Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya

6 Perkara Yang Menjadi Kebimbangan Para Suami Ketika Berasmara

by Jash Lee
September 19, 2020
18
KONGSIAN
Share on Facebook

Kaum lelaki cukup terkenal dengan kegagahannya. Namun di sebalik imej ‘perkasa’ yang ditampilkan, masih terselit sekelumit perasaan bimbang ketika melakukan aktiviti berasmara. Ada ketikanya golongan ini akan dihimpit perasaan takut hingga menjejaskan  prestasi seks mereka sendiri. Apakah perkara yang merisaukan sang suami? Jom kita lihat!

Gagal Puaskan Pasangan 

via syl.ru

Biarpun berusaha untuk memuaskan pasangan tetapi ada kalanya ia masih tidak kesampaian. Perkara sebeginilah yang akan membuatkan si suami akan berasa amat kecewa malah sampai ke satu tahap, sang suami juga akan merasa gagal untuk membahagiakan pasangan. Padahal isteri kebiasaannya tidak menjadikan orgasma sebagai ukuran untuk mengecapi sebuah kebahagiaan.

Hilang Nafsu Seks

via blogspot.com

Adalah normal sekiranya seseorang lelaki itu akan hilang keinginan untuk melakukan seks. Meskipun sudah habis godaan dari pasangan namun ‘kemuncaknya’ masih belum dirasai. Berkemungkinan besar masalah ini adalah disebabkan oleh tekanan ataupun keletihan. Walau bagaimanapun, jika perkara yang sama terus berlanjutan maka ia tidak boleh diambil remeh. Sebab itulah golongan ini cukup bimbang seandainya nafsu ‘berasmara’ pergi begitu sahaja.

Kecewa Dengan Cara Layanan

Pornografi nyata mengundang kesan yang buruk kepada penontonnya terutama sekali untuk lelaki. Ini kerana, rata-rata dari mereka akan gemar membayangkan pasangan masing-masing akan memberi layanan ‘seks panas’ sepertimana yang ditonton. Apa yang pasti, segelintir wanita juga sebenarnya tidak mampu ‘berlebihan’ ketika ‘berasmara’. Apabila ia terjadi, sudah pasti si suami akan dihimpit perasaan kecewa yang teramat sangat.

Bimbang Isteri Hamil

via Siakap Keli

Melangkah ke alam perkahwinan tidak bermaksud lelaki cukup bersedia untuk bergelar bapa. Ada diantaranya biarpun sudah lama mendirikan mahligai bahagia namun status ‘bapa’ masih digeruni. Sebab itulah ketika berasmara, si suami lebih berhati-hati bagi mengelakkan pasangan akan ‘berbadan dua’. Secara tidak langsung, sikap sedemikian membuatkan nafsu seks mereka akan sedikit menurun dengan sendirinya.

Keadaan Diri Yang Tidak Menarik

via Freepik

Bukan sahaja wanita malah lelaki juga sebenarnya bimbang sekiranya diri mereka kelihatan tidak menarik. Sekiranya ia berlaku, maka segeralah berjumpa dengan pakar bagi mendapatkan khidmat nasihat yang sepatutnya. Mungkin kerana penampilan yang tidak seperti dahulu membuatkan perasaan sayang dan cinta beransur pergi begitu sahaja. Realitinya, itulah yang sering berlaku sekaligus akan membuatkan banyak hati dihimpit keresahan.

Cepat Ejakulasi

via Tribunnews.Com

Keperkasaan seorang lelaki sedikit goyah apabila pasangan lambat mencapai kepuasan. Lazimnya ia terjadi kepada suami isteri yang baru sahaja mendirikan rumahtangga. Kesukaran mengawal emosi serta kurangnya pengetahuan tentang seks akan membuatkan ejakulasi (mencapai klimaks) berlaku dengan cepat.

berasmara suamiisteri kebimbangansuami
https://lomp.at/l5d7n
Share15Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Budaya

Pantang Larang Ketika Tahun Baru Cina- No.4 Boleh Buat ‘Tuah’ Lari Sepanjang Tahun!

by Nurul A.
February 10, 2026

Tahun Baru Cina bukan sekadar reunion bersama keluarga dan rakan, dapat angpau atau main mercun. Tetapi bagi mereka yang menyambut...

Read moreDetails
Budaya

Ramalan Baju Raya 2026: Dua Warna Ini Bakal Trending! Siap Menggoda Mata Tahun Ini

by Phic ARMAN
January 26, 2026

Syawal 2026 semakin menghampiri, dan bagi peminat fesyen Raya, soal warna baju pasti menjadi topik hangat. Ramalan dari pengusaha fesyen...

Read moreDetails
Foto - @kurma_jogja (IG)
Islamik

7 Jenis Kurma Pilihan MURAI, Lebih Berkhasiat & Badan Kekal Bertenaga Sepanjang Ramadan!

by Nurul A.
February 20, 2026

Penting untuk kamu tahu, buah kurma bukan sahaja sunnah tetapi ia merupakan makanan yang sangat berkhasiat dan dapat memberikan tenaga...

Read moreDetails
Gambar: AI Generated
LifeXplore

5 Idea Dating Percuma di Kuala Lumpur – Tak Perlu Keluar Duit Langsung!

by Farah Fatihah
February 15, 2026

Kalau kalian nak idea dating yang best tapi jimat, Kuala Lumpur sebenarnya banyak lokasi menarik yang boleh diterokai tanpa perlu...

Read moreDetails
Foto - indonesiaberbagi.id
Budaya

Tak Sempat Ganti Puasa Sebelum Ramadan 2026?- Ini Cara Bayar Fidyah ‘Online’

by Nurul A.
February 5, 2026

Bayaran fidyah adalah wajib kepada mereka yang tidak sempat mengagantikan puasa sebelum tiba Ramadan seterusnya. Bulan Ramadan untuk tahun ini...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore