Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Bisnes

390 Usahawan Spire Berjaya Capai Jualan RM1 Juta Pertama

by Phic ARMAN
July 27, 2024
Share on Facebook

Seramai 390 usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dari seluruh negara di bawah bimbingan pementoran Spire berjaya capai misi mereka dengan jualan RM1 juta pertama sejak diperkenalkan enam tahun lalu.

Antara jenama yang dibimbing dan dibina dalam Spire seperti The Raw., Ella Furniture, Adriana Gold, Farmasi Everlife, Salleh Food, Athifa Azzahrah, Poji Tempe, Andalusia Tijarah, Normey HQ dan banyak lagi.

Menurut Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Radz Mohd., kejayaan tersebut datangnya daripada ilmu, strategi dan sistem terbukti yang ditambah baik dari semasa ke semasa.

Usahawan-usahawan dalam pementoran SPIRE yang menerima sijil atas pencapaian baik mereka dalam Inner Circle Forum (ICF) anjuran RichWorks di Setia City Convention Centre, hari ini.

Sehubungan itu, katanya, kami mengumpulkan hampir 300 usahawan bimbingan Spire dan RichWorks dikumpulkan dalam program Inner Circle Forum (ICF) bagi melihat kembali perjalanan bisnes mencapai jualan RM1 juta pertama dalam tempoh enam ke 12 bulan.

“ICF ini merupakan inisiatif RichWorks bagi mempersiapkan usahawan Spire dalam pementoran kami dengan ilmu dan strategi penting untuk berdepan pelbagai cabaran pada masa ini.

“Setiap minggu mereka juga ada sesi khas bersama mentor usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman secara dalam talian dan ICF ini bagi kami dapat jumpa berdepan bagi melihat perkembangan bisnes,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Operasi RichWorks, Suley Nordyana Yahya; Ketua Ketua Bimbingan dan Pementoran, Hafiz Jasmi dan Ketua Pegawai Sumber Manusia, Liz Ibrahim.

Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd. ketika Inner Circle Forum (ICF), hari ini.

Tambah Radz, seramai 87 usahawan juga akan menerima anugerah bagi pencapaian mereka dengan jualan RM1 juta ke atas pada 2023, alami pertumbuhan lebih enam peratus dan jualan RM500,000 ke atas dalam enam bulan tahun ini serta berjaya upgrade ke pementoran Titanium. Salah seorang usahawan Spire juga menyaksikan pertumbuhan hingga 5,000 peratus dari Januari hingga Jun lalu berbanding tempoh sama tahun lalu.

Dalam pada itu, Radz kongsikan, modul dalam pementoran Spire juga kami gunakan dan tambah baik dalam Kelab Usahawan 1 Juta (KU1J) hasil kolaborasi dengan Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah (KKDW) yang berjaya lahirkan 21 usahawan desa capai jualan RM1 juta pertama dalam tempoh 12 bulan.

“Pencapaian ini berlaku disebabkan RichWorks yang ditubuhkan sejak 16 tahun lalu ada formula kejayaan seseorang usahawan untuk bina bisnes yang berjaya.

“Hasil pengalaman dan ilmu yang sentiasa ditambah baik bersama barisan speaker dan mentor berpengalaman serta komited untuk memperkasa usahawan yang nak alami pertumbuhan dalam bisnes,” ujarnya.

Radz memberitahu, jika ada usahawan di luar sana turut nak alami pertumbuhan dalam bisnes boleh berhubung dengan pasukan RichWorks kerana peluang sentiasa ada meskipun pelbagai cabaran yang pastinya dihadapi bangsa usahawan mengikut tahap masing-masing.

Untuk maklumat lanjut, mereka boleh hubungi RichWorks di talian 0192442244 atau layari richworks.com.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Radz MohdRichWorks
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    Katil Besi Sampai Patah Dua! Penyewa Didakwa Hilangkan Diri Selepas Tinggalkan Kerosakan Cetus Rasa Kecewa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara