Saturday, September 6, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Jalan-Jalan Destinasi

Jimat Besar, Jalan Jauh! Ini Cara Paling Bajet dan Chill Untuk ‘Explore’ Bandar Sydney, Australia

Terima kasih kepada AirAsia X dan Destination New South Wales kerana kenalkan cara paling chill, paling masuk akal untuk jelajah Sydney sempena Vivid Sydney 2025.

by Phic ARMAN
July 5, 2025
11
KONGSIAN
Share on Facebook

Pada bulan April yang lalu, MURAI ke Sydney untuk menikmati Vivid Sydney 2025, hasil trip bersama AirAsia X dan Destination New South Wales. Satu benda yang kami cepat-cepat sedar bila sampai sini: Sydney memang cantik… tapi belanja dekat sini pun cantik juga. Bayangkan, secawan kopi paling basic pun sudah AU$5.00. Itu baru kopi. Kalau nak makan tengah hari siap air, silap-silap kredit kad anda berbunyi amaran “over limit” sebelum sempat balik Malaysia.

Jadi, untuk yang nak jaga bajet (dan maruah kredit kad masing-masing), sambil tetap nak jelajah seluruh Sydney & Bondi Beach, eloklah naik Big Bus Hop-On Hop-Off. Memang pilihan paling selamat, paling bijak, paling tak menyakitkan hati.

Big Bus ini bukan saja ikonik dengan warna merah menyala dan atap terbuka untuk rambut anda berkibar, tetapi juga sangat praktikal. Dengan harga tiket bermula sekitar AU$73.00, anda boleh keliling bandar Sydney sampai Bondi Beach,  berhenti di mana saja, selama mana suka, dan bila bosan, boleh sambung naik bas seterusnya.

Tidak perlu google arah, tidak perlu gaduh dengan peta, tidak perlu marah-marah sebab tersesat. Semuanya sudah siap. Naik, duduk, dengar cerita dalam audio commentary, ambil gambar, turun bila rasa nak.

Oh ya, laluan dia ada 2 route dengan 34 hentian. Jadi kalau nak rasa diri macam pelancong yang sibuk, inilah peluang.

Apa Yang Anda Dapat Dengan Satu Tiket?

  • Harga bermula AU$73.00 (jauh lebih murah daripada bayar teksi sampai limit kad tersangkut)
  • Pilih nak 24 jam atau 48 jam, ikut mood dan stamina
  • Wi-Fi percuma di atas bas, jadi boleh terus buat-buat sibuk update media sosial
  • Audio commentary dalam 8 bahasa, sesuai kalau nak berlagak tahu sejarah bandar
[VIDEO] Vivid Sydney 2025: Ini Jadinya Bila Sydney Lupa Nak Tutup Lampu!

  • Kanak-kanak bawah 3 tahun naik percuma, jadi kalau bawa budak kecil, boleh buat alasan “saya berjimat”

Antara Tempat Ikonik Yang Boleh Dilawati

Beberapa hentian yang tak patut dilepaskan:

  • Sydney Opera House – wajib ambil gambar di sini untuk tunjuk dekat kawan-kawan
  • Sydney Harbour Bridge – boleh naik atas kalau berani, atau cukup posing dari bawah
  • Darling Harbour – penuh dengan restoran, muzium, dan Sea Life Aquarium
  • Royal Botanical Gardens – untuk mereka yang suka hijau-hijau, atau nak duduk sekejap fikir masa depan
  • Bondi Beach – pantai paling terkenal, walaupun sebenarnya ramai datang sini cuma nak ambil gambar

Tip Sebelum Naik Big Bus

  • Jangan bawa bagasi besar atau beg tarik kerana tidak dibenarkan. Kalau degil juga, pandai-pandailah cari tempat simpanan dekat hentian utama.
  • Anda boleh mula dari mana-mana hentian. Tak perlu jadi yang pertama beratur.
  • Bawa fon telinga sendiri kalau tak suka guna yang disediakan.
  • Kanak-kanak bawah 3 tahun boleh ikut percuma.

Berbaloi Atau Tidak?

Bagi MURAI, dengan harga bermula sekitar AU$73.00, ini memang pilihan paling waras untuk melihat Sydney. Tak perlu sakit kaki berjalan jauh, tak perlu pening kepala menyewa kereta dan berdoa parking ada, dan yang paling penting, tak perlu buat muka tebal telefon bank sebab kredit kad dah over limit.

Kalau anda memang jenis yang suka semua benda mudah, cepat, dan tak nak bazir duit, naik Big Bus Hop-On Hop-Off ini memang berbaloi. Sambil belajar sejarah bandar, sambil jimat masa dan tenaga.

Terima kasih kepada AirAsia X dan Destination New South Wales kerana kenalkan cara paling chill, paling masuk akal untuk jelajah Sydney sempena Vivid Sydney 2025. Tak perlu stress. Duduk saja, dengar cerita, ambil gambar, siap.

Kenapa Laluan Baharu AirAsiaX KL Ke Istanbul Ini Jadi ‘Game Changer’ Untuk Jemaah Umrah?
airasiaairasia xBig Bus Hop-On Hop-OffTourism New South WalesVivid Sydney 2025
https://lomp.at/j5lxe
Share4Tweet3SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Datin Shahida Tulis Nama Buku Latihan Anak, Lain Pula Yang Netizen Perasan?..-“Orang Kaya Pun Sempoi…”

  2. 2

    5 Langkah Mudah Untuk Semak Baki SARA Dalam MyKad

  3. 3

    [VIDEO] Gelagat Tok Ram Mengusik Anak Nabil Ahmad Jadi Bualan Netizen

  4. 4

    Daniesh Suffian Pilih ‘Menjauh’ Demi Hormati Hubungan Bella Astillah dan Syed Saddiq

  5. 5

    “Hidup Penuh Dengan Rasa Syukur & Tidak Dendam”- Kongsian Madu Marissa Dania Curi Perhatian

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem