• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result

7 ‘Moment’ Menarik Di Hari Pertabalan YDP Agong

by Khai Azfar
July 31, 2019
Share on Facebook

Semalam, tanggal 30 Julai 2019 telah menyaksikan satu lagi peristiwa bersejarah telah tercipta apabila Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selamat ditabalkan secara rasmi sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 dalam istiadat dalam suasana penuh tradisi dan adat Raja-Raja Melayu di Istana Negara.

7 ‘Moment’ Menarik Di Hari Pertabalan YDP Agong

Bukan itu sahaja, semalam juga merupakan hari keputeraan Baginda yang ke-60 dan cuti umum turut diberikan buat seluruh rakyat Malaysia bagi sama-sama menyaksikan detik bersejarah ini yang disiarkan secara rasmi di kaca televisyen. Pelbagi ‘moment’ ataupun singkapan menarik turut sempat diperlihatkan secara langsung sepanjang acara ini berlangsung. Kami rangkumkan kembali beberapa detik manis untuk anda yang terlepas menyaksikannya!

Segak Bergaya

Ketibaan Al-Sultan Abdullah yang lengkap berpakaian rasmi Yang di-Pertuan Agong dikenali sebagai ‘Muskat’ dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj  yang anggun dalam persalinan tenun Pahang berwarna putih gading menarik perhatian seluruh tetamu dan juga rakyat Malaysia yang menyaksikannya.

Segak bergaya! Untuk anda yang tidak tahu, pada mulanya Al-Sultan Abdullah ingin memakai muskat dan tengkolok yang dipakai oleh Ayahanda-Ayahanda Baginda berdua namun disebabkan hal-hal tertentu hasrat tersebut terpaksa dilupakan. Bagaimanapun, Tunku Azizah yang kelihatan sungguh berseri memakai tenun Pahang yang telah dijahit kemas oleh banduan-banduan di Penjara Penor, Pahang

Romantiknya! Saling Berpegang Tangan

Momen ketika Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah cuba menarik tangan Al-Sultan Abdullah agar mereka saling berpegangan tangan ketika istiadat Pertabalan Agong Ke-16 di Istana Negara hari ini menarik perhatian netizen sehingga tular di media sosial.

https://murai.my/wp-content/uploads/2019/07/tps-t.co-wXyc6RB0cd_1564538493087.mp4
[VIDEO] “Saya Kagum You Boleh Menari & You Boleh Buat Benda Ni”- Sultan Pahang

Rata-rata netizen yang melihat gelagat itu menyifatkannya sebagai sangat mesra dan beranggapan baginda berdua begitu comel. Malah ketika itu, baginda berdua turut sempat ketawa mesra sekaligus mencatat satu sejarah baru di hari pertabalan Agong.

Tunku Azizah Bantu Betulkan Al-Quran

Bukan itu sahaja, malah Tunku Azizah juga beberapa kali telah membantu Al-Sultan Abdullah di atas singgahsana dengan membetulkan kedudukan sebuah naskhah Al-Quran A Keris Kerajaan. Malah ketika menuruni singgahsana, baginda berdua sekali lagi berpegangan tangan.

Puteri-Puteri Pahang Persis Puteri Dalam Kisah Dongeng

Seperti yang kita sering lihat di dalam kisah-kisah dongeng terkenal, seorang puteri raja akan memakai sepersalinan pakaian yang cukup cantik beserta tiara dan rona ‘shawl’ di kepala. Semalam, Puteri-Puteri baginda berdua,Tengku Ilisha Ameera,Tengku Ilyana, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah dan Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah kelihatan cukup cantik memakai persalinan diraja yang sempat dirakam menerusi siaran langsung di kaca televisyen.

Bagaimanapun, Tengku Puteri Iman Afzan tidak turut serta memandangkan baginda masih dalam pantang selepas melahirkan seorang putera pada minggu lalu. Selain Tengku Puteri Iman Afzan, Tengku Ilisha Ameera dan Tengku Ilyana merupakan anak Al-Sultan Abdullah bersama seorang aktres tahun 80-an, Cik Puan Julia Rais.

Putera Pahang Memakai Sedondon

Persalinan Putera-Putera Pahang benar-benar melambangkan mengimbau zaman kepahlawanan Melayu dahulu. Bukan sahaja segak bergaya, malah kesemua Putera Pahang ini memakai pakaian yang sedondon.

Classic with style! Itulah yang digambarkan oleh netizen apabila melihat Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah, Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, serta adinda-adindanya,Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah dan Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah memakai persalinan songket berwarna perak dan hitam sedondon. Malah Yang Amat Mulia Tengku Arif Temenggong Pahang, Tengku Abdul Fahd Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah turut memakai persalinan yang sama.

[VIDEO] Momen Manis Sultan Pahang & Tunku Azizah Hadiri Majlis Perkahwinan Anak Sahabatnya

Tengku Puteri Jihan Memakai Persalinan Tunku Azizah 35 Tahun Dahulu

Busana warna putih gading yang disarung Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah mencuri tumpuan tetamu kerana mengingatkan kembali nostalgia ketika pertabalan nendanya 35 tahun dahulu.

Persalinan yang diperbuat daripada satin Dutch bersulaman renda Perancis itu adalah persalinan bondanya, Tunku Azizah ketika menyaksikan pertabalan ayahanda baginda Almarhum Sultan Iskandar sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan pada November 1984.

“Saya rasa bangga. Menurut bonda, kain (baju kurung) ini dibeli di London. Bonda pakai semasa berumur 23 tahun. Perlu besarkan sedikit sahaja di bahagian pinggang,” katanya.

Pereka fesyen terkenal Datuk Rizalman Ibrahim yang berpengalaman selama 15 tahun sebagai ‘tukang jahit’ busana Tunku Azizah dan anakanda-anakanda baginda, diberi tanggungjawab mengubah suai saiz baju kurung Tunku Azizah itu untuk disesuaikan dengan saiz pinggang Tengku Puteri Jihan.

Angka 7 Yang Keramat Buat Tun Mahathir

Satu lagi sejarah tercipta! Ketika ayahanda Al-Sultan Abdullah, Almarhum Sultan Ahmad Shah menjadi Yang Dipertuan Agong yang ke-7, Tun Dr Mahathir Mohammad adalah Perdana Menteri Malaysia ketika itu.

Semalam, Tun Dr Mahathir sekali lagi diberi mandat menjadi saksi utama Hari Pertabalan itu sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-7.

baju tunku jihangambar hari pertabalan agongSultan Abdullah Sultan Ahmad ShahTengku Afzantengku ahmad ismailTengku Fahd Mua’adzam Shah.Tengku Ilisha AmeeraTengku Ilyana Tengku Abdullah.Tengku Muhammad ShahTengku Puteri Iman Afzantunku azizahtunku puteri jihan
https://lomp.at/27xwu
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

by Naddy Joe
January 30, 2026

Ratu rock negara, Ella baru-baru ini mengadakan sebuah majlis istimewa bertemakan “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” telah diadakan pada 29...

Read moreDetails
Foto - @syafiqkylez (IG)
Lokal

“Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

by Nurul A.
January 28, 2026

Perjalanan sebagai seorang pelakon dalam industri hiburan yang sangat kompetitif tidaklah mudah seperti yang disangka. Dan Pelakon Syafiq Kyle tampil...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

by Phic ARMAN
January 28, 2026

Dalam masyarakat kita, isu gelaran atau panggilan kepada individu berdasarkan rupa bentuk badan atau penampilan sering menjadi topik sensitif. Apa...

Read moreDetails
Gambar AI Generated
LifeXplore

[VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

by Farah Fatihah
January 31, 2026

Kalau selama ini kita hanya melihat salji di televisyen atau media sosial, kini pengalaman itu boleh dirasai sendiri tanpa perlu...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Sejak Perdana Menteri mengumumkan perubahan umur kemasukan ke pra sekolah dan Tahun 1 bermula tahun hadapan, suasana di media sosial...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  2. 2

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  3. 3

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  4. 4

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  5. 5

    Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore