuduhan memiliki bahan pornografi kanak-kanak....

Read moreDetails
Spotlight

5 Perkara Anda Dapat Dari NU FEST 2027, Bukan Sekadar Tengok Konsert!

by Phic ARMAN
October 13, 2026

Anda jenis sanggup beratur panjang demi tengok artis kesayangan? apa kata tahun depan kita naikkan sedikit standard pengalaman berkonsert.  NU...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    KAHA MAIDAM 2026 Kembali, Ini Tarikh Penebusan & Jumlah Bantuan Untuk Asnaf Terengganu

  2. 2

    “Hans Bila Nak Kahwin?”- Akhirnya Terjawab, Hans Isaac Bakal Kahwini Bekas Ratu Cantik Malaysia

  3. 3

    Penulis Novel ‘Suamiku Anak Mak’ Luah Rasa Kecewa,- “Dulu Pernah Kena Hina Penulis Sampah”

  4. 4

    Cantiknya Kalian! 6 Selebriti Ini Umum Sudah Berhijab

  5. 5

    [VIDEO] Betul Ke Tentang Dajjal? Ini Fakta Lagu Welcome to the Black Parade Nyanyian MCR

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara