Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya Tips

4 Petua Mudah Bersihkan Oven Anda Di Rumah

by Jash Lee
May 3, 2020
43
KONGSIAN
Share on Facebook

Pejam celik pejam celik, hampir 2 minggu sudah umat Islam menjalani ibadah puasa. Walaupun sambutan ramadhan pada tahun ini tidak seperti tahun-tahun yang lalu, namun kita tetap dapat menjalani ibadah ini dengan sempurna. Jadinya, bahang sambutan hari raya juga sudah semakin terasa.

Maka oven di rumah selepas ini akan menjadi lebih produktif dan aktif. Ada juga segelintir diantara kita yang menggunakan oven untuk buat kuih, biskut dan ada juga yang gunakan untuk bakar ikan, bakar ayam dan sebagainya. Tanpa kita sedar, oven dah berkerak teruk dan kotor.

Tapi jangan risau, kali ini murai.my akan berkongsi dengan pembaca cara mudah untuk membersihkan oven di rumah tanpa perlu menyental dengan teruk. Yang pasti, oven anda dijamin bersih dan cara yang akan kami kongsikan ini berkesan menanggalkan semua kesan kotoran yang berkerak di dalam oven anda selama ini.

Gunakan Air

via youtube

Isikan air di dalam mangkuk atau bekas yang tahan panas dan letakkan di dalam oven. Pasangkan oven pada suhu yang tinggi lebih kurang 20 minit. Cara ini mampu menanggalkan gris, minyak dan kerak pada setiap permukaan oven.

Apabila oven sudah sedikit sejuk, lapkan setiap permukaan oven dengan kain yang bersih. Anda boleh cuba menggunakan kaedah ini setiap kali selepas menggunakan oven supaya ia senang untuk dibersihkan.

Cuka

via MariaFirdz

Celupkan kain kedalam bancuhan 1 liter air dan 8 sudu cuka dan sapukan pada permukaan oven yang kotor. Biarkan selama 15 minit kemudian boleh dilap dengan menggunakan air yang bersih. Semua kesan-kesan hitam pada oven akan hilang.

Cuka ini bukan sahaja baik untuk menghilangkan kesan kotoran tapi sifat keasidan yang terdapat pada cuka juga turut menjadi pelindung anti-kulat.

Soda Bikarbonat

via ManisFM

Campurkan soda bikarbonat dengan sedikit cuka dan biarkan ia menjadi pes. Sapukan pes ini pada permukaan oven yang terdapat kesan kotoran dan biarkan selama 1 hingga 12 jam. Makin lama makin berkesan tetapi bergantung juga pada kesan kotoran yang terdapat pada permukaan oven, kemudian lap dan bilas.

Lemon / Limau Nipis

via DailyRakyat

Sifat keasidan yang terdapat pada lemon atau limau nipis dapat bertindak sebagai pencuci semulajadi dan dapat memberi bauan yang segar pada oven.

Campurkan perahan lemon atau limau nipis bersama dengan soda bikarbonat dan sapukan pada permukaan oven yang kotor. Biarkan pes ini selama 1 jam atau lebih. Gunakan kulit lemon atau limau nipis tadi untuk menggosok kesan kotoran dalam oven. Ini dapat menanggalkan kesan kotoran degil dengan lebih berkesan.

Campuran beberapa titis lemon bersama cuka juga dapat menanggalkan sisa-sisa kotoran yang sedikit. Hanya masukkan campuran ini ke dalam botol spray dan semburkan pada permukaan yang kotor. biarkan seketika kemudian lap seperti biasa. Anda boleh ulangi cara ini setiap kali selepas menggunakan oven.

Selepas ini oven di rumah pasti kelihatan seperti baru. Bak kata pepatah, sedap mata memandang, sedap lagi makanan yang dibakar.

Selamat Mencuba!

carabersihkanoven ramadhan raya bakar
https://lomp.at/w5do6
Share32Tweet5SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - KlikDokter
Tips

Khas Untuk ‘BuMil’ Di Bulan Ramadan, Ini 6 Makanan Terbaik Untuk Kesihatan Kamu!

by Nurul A.
February 21, 2026

Bulan Ramadan telah tiba, namun ada beberapa golongan yang diberi kelonggaran oleh Allah S.W.T untuk tidak berpuasa, seperti wanita hamil...

Read moreDetails
Gambar: AI Generated
LifeXplore

Raikan Valentine Di KL Dengan 5 Aktiviti Seronok & Romantik Bersama Pasangan

by Farah Fatihah
February 15, 2026

Hari Valentine bukan sekadar tentang bunga atau coklat. Ia juga peluang untuk mencipta memori manis bersama pasangan mahupun sahabat. Jika...

Read moreDetails
Foto - @khimpulbuguri (IG)
Tips

Asyik Menguap Di Siang Hari Ketika Puasa? Baiki Pola Tidur Kamu Begini

by Nurul A.
February 23, 2026

MURAI percaya ramai orang akan alami situasi yang sama, iaitu menguap tanpa henti di siang hari ketika puasa, lebih-lebih lagi...

Read moreDetails
Gambar: AI Generated
LifeXplore

5 Idea Dating Percuma di Kuala Lumpur – Tak Perlu Keluar Duit Langsung!

by Farah Fatihah
February 15, 2026

Kalau kalian nak idea dating yang best tapi jimat, Kuala Lumpur sebenarnya banyak lokasi menarik yang boleh diterokai tanpa perlu...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore