Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya

5 Tabiat Waktu Pagi Orang Yang Berjaya

by Jash Lee
January 23, 2021
Share on Facebook

Bercakap tentang rutin waktu pagi selepas kita bangun dari tidur, banyak dari kita yang pertama sekali akan mematikan jam penggera, duduk sebentar sambil minum kopi dan kemudian akan memeriksa e-mel kerja.

Namun, lain pula bagi orang yang berjaya, mereka tidak akan melakukan tabiat seperti ini. Sekiranya anda ingin menjadi seseorang yang berjaya, sekurang-kurangnya anda harus lebih fokus dan produktif di tempat kerja, cubalah 5 tabiat yang boleh anda buat selepas bangun dari tidur.

Tidak Menggunakan Jam Loceng

via youtube

Menurut Forbes, CEO Amazon, Jeff Bezos mampu untuk tidur yang sempurna selama 8 jam pada setiap malamnya. Bukan hanya itu, dia juga tidak pernah menggunakan jam loceng untuk membangunkannya pada waktu pagi tetapi membiarkan dirinya terjaga sendiri secara semula jadi.

Perkara ini juga diamalkan oleh Oprah. Dalam buku harian kesihatannya, Oprah ada menerangkan bagaimana dia berusaha mengatur jam loceng ‘internal’ pada dirinya.  Biasanya, masa yang dia akan fikirkan adalah pada jam 6.00 pagi. “Saya tidak pernah memasang jam loceng, saya juga tidak mempercayainya. Saya akan meletakkan nombor dalam fikiran saya dan saya boleh terjaga sebelum jam yang ditetapkan,” katanya.

Menurut National Sleep Foundation, tidur lebih awal akan membolehkan seseorang itu tidur selama 8 jam dan ini adalah jangka masa tidur yang disyorkan untuk orang dewasa. Sekiranya seseorang itu tidur lebih awal, maka mudahlah untuk memastikan mereka dapat bangun di waktu pagi secara semula jadi tanpa jam loceng.

Menurut penulis dan pengasas bersama The Huffington Post, Arianna Huffington, bangun dengan penggera dapat menimbulkan ketegangan secara tiba-tiba dan kita akan merasa stress. Ini bukanlah cara yang terbaik untuk memulakan hari baru anda.

Elakkan Dari Terus Minum Kopi

via jabar.tribunnews.com

Perkara pertama yang perlu dilakukan ketika anda bangun pada waktu pagi adalah minum segelas air putih. Segelas air dapat membantu menghidrat badan serta meningkatkan percernaan dan metabolisme tubuh. Air adalah nutrien yang sangat penting untuk tubuh dimana semua organ dan tisu badan bergantung kepadanya untuk berfungsi dengan lebih optimum. Oleh itu, jangan biarkan badan anda kekurangan air dan menjadi kering.

Pelakon dan penulis, Cameron Diaz sangat tegas mengenai rutin ini. “Sangat penting untuk saya memulakan hari saya dengan tenaga yang lebih banyak. Bagi saya, ini akan bermula sejak saya bangun dari tidur, menggosok gigi dan dengan segera saya akan minum 1 liter air,” katanya. Segelas air yang menyegarkan dapat membantu kita lebih bersedia dan lebih positif sepanjang hari.

Aktiviti Fizikal

via fimela.com

Ramai orang yang berjaya akan memulakan hari mereka dengan senaman pagi. Pelakon dan pemilik syarikat gaya hidup Goop, Gwyneth Paltrow, dia akan berolahraga setiap pagi setelah memeriksa e-melnya.

Sementara itu, pengasas bersama Microsoft dan dermawan Bill Gates juga suka melakukan pelbagai tugas atau menonton sesuatu sambil berjalan di atas treadmill.

Ketua Pegawai Eksekutif jenama Equinox, Niki Leondakis juga kerap melakukan yoga pada setiap pagi. “Kita mesti sentiasa sihat dan kuat dari segi fizikal terlebih dahulu untuk menjadi sihat dan kuat dari segi mental, semuanya sangat berkait rapat,” katanya.

Mengurangkan Tekanan Kerja

via LatestLY

Kadang-kadang cara terbaik untuk menjadi lebih produktif pada waktu pagi adalah dengan memulakannya lebih awal pada malam hari sebelumnya. Banyak orang yang berjaya akan menghabiskan malam mereka dengan membuat persiapan awal untuk keesokan harinya agar mereka dapat melakukan kerja mereka dengan lebih teratur dan lebih sempurna.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif American Express, Kenneth Chenault akan mengakhiri malamnya dengan menyenaraikan 3 perkara yang ingin diselesaikan pada keesokan harinya. Sementara itu pula, tuan ruman Shark Tank Barbara Corcoran juga akan membuat senarai perkara yang harus  dilakukan sebelum meninggalkan pejabat. Keesokan harinya, dia akan menetapkan keutamaan untuk kerjanya.

Menyusun senarai yang harus dilakukan pada waktu malam dapat menjimatkan masa, mengurangkan tekanan pada waktu pagi dan dapat menghasilkan kerja yang lebih seimbang dalam kehidupan seharian.

Refleksi Diri

via glints.com

Refleksi diri pada waktu pagi dapat menjadikan kita lebih berjaya sepanjang hari. Sebenarnya, mendiang Steve Jobs juga akan melakukan perkara ini. Sebilangan besar daripada kita akan menjalani hidup dalam mod “autopilot” hanya untuk menyedarkan kita bahawa kita telah kehilangan nilai, matlamat dan keinginan kita.

Steve Jobs akan menghindari perkara itu dan setiap pagi dia akan selalu bercakap kepada dirinya sendiri. “Sekiranya hari ini adalah hari terakhir dalam hidup saya, apakah yang saya akan lakukan hari ini? Sekiranya jawapannya adalah tidak, saya tahu bahawa saya harus mengubah sesuatu.” Teknik kesedaran ini adalah sesuatu yang sangat bijak.

Bayangkan, anda tentu tidak mahu melakukan pekerjaan yang sama setiap pagi selama berbulan-bulan atau bertahun-tahun bukan? Jika jawapannya adalah ya, mungkin inilah masa yang sesuai untuk anda mengubah jalan kerjaya anda.

Akhir sekali, tabiat waktu pagi yang lebih konsisten akan dapat mengatur diri anda untuk menjadi lebih produktif dan juga dapat menjadikan anda seseorang yang lebih berjaya di masa akan datang.

gayahidup tabiatwaktupagi oarngyangberjaya sukses
https://lomp.at/2uqrr
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - KlikDokter
Tips

Khas Untuk ‘BuMil’ Di Bulan Ramadan, Ini 6 Makanan Terbaik Untuk Kesihatan Kamu!

by Nurul A.
February 21, 2026

Bulan Ramadan telah tiba, namun ada beberapa golongan yang diberi kelonggaran oleh Allah S.W.T untuk tidak berpuasa, seperti wanita hamil...

Read moreDetails
Tips

20 Kawasan Berada Di Tahap Satu & 2 Panas- Ini Tips Hadapi Cuaca Panas Melampau

by Nurul A.
March 24, 2026

Tak dinafikan beberapa hari kebelakangan ini, Semenanjung Malaysia berdepan dengan situasi cuaca panas sehinggakan Jabatan Meterorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran...

Read moreDetails
Foto - Forum Rakyat
Islamik

Jarang Berlaku Ketika Ramadan, Ini Panduan Solat Sunat Gerhana Bulan

by Nurul A.
March 3, 2026

Jarang-jarang sekali berlaku! Istimewanya tahun ini, terutamanya dalam bulan Ramadan, kita bakal menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh yang turut dikenali...

Read moreDetails
Tips

2 Minggu Sebelum Hari Raya, Sempat Lagi Nak Kurus Kalau Kamu Lakukan Ini!

by Nurul A.
March 6, 2026

Cuba bayangkan kamu belum lagi dapat bentuk badan ideal sebelum tiba Hari Raya Aidilfitri? Mimpi ngeri sangat kerana terpaksalah kamu...

Read moreDetails
Islamik

Kejar Lailatul Qadar, Ini Kompilasi Doa Mustajab Untuk 10 Malam Terakhir Ramadan

by Nurul A.
March 11, 2026

Malam Lailatul Qadar merupakan salah satu malam yang paling istimewa dalam bulan Ramadan. Dalam ajaran Islam, malam ini disebut sebagai...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  2. 2

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  3. 3

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  4. 4

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

  5. 5

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara