Pelakon, Fazura dilihat menitipkan nasihat buat salah seorang netizen di media sosial yang baru sahaja melalui penceraian, baru-baru ini.
Mahu Menjadi Ibu Tunggal Yang Kuat Seperti Fazura
Menerusi hantaran salah seorang netizen di Thread, dia menitipkan harapan agar dapat menjadi seorang wanita serta ibu tunggal yang kuat seperti Nur Fazura yang telah berpisah dengan aktor terkenal, Fattah Amin pada Oktober 2024.
“Baru sahaja bercerai kelmarin secara baik. Tak ada rasa apa. Kosong. Tetapi saya rasa lega. Dan harap saya kuat seperti Nur Fazura. Ibu tunggal yang kuat seperti dia.”-tulis seorang netizen di Thread
“If Dah Rasa Kosong Itu Petanda…”
Tidak berdiam diri, Fazura dilihat membalas komen netizen tersebut dengan menyatakan bahawa dia akan menjadi seorang individu yang kuat dengan izin Allah SWT.
“Awak akan menjadi kuat dengan izin dan bantuan Allah SWT. If dah rasa kosong itu petanda memang dah nekad sehabisnya. It is for the best, at least i can say for myself.
Semoga dikurniakan ketenangan dan kebahagiaan sejati. Aamin. Hugs and love 💖🤍.”-balas Fazura
Sekadar info, Nur Fazura dan Fattah Amin pernah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Walaubagaimanapun, pasangan ini membuat keputusan untuk berpisah pada Oktober 2024.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya, 5 tahun.
Apa komen anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.