Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Asia

4 Sebab Kenapa Fan Bingbing Diberi Gelaran ‘Datuk’ Dari Melaka

by Nurul A.
August 25, 2025
Foto - @birkinhotels (X)

Foto - @birkinhotels (X)

Share on Facebook

Pada Mei tahun lepas, aktres China terkenal iaitu Fan Bingbing telah dilantik sebagai Duta Setiakawan Pelancongan Melaka sempena Tahun Melawat Melaka 2024. Dan baru-baru ini, Fan secara rasminya dianugerahkan gelaran Datuk pada Istiadat Penganugerahan Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negara Melaka sempena Sambutan Hari Jadi ke-76 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam.

Penganugerahan ini diberikan kepada Fan sebagai tanda penghargaan dan mengiktiraf sumbangannya dalam pertumbuhan ekonomi-pelancongan serta mempromosikan Melaka di mata dunia.

Foto – The Malay Mail / The Sun

Memetik kenyataan Fan daripada Harian Metro, Fan bakal kembali ke Melaka dalam masa terdekat untuk satu projek baharu dan kehadiran beliau dijangka akan memeriahkan sambutan Hari Pelancongan Sedunia (WTD) dan Persidangan Pelancongan Sedunia (WTC) 2025.

View this post on Instagram

A post shared by Fan Bingbing 范冰冰 (@bingbing_fan)

Walaupun ramai yang tumpang gembira dengan penganugerahan Fan, tetapi ada segelintirnya pula tertanya-tanya apakah sebab yang membuatkan aktres China popular ini diberikan gelaran Datuk. Berikut MURAI kongsikan 4 sebab kenapa Fan mendapat pengiktirafan tersebut:

  1. Nama Fan Bingbing sangat popular dalam industri hiburan China dan juga antarabangsa. Selain berlakon, Fan juga digelar sebagai ikon fesyen memandangkan beliau sering muncul dalam kempen fesyen antarabangsa dan dijemput menghiasi red carpet majlis berprestij.
  2. Perlantikan Fan sebagai Duta Setiakawan Pelancongan Melaka telah membuatkan ramai pelancong China memilih Melaka sebagai destinasi pelancongan mereka.
  3. Hasil mempromosi di platform WeChat telah membuatkan Melaka itu telah menarik perhatian lebih 1.5 bilion tontonan, dianggap satu pencapaian terbesar dalam sejarah pemasaran digital pelancongan Malaysia.
  4. Berkat keberkesanan promosi Fan Bingbing, Jumlah pelancongan China ke Melaka telah meningkat mendadak dari tahun 2023 dan 2024.

View this post on Instagram

A post shared by Fan Bingbing 范冰冰 (@bingbing_fan)

Untuk rekod, usaha melantik Fan Bingbing sebagai Duta Setiakawan Pelancongan Melaka telah menyumbang kepada 1.5 bilion digital impression di WeChat dan bilangan pelancong China ke Melaka pula telah meningkat daripada 204,818 (tahun 2023) kepada 664,687 (tahun 2024).

Sangat Pentingkan Kecantikan, Fan Bingbing Dedah Lakukan 'Ritual' 700 Topeng Muka
datuk fan bingbingfan bingbing
https://lomp.at/93esa
Share2Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Spotlight

“Nampak Macam Abang Muda, Rupanya 59 Tahun”- Rahsia ‘Atuk’ Ini Buat Ramai Terkejut

by Phic ARMAN
February 24, 2026

Kalau MURAI tak tengok sendiri, memang susah nak percaya. Siapa sangka lelaki berusia 59 tahun ini masih nampak seperti model...

Read moreDetails
Lokal

Siti Saleha Kongsi Momen Hamil Hingga Bersalin, Netizen Terpegun!-“Pregnant Lawa, Dah Bersalin Pun Lawa..”

by Naddy Joe
January 14, 2026

Umum mengetahui pelakon, Siti Saleha telah selamat menimang cahaya mata pertama pada Selasa. Menamakan bayi lelakinya sebagai Indra, Siti Saleha...

Read moreDetails
Foto - @pureluxury.mag (IG)
Budaya

5 Filem Romantik Untuk ‘Netflix & Chill’ Dengan Si Dia Semasa Hari Kekasih 2026!

by Nurul A.
February 9, 2026

Tinggal lima hari sahaja lagi sebelum Hari Kekasih tiba! Untuk pasangan yang mahu mencipta momen yang paling romantis dalam suasana...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Aliff Aziz ‘Cover’ Lagu & Imbas Momen Mesra Dengan Anak-Anak, Undang Pelbagai Reaksi Netizen!

by Naddy Joe
January 20, 2026

Penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz mencetuskan pelbagai reaksi netizen selepas memuatnaik satu video yang memaparkan dirinya sedang melakukan 'cover' sebuah...

Read moreDetails
#ApaPlan

GALAXY 1986: Hadiah Istimewa Kim Jae Joong Untuk Peminat Singapura

by Phic ARMAN
January 12, 2026

Para peminat Kim Jae Joong, bersiaplah! Penyanyi, penulis lagu dan pelakon Korea Selatan ini bakal mengadakan fan-con solo pertamanya di...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Benarkah Berbuka Puasa di Park Hyatt KL Hotel Di Merdeka 118 Kena Lewat 3 Minit?

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  4. 4

    Makan Di Food Court Cecah RM42, Netizen Luah Rasa Tak Berbaloi

  5. 5

    7 Jenis Kurma Pilihan MURAI, Lebih Berkhasiat & Badan Kekal Bertenaga Sepanjang Ramadan!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore