Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Budaya

[VIDEO] Gelagat Trump Terkejut Disambut Dengan Tarian Kibas Rambut di UAE, Ini Cerita Di Sebaliknya

by Phic ARMAN
May 17, 2025
39
KONGSIAN
Share on Facebook

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, disambut penuh gaya ketika melawat ke Istana Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Khamis, 15 Mei 2025. Tapi bukan sambutan biasa ya, beliau diiringi dengan tarian tradisional Al-Ayyala, yang memang ikonik di sana!

Apa yang menarik perhatian, puluhan remaja perempuan lengkap berpakaian putih, mengibaskan rambut panjang mereka dari kiri ke kanan, ikut rentak muzik. Memang lain macam aura mereka ini! Trump pula berjalan tenang di tengah-tengah laluan, sambil dikelilingi para pemimpin UAE.

@kompascom

Donald Trump disambut dengan pertunjukan budaya yang unik saat tiba di Uni Emirat Arab. Puluhan wanita bergaun putih dan berambut panjang mengibaskan rambut mereka ke kanan dan kiri. UEA merupakan perjalanan terakhir dari tur empat hari Presiden Amerika Serikat (AS) Donald Trump di kawasan negara teluk. Kreatif: Jessica Meisya Produser: Elizabeth Ayudya Ratna Rininta DonaldTrump Trump UEA Al-Ayyala read

♬ original sound – Kompas.com – Kompas.com

Di belakang para penari perempuan itu, ada sekumpulan lelaki main dram dan teriak semangat, dan beberapa orang siap hayun benda macam pedang untuk tambah efek power dalam persembahan.

Trump sempat komen, “Sungguh kota yang indah! Saya menyukainya!”, nampak gayanya dia pun impressed!

Apa Sebenarnya Makna Tarian Al-Ayyala Ni?

Menurut Ahmed Bel Jafflah, orang kuat di Pusat Pemahaman Budaya Sheikh Mohammed Bin Rashid Al Maktoum, tarian Al-Ayyala ni bukan sekadar persembahan suka-suka.

“Tarian ini, termasuk kibasan rambut yang dibuat oleh gadis-gadis (dikenali sebagai Naa’shaat), adalah lambang identiti dan nilai budaya orang UAE,” kata beliau.

Katanya lagi, lelaki-lelaki yang berdiri dalam barisan belakang tu pun bukan saja-saja, mereka melambangkan perpaduan, kebanggaan dan warisan negara.

Tarian Al-Ayyala ni sebenarnya dah diiktiraf oleh UNESCO, jadi bukan calang-calang seni budaya ni.

Tarian Tradisi di Majlis Kahwin & Sambutan Besar

Menurut Jafflah, tarian ni memang selalu ada masa majlis kahwin, dan selalunya berlangsung berhari-hari, penuh dengan kegembiraan dan semangat kekeluargaan.

Selain majlis perkahwinan, tarian Al-Ayyala juga dipersembahkan untuk menyambut tetamu, sambutan Aidilfitri, Hari Kebangsaan, dan acara-acara rasmi kerajaan.

Pendek kata, kalau nak rasa budaya UAE yang sebenar, tarian Al-Ayyala ni memang salah satu highlight dia. Tak hairanlah Trump pun terpegun!

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
2
+1
0
+1
0
+1
1
donald trumpTrumpUAE
https://lomp.at/5bt4v
Share16Tweet10SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem