Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Korea

Hebat! Ini 5 Penyanyi K-Pop Wanita Terkaya Bagi Tahun 2021

Beberapa penyanyi dari Korea Selatan ini telah berjaya dalam industri yang penuh dengan persaingan.

by Naddy Joe
September 24, 2021
Share on Facebook

Bukan mudah untuk menempa nama untuk menjadi terkenal, tetapi beberapa penyanyi dari Korea Selatan ini telah berjaya dalam industri yang penuh dengan persaingan. Anda ingin tahu siapa K-Pop idol wanita terkaya pada tahun 2021? Scroll sampai habis okay!

IU

IU adalah  salah seorang bintang K-Pop wanita yang terkenal dan terkaya di Korea pada tahun 2021. Beliau dikenali ramai disebabkan pelbagai kemampuannya dalam menghasilkan dan menggubah muzik.Penyanyi ini telah menulis lebih dari 50 buah lagu untuk albumnya sendiri dan juga untuk artis, drama dan filem lain, yang memberikannya kelebihan dalam mendapat royalti yang lumayan.

Selain nyanyian, beliau juga berkecimpung dalam bidang lakonan dan membintangi drama-drama popular seperti Hotel Del Lua, Scarlet Heart Ryeo, My Mister, dan banyak lagi. Nilai kekayaannya dianggarkan bernilai 31-45 juta dollar.

Lee Hyori

Lee Hyori adalah salah seorang penyanyi wanita yang menerima bayaran tertinggi dalam industri K-Pop. Beliau yang memulakan debut sebagai ahli kumpulan Fin.K.L dan terus menjadi penyanyi wanita dengan bayaran tertinggi pada tahun 2006.

Rupa parasnya yang cantik juga berjaya menghasilkan pelbagai iklan dan endorsement deals dengan pelbagai jenama besar seperti Samsung dan soju jenama Lotte Liquor. Kemudian pada tahun 2013, beliau berkahwin dengan produser Lee Sang Soon dan membina empayar mereka sendiri dengan rancangan terkenal Netflix, Hyori’s Bed, yang menambah kekayaannya yang mencecah 30-40 juta dollar.

Sandara Park

Sandara Park, atau lebih dikenali sebagai Dara bermula sebagai salah seorang ahli kumpulan gadis K-Pop wanita yang paling popular sepanjang masa iaitu 2NE1. Selepas kumpulan itu dibubarkan, beliau meneruskan karier solonya dengan cemerlang.

Sandara memiliki jumlah pengikut yang besar di Filipina, dimana tempatnya memulakan karier hiburan. Beliau juga merupakan endorsement model yang  didambakan ramai kerana mendapat tawaran tajaan dengan jenama-jenama seperti Etude House, Nikon dan banyak lagi. Tambahan dengan kejayaan dalam saluran Youtube beliau yang kini mempunyai seramai 1.3 juta pengikut menambahkan kekayaannya bernilai 30 juta dollar.

BoA

Veteran lagenda yang digelar sebagai “Ratu K-Pop” ini telah mencipta kejayaan bukan sahaja di Korea Selatan, malah di Jepun dan sebahagian besar Asia Timur. Berada dalam industri K-Pop selama lebih dari dua dekad, penyanyi ini telah mengeluarkan berpuluh album studio, termasuklah 10 dalam bahasa Korea, 9 dalam Bahasa Jepun dan satu di dalam Bahasa Inggeris.

Selain itu, beliau juga telah mencipta kejayaan di luar bidang nyanyian. BoA pernah tampil sebagai juri dalam rancangan televisyen SBS K-Pop Star, dan berlakon dalam beberapa produksi yang berbeza, yang menjadikan nilai kekayaannya bernilai sekitar 25 juta dollar.

Suzy

Bae Suzy memulakan debutnya sebagai salah seorang ahli kumpulan ikonik Miss A. Namun setelah kumpulan tersebut dibubarkan pada tahun 2017, Suzy telah mencipta kejayaannya sebagai pemuzik dan pelakon yang membintangi siri drama seperti Start-Up, Uncontrollably Fond, Vagabond, Dream High, dan banyak lagi.

Sebagai tambahan kepada semua produksinya yang hit, Suzy juga mempunyai endorsement deal dari pelbagai jenama besar seperti Reebok, Swarovski, Kerasys, dan dilaporkan memiliki beberapa hartanah yang menambah nilai kekayaannya yang bernilai 25 juta dollar.

Source: SCMP
bae suzyBoADaraiuLee Hyoripenyanyi k-pop wanita
https://lomp.at/a3x8n
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

[VIDEO] Normala Samsudin Dikejarkan Ke Hospital Kerana Darah Tinggi-“Akhirnya Saya Kalah..”

by Naddy Joe
January 7, 2026

Bekas personaliti televisyen, Puan Sri Normala Samsudin memulakan tahun baru dengan ujian kesihatan apabila dia terpaksa dikejarkan ke hospital disebabkan...

Read moreDetails
Lokal

Ummi Nazeera Kongsi Sikap Azhan Rani-“Dialah Yang Tolong Saya..”

by Naddy Joe
February 25, 2026

Pelakon, Ummi Nazeera mendedahkan sikap pelakon, Azhan Rani selepas tular hantaran seorang usahawan di media sosial apabila dia memesan ayam...

Read moreDetails
Foto -@justjared (IG)
Hollywood

Walaupun Ada Anak, Zayn Malik Akui Tak Pernah Cintakan Gigi Hadid

by Nurul A.
February 16, 2026

Peminat tergamam apabila penyanyi Zayn Malik tampil secara terbukanya, mengakui bahawa dia tidak pernah jatuh cinta dengan bekas kekasihnya, supermodel...

Read moreDetails
Berita

Uyaina Arshad Gemar Amalan Berpantang Secara Tradisional, Peminat Setuju! -“Bantu Sembuh Dengan Lebih Cepat..”

by Naddy Joe
February 4, 2026

Umum mengetahui pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad telah selamat melahirkan cahaya mata ketiga pada 28 Januari lalu. Selamat melahirkan cahaya...

Read moreDetails
Foto - @norliaghaniofficial48 (IG)
Lokal

Rahsia Lama Terungkai, Norlia Ghani Dedah Dilamar P.Ramlee Ketika Usia 17 Tahun

by Nurul A.
February 20, 2026

Pelakon veteran, Norlia Ghani menjadi perhatian selepas berkongsi satu rahsia lama yang disimpannya bertahun-tahun. Menerusi podcast 'Legasi: Sembang Sambung' yang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore