Umum mengetahui betapa popularnya kisah percintaan antara Jaya Bachchan dan suaminya, Amitabh Bachchan. Tetapi adakah kamu tahu bahawa Jaya pernah ‘crush’ terhadap seorang aktor kacak Bollywood?
Plot twistnya, aktor kacak tersebut adalah rakan rapat Amitabh…
Kalau kamu nak tahu, aktor kacak yang berjaya mencuri perhatian Jaya itu ialah Dharmendra. Pernah didedahkannya suatu ketika dahulu dalam salah satu temu bual, Jaya mengatakan dia sangat meminati Dharmendra.

Menerusi temu bual ‘Koffee With Karan’, hos Karan Johar telah bertanya kepada Jaya tentang selebriti yang disukainya. Dengan segan silunya, dia menyebut nama Dharmendra dan memanggilnya sebagai “Greek God”.
“Saya sepatutnya memainkan watak “Basanti” kerana saya suka Dharmendra. Apabila saya melihatnya buat kali pertama, saya sangat gementar sehingga tak tahu apa yang saya perlu lakukan. Dia kelihatan sangat hebat. Dia memakai seluar putih dan kasut, kelihatan seperti Greek God!”

Selepas mendengar pendedahan itu, bukan hanya Karan sahaja malah tetamu lain dalam temu bual itu, Hema Malini turut terkejut. Hema, isteri kepada Dharmendra, tidak percaya bahawa Jaya mengatakan ini dihadapannya.
Apa pendapat kamu?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.