Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya Islamik

6 Perkara Yang Kamu Perlukan Sebagai Persediaan Menyambut Bulan Ramadan

by Nurul A.
February 17, 2026
Foto - @bulan_ramadhan2026_ (IG)

Foto - @bulan_ramadhan2026_ (IG)

17
KONGSIAN
Share on Facebook

Tak dinafikan ramai yang teruja dan tidak sabar menantikan bulan Ramadan. Selain dapat memberi perhatian pada ibadah, orang Islam juga dapat menahan hawa nafsu mereka. Kalau kamu nak tahu, ada yang sudah bersedia dengan menyiapkan diri mereka sebelum menyambut bulan Ramadan.

Dan ada sesetengahnya tidak mempunyai waktu yang cukup atau tidak tahu apa yang perlu disediakan. Jadi apa yang perlu kamu sediakan atau lakukan semasa bulan Ramadan? MURAI kongsikan enam perkara yang boleh dijadikan sebagai panduan untuk menyambut bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi.

View this post on Instagram

1. Al-Quran 

Bagi orang Islam, bulan Ramadan merupakan waktu yang terbaik untuk menghayati dan khatam Al-Quran. Bulan selain Ramadan juga boleh lakukannya tetapi bulan Ramadan memberi peluang dan masa yang lebih dari cukup untuk mempelajari Al-Quran.

MURAI syorkan kamu untuk membaca sekurang-kurangnya 2 ke 4 helai Al-Quran setiap kali habis solat fardhu. Sambil-sambil itu jangan lupa untuk baca terjemahannya untuk tahu setiap maksud di sebalik ayat Al-Quran. Apa-apa pun jangan tergesa-gesa, buat sekadar yang kamu mampu sahaja ye.

2. Bazar Ramadan

View this post on Instagram

Sebut sahaja bulan Ramadan, memang ramai yang teruja nak pergi ke bazar Ramadan. Hanya ada di bulan Ramadan sahaja, jangan pula kamu membeli makanan mengikut hawa nafsu, nanti membazir pada akhirnya.

Nasihat MURAI, beli makanan yang perlu sahaja. Selain elak daripada membazir, kamu juga dapat menjimatkan wang.

3. Rehat Yang Mencukupi 

Penting untuk kamu dapatkan rehat yang cukup, tak kiralah ketika waktu siang atau malam. Ini kerana organ dan otot dalam badan memerlukan masa untuk ‘pulih’. Sekiranya badan mendapat rehat yang mencukupi, kamu dapat kurangkan tekanan serta dapat tingkatkan mood dan konsentrasi ketika berpuasa. Jangan pula tidur berlebihan, nanti bangun tidur makin rasa lemah.

4. Kekalkan Stamina & Kesihatan 

Untuk bulan Ramadan, fizikal yang ‘kuat’ amat diperlukan kerana kamu perlu menahan diri daripada makan dan minum. Untuk kekalkan stamina dan kesihatan, dapatkan makanan yang berkhasiat. Pada masa yang sama lakukan pelbagai jenis senaman ringan seperti yoga, pilates atau regangan untuk kekal cergas.

5. Ambil Makanan Bernutrisi

Jika tidak membeli makanan di bazar Ramadan, sediakan makanan yang bernutrisi dan sihat untuk berbuka atau sahur di rumah. Nasihat MURAI, cuba perbanyakkan sayur-sayuran dan buah, terutamanya yang kaya dalam serat kerana ia bagus untuk sistem pencernaan.

6. Minum Air Dengan Secukupnya 

Bagi mengelakkan diri daripada dehidrasi dan proses detox berlaku dalam badan, kamu dinasihatkan untuk minum air dengan secukupnya. Tapi MURAI syorkan untuk minum air kosong sahaja. Tujuannya adalah untuk beri kesegaran dan elak badan daripada berasa kekeringan.

Jika minum air bergula atau kafein seperti teh dan kopi terutamanya ketika sahur, badan mudah menjadi lembik serta kehausan apabila menjelang waktu tengah hari.

Itulah beberapa perkara yang MURAI sering amalkan setiap kali tibanya bulan Ramadan. Kamu pula bagaimana? Cuba kongsikan.

Ramadan Iftar Terapung & Atas Air: Suasana Bali Di Tengah Cheras?
bulan ramadanramadan
https://lomp.at/yesmg
Share7Tweet4SendShare

KINI TRENDING

Foto - @kurma_jogja (IG)
Islamik

7 Jenis Kurma Pilihan MURAI, Lebih Berkhasiat & Badan Kekal Bertenaga Sepanjang Ramadan!

by Nurul A.
February 20, 2026

Penting untuk kamu tahu, buah kurma bukan sahaja sunnah tetapi ia merupakan makanan yang sangat berkhasiat dan dapat memberikan tenaga...

Read moreDetails
Islamik

Nak Kurangkan Rasa Dahaga Ketika Puasa? Wajib Amal Tip Ini Selepas Sahur

by Nurul A.
February 28, 2026

Ramai yang sedia maklum bahawa umat Islam perlu menahan lapar dan dahaga ketika berpuasa. Tetapi apabila cuaca menjadi sangat panas...

Read moreDetails
Islamik

Kejar Lailatul Qadar, Ini Kompilasi Doa Mustajab Untuk 10 Malam Terakhir Ramadan

by Nurul A.
March 11, 2026

Malam Lailatul Qadar merupakan salah satu malam yang paling istimewa dalam bulan Ramadan. Dalam ajaran Islam, malam ini disebut sebagai...

Read moreDetails
Foto - @masjidsrisendayanofficial (IG)
Islamik

Paling Mudah & Ringkas, Ini Cara Solat Sunat Witir (3 Rakaat 2 Salam)

by Nurul A.
February 24, 2026

Bila bercakap soal solat sunat witir, MURAI yakin ramai yang akan kaitkan solat sunat ini dengan solat terawih semasa bulan...

Read moreDetails
Foto - indonesiaberbagi.id
Budaya

Tak Sempat Ganti Puasa Sebelum Ramadan 2026?- Ini Cara Bayar Fidyah ‘Online’

by Nurul A.
February 5, 2026

Bayaran fidyah adalah wajib kepada mereka yang tidak sempat mengagantikan puasa sebelum tiba Ramadan seterusnya. Bulan Ramadan untuk tahun ini...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  5. 5

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara