Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Selera

7 Petua Untuk ‘Menguruskan’ Ikan Ketika Memasak Yang Patut Anda Tahu

by Aphit J.
November 1, 2020
via Ytimg

via Ytimg

Share on Facebook

Tidak kira ikan sungai atau ikan laut, ikan juga merupakan makanan kegemaran rakyat Malaysia. Tetapi kita sering mengalami masalah ketika untuk ‘menguruskan’ ikan tersebut dan ini adalah beberapa petua untuk anda yang gemarkan masakan berasaskan ikan menurut Sinar Plus.

Telur Ikan Tidak Pecah

via Koki

Bagi penggemar telur ikan, ini adalah salah satu cara untuk memastikan telur ikan anda tidak pecah sebelum memasaknya. Masukkan telur ikan ke dalam plastik. Rebus lebih kurang lima minit. Keluarkan dari plastik dan masak seperti biasa.

Ikan Sejuk Beku Segar Semula

via New York Post

Ikan sejuk beku atau yang disimpan lama dalam peti sejuk akan berasa tawar dan tidak segar. Ia boleh diatasi dengan merendamkan ikan tersebut dalam susu segar selama 15 minit. Kemudian masaklah seperti biasa. Ikan akan segar semula dan enak dimakan.

Cara Mudah Buang Sisik Ikan

via Scaler

Sesetengah ikan, sisiknya sukar untuk ditanggalkan. Cara mudah mengatasinya adalah dengan merendamkan ikan di dalam air dan biarkan seketika. Setelah itu kikis sisik ikan di dalam air dan anda akan dapati sisiknya mudah tertanggal.

Hilangkan Bau Hanyir

via Masala TV

Menurut Sinar Plus, gunakan 2 sudu teh cuka ataupun perahan jus limau nipis ke atas ikan, biarkan 10-15 minit dan bilas dengan air bersih. Selain itu, anda juga boleh menggunakan perahan air asam jawa ataupun air basuhan beras untuk menghilangkan bau hanyir ikan.

Ikan Segar Walaupun Disimpan Lama

via Ytimg

Cara mengekalkan kesegarannya, siang kesemua ikan tetapi jangan dicuci. Masukkan ke dalam beg plastik dan simpan dalam peti sejuk. Ikan akan tetap segar walaupun di simpan lebih seminggu dalam peti sejuk.

Memastikan Ikan Menjadi Garing Bila Digoreng

via Cookpad

Gaulkan ikan bersama garam dan serbuk kunyit sebelum menggorengnya. Kemudian campurkan sedikit serbuk kunyit ke dalam minyak panas untuk menggoreng ikan. Selain itu, anda boleh letakkan sedikit bawang putih yang telah dikisar pada campuran kunyit, lumurkan rata dan perap beberapa minit. Kemudian goreng ikan seperti biasa.

Memastikan Ikan Tidak Melekat Semasa Digoreng

via Lazada

Masukkan sekeping asam gelugor atau dikenali sebagai asam keping ke dalam minyak untuk menggoreng ikan. Setelah minyak panas, goreng ikan seperti biasa. Apa yang dikongsikan oleh Sinar Plus, petua ini dapat memastikan ikan cepat garing dan tidak melekat pada dasar kuali anda.

Jadi untuk anda penggemar ikan boleh amalkan 7 petua ini supaya ikan anda dimasak dengan sebaiknya.

cara menguruskan ikanpetua dapurpetua ikanpetua masakantips masakan
https://lomp.at/ahgkm
Share5Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @khairulaming (Threads)
Selera

8 Menu Moreh Khairul Aming Yang Paling Senang & Patut Kamu Cuba!

by Nurul A.
March 2, 2026

Selain berlumba-lumba dalam mengerjakan ibadah puasa, ramai orang termasuklah yang bukan Islam turut menantikan moreh. Di Malaysia, apa yang boleh...

Read moreDetails
LifeXplore

Biskut Raya 2026: Tradisional & Moden Untuk Raya Lebih Meriah

by Farah Fatihah
March 13, 2026

Menjelang Aidilfitri, salah satu perkara yang paling dinanti ialah pilihan biskut raya untuk dihidangkan kepada tetamu. Setiap tahun, pelbagai jenis...

Read moreDetails
Foto - Inside Scoop
Selera

“Rasa-Rasa Malaysia”- Sertai Inside Scoop Untuk Terokai Citarasa Tempatan

by Nurul A.
April 4, 2026

Sempena meraikan Tahun Melawat Malaysia 2026, jenama aiskrim Inside Scoop, telah melancarkan koleksi “Rasa-Rasa Malaysia”. Setiap perisa diinspirasikan daripada ramuan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  2. 2

    Bekas Pengawal Peribadi Shah Rukh Khan Dedah Jumlah Gaji Diterima

  3. 3

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  4. 4

    Peminat Panik Selepas Shah Rukh Khan Mahu ‘Berehat’ Dari Dunia Lakonan

  5. 5

    Pulai Trail KL: Hutan Tersembunyi Di Tengah Bandar Yang Ramai Tak Sedar

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara