Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz HotList

5 Fakta Menarik Mengenai Bekas Penyampai Radio Hot FM Yang Ramai Tidak Tahu!

by Khai Azfar
July 6, 2019
34
KONGSIAN
Share on Facebook

Jika anda masih ingat suatu ketika dahulu kemunculan radio Hot FM benar-benar memberikan kelainan baharu apatah lagi dibarisi dengan penyampai-penyampai radio yang hebat.

Bermula pada tahun 2006, Hot FM telah dibarisi oleh Faizal Ismail (FBI), Fara Fauzana, Kieran, AG, Ikhwan, Anne, Tini, Sharifah Aleya, Azura, Fiqrie dan Soraya. Kini, mengimbas kembali kenangan diantara mereka, murai.my rangkumkan 5 fakta-fakta menarik mengenai penyampai radio Hot FM yang asal!

Reunion Selepas 13 Tahun

View this post on Instagram

A post shared by FARA FAUZANA (@therealfafau)

Siapa sangka, selepas 13 tahun kesemua penyampai radio ini berkumpul kembali di slot DBilique yang diadakan baru-baru ini bersempena dengan Aidilfitri. Malah hampir kesemua mereka dapat berkumpul, mengimbas kembali kenangan-kenangan sewaktu bekerja dibawah satu bumbung suatu ketika dahulu. Malah ‘reunion’ mereka ini juga membuatkan rata-rata peminat berasa terharu kerana dan turut akui bahawa mereka merupakan pendengar setia setiap slot dibawah penyampai-penyampai radio ini.

Azura Suara Gadis Yusuf Taiyoob

YouTube video

Rasanya sudah ramai yang mengetahui pemilik sebenar suara gadis yang berbisik menerusi iklan kurma Yusuf Taiyoob. Benar! suara itu sebenarnya adalah suara Azura atau nama sebenarnya Nik Nor Azura Nik Mahmood. ‘Yusuf Taiyoobbb..”

Paling Sekejap & Paling Lama Berkhidmat

Berdasarkan rekod, Fiqrie merupakan bekas penyampai radio Hot FM yang paling sekejap berkhidmat di stesen radio itu iaitu selama 2 tahun manakala Ikhwan telah berkhidmat paling lama di stesen radio itu bermula dari tahun 2006 sehinggalah ke tahun 2016 sebelum menyertai Kool FM selama setahun.

Berjaya Meraih Kedudukan Stesen Radio No 1 Negara

Meskipun baru bertapak ketika itu, pada tahun 2009, Hot FM berjaya mencatat sejarah apabila buat pertama kalinya menduduki tempat teratas di kalangan semua stesen radio di Malaysia dengan 3.8 juta pendengar mingguan, sekaligus berjaya mengatasi musuh tradisinya Era FM yang hanya meraih 3.76 juta pendengar mingguan.

Slot Popular

Setiap kali mendengar Hot FM, sudah pastinya terdapat beberapa segmen yang begitu popular dan masih diingati sehingga ke hari ini. Antara segmen-segmen tersebut adalah Panggilan Hangit, English Hot, HotFM Jam dan banyak lagi!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
bekas penyampai radio hotfmhotfmpenyampai radio popular
Share14Tweet9SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Ramai Tak Tahu, Terrapuri Heritage Resort Di Terengganu Ini Dibina Daripada Rumah Melayu Tradisional Berusia Ratusan Tahun

  5. 5

    Bukan Semua Salah Pemandu! Isu Penunggang Motorsikal Bawa Laju Ketika ‘Lane Splitting’ 

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara