Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita FAKTA

5 Tips Untuk Mengenal Pasti Jenis Ayam Yang Disuntik

by Aphit J.
August 31, 2020
via ChefSteps

via ChefSteps

14
KONGSIAN
Share on Facebook

Ayam merupakan salah satu sumber protin yang utama dalam masakan harian di Malaysia. Pelbagai jenis menu masakan yang boleh dimasak dengan menggunakan ayam. Tetapi tahukah anda bahawa terdapat ayam yang disuntik dan dijual kepada pelanggan dengan harga yang lebih mahal dek kerana beratnya meningkat.

Menurut Public Health Malaysia, berikut adalah 5 perkara untuk mengenal pasti ayam yang dijual disuntik ataupun tidak.

Air Menitis Dengan Banyak Apabila Diangkat

via Cook Illustrated

Salah satu cara untuk mengenal pasti ayam telah dicucuk ataupun dikenali sebagai plumping adalah dengan mengangkat ayam tersebut. Sekiranya anda melihat banyak air yang keluar dan menitis apabila ayam diangkat ataupun digantung, maka sudah pasti ini adalah ayam dari jenis suntikan.

Keluar Air Dengan Banyak Ketika Masak

via Cook Daily

Apa yang dinyatakan oleh Public Health Malaysia, jika anda memasak ayam, perhatikan kuantiti air atau cecair yang keluar dari isi ayam. Selalunya ayam disuntik akan mengeluarkan air yang banyak ketika dimasak.

Air Bergenang Disekitar Apabila Diletak

via WikiHow

Selain daripada memerhatikan titisan air yang menitik apabila diangkat, anda juga boleh perhatikan daging ayam apabila air bergenang di sekitar ayam apabila diletakkan di satu-satu tempat. Ini kerana air secara perlahan-lahan telah keluar daripada daging ayam.

Daging Mengecut Apabila Dimasak

via ChefSteps

Pasti ada yang pelik kerana ketika membeli, harga ayam agak mahal dan timbanganya agak berat. Tetapi apabila dimasak, daging menjadi kecut dan saiz daging ayam berubah dengan ketara daripada sebelum dimasak. Ini adalah salah satu tanda bahawa ayam tersebut adalah ayam suntikan.

Kulit Ayam Berkilat Dan Tidak Kesat

via Open Taste

Menurut Public Health Malaysia, untuk yang biasa membeli ayam di pasar, pasti akan tahu struktur kulit ayam yang sebetulnya. Jika anda lihat kulit ayam nampak berkilat dan tidak kesat, ini tandanya ayam yang dijual adalah ayam yang dicucuk.

Jadi lepas ini anda bolehlah berhati-hati ketika membeli ayam. Pastikan ayam yang dibeli adalah original tanpa sebarang suntikan.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
ayam cucukayam suntikcara mengetahui ayam dicucukplumpingtip pemilihan ayam
Share10Tweet2SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara