• Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Automotif

Jaecoo J8 Dilancarkan: Ini Perbezaan AWD dan 2WD, Beza Harga Buat Ramai Fikir Dua Kali

by Phic ARMAN
July 18, 2025
56
KONGSIAN
Share on Facebook

Malam pelancaran Jaecoo J8 penuh bergaya, siap dengan makan malam fine dining untuk para tetamu. Kereta berkilat, suasana mewah, semua orang pun teruja. Tapi bila sampai bab harga, MURAI terus terdiam. Dua varian diumumkan dengan harga yang… dekat sangat.

Jaecoo J8 AWD dijual pada RM198,800, manakala 2WD pula RM178,800. Beza cuma RM20,000. Kalau buat pinjaman panjang, bulan-bulan beza dalam belasan ringgit je, lebih kurang harga sepinggan nasi goreng seafood kat restoran hipster…

MURAI pun mula tertanya-tanya, dengan beza kecil macam ini, patutkah terus ambil AWD? Atau cukup dengan 2WD saja?

Sebenarnya, beza paling ketara ialah pada enjin, tempat duduk dan ciri mewah di dalam. 2WD hanya pandu dua roda depan, cukup untuk pemanduan biasa. AWD pula pandu semua roda, lebih cengkaman, lebih yakin kalau jalan licin atau nak bergaya macam dalam iklan SUV. Tempat duduk pun berbeza, 2WD hanya lima tempat duduk dua baris, manakala AWD enam tempat duduk dengan tiga baris.

Dan jangan lupa ciri-ciri tambahan yang ada pada AWD, macam pintu automatik, kerusi siap ada urut, suspensi lebih canggih, lebih banyak beg udara, lebih banyak speaker, malah ada parking automatik dan kunci NFC. Semua ini tiada pada 2WD.

Jadi bila fikir-fikir balik, beza harga bulanan pun tak jauh mana, tapi dapat semua tambahan tu, rasa macam rugi kalau tak pilih AWD. Tapi kalau anda memang tak perlukan lebih tempat duduk, tak kisah pasal urut-urut, dan cukup sekadar bawa dari rumah ke pejabat, 2WD pun dah cukup elok.

Malam tu MURAI pun sempat congak sambil tunggu pencuci mulut, dengan beza harga yang kecil sangat ni, kalau nak rasa lebih premium dan lengkap, baik terus ambil AWD. Kalau dah alang-alang bergaya, biar habis gaya.

JaecooJaecoo J8 AWD
https://lomp.at/rbv7z
Share22Tweet14SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Automotif

MURAI Pandu Uji DENZA D9 Dari KL Ke Penang: Banyak Tanya Soalan Panas’, Ini DENZA Jawab!

by Murai MY Newsdesk
October 16, 2025

MURAI berpeluang ‘test drive’ DENZA D9 selama 2 hari 1 malam dari Kuala Lumpur ke Penang. MPV elektrik mewah ni...

Read more
Automotif

Jom Tengok ‘Close-Up’ iCAUR 03, SUV EV Adventure Yang ‘Rare’ Gila

iCAUR Malaysia baru je lancarkan model pertama mereka, iCAUR 03, sebuah SUV elektrik lasak yang katanya “Born to Play” atau...

Read more
by Phic ARMAN
September 10, 2025
Automotif

Tonton Sukan Permotoran Sambil Berhibur, Ini Yang Bakal Anda Alami di Litar Antarabangsa Sepang!

Buat para peminat sukan permotoran dan muzik, anda turut boleh mengalami pengalaman keseronokan muzik EDM HardTech (Hardmission and Techmission) bersempena...

Read more
by Naddy Joe
August 13, 2025
#ApaPlan

Apa Plan Hujung Minggu? Jom Tengok Apa Yang Menarik Di Karnival Sukan Permotoran BOSS Sepang 2025 Ini

Kalau kalian rasa hidup dah cukup ‘laju’ sebab kejar kerja, kejar anak, kejar hutang, tunggu dulu. Ada lagi benda lebih...

Read more
by Phic ARMAN
October 2, 2025
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Peminat Puji Sikap Nelydia Senrose-“Tak Pernah Cerita Masalah Di Media Sosial”

  2. 2

    4 Golongan Terima MyKad RM200 Pada Oktober Ini- Jom Semak Nama Anda Tersenarai Tak?

  3. 3

    Shah Rukh Khan Umum Tiada Pesta Deepavali, Peminat Luah Rasa Kecewa

  4. 4

    [VIDEO] Nabil Ahmad Tunjuk Botol Air Milik Bella Astillah-“Kalau Gosok Keluar YB Nanti”

  5. 5

    Kecoh Isu Unfollow Fazura! Fasha Sandha Akhirnya Bersuara, Siap Buat Tutorial Lagi! – “Bukan Budaya Saya Nak Unfollow”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem