Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz

730 KG Bahan Kitar Semula Berjaya Dikumpulkan, AmanahRaya & SWCorp Terus Komited

by Phic ARMAN
May 21, 2026
12
KONGSIAN
Share on Facebook

AmanahRaya terus memperkukuh komitmen terhadap agenda Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) menerusi program “AmanahRaya Love & Care: 5R & Trash for Cash” dengan kerjasama SWCorp Wilayah Persekutuan.

Inisiatif ini bukan sekadar kutipan kitar semula, tetapi usaha berterusan memupuk budaya kerja mampan, pengurusan sisa berhemah dan meningkatkan kesedaran alam sekitar dalam kalangan warga kerja.

Program yang diadakan di Vista Tower, The Intermark Kuala Lumpur ini merupakan sebahagian daripada pelan ESG AmanahRaya ke arah sasaran kelestarian 2030, dengan fokus mengurangkan sisa operasi dan membudayakan amalan mesra alam di seluruh organisasi.

Pelbagai aktiviti turut dijalankan termasuk kempen kitar semula, sesi kesedaran 5R, panduan pengasingan sisa oleh SWCorp serta pameran berkaitan ESG, inovasi kitar semula dan gaya hidup lestari.

Pemangku Pengarah Urusan Kumpulan yang juga Ketua Pegawai Perniagaan dan Operasi Kumpulan AmanahRaya, Jack Yap Ngee Heong berkata usaha ini membuktikan kesungguhan syarikat dalam menjadikan kelestarian sebahagian daripada budaya kerja harian.

“Kelestarian ialah tanggungjawab bersama. Perubahan boleh bermula daripada perkara kecil di tempat kerja. Program seperti ini membantu menyemai kesedaran terhadap alam sekitar,” katanya.

Program ini menerima sambutan menggalakkan dengan kira-kira 730 kilogram bahan kitar semula berjaya dikumpulkan.

Sejak pelan ESG diperkenalkan pada 2023, AmanahRaya melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk pengurangan penggunaan kertas melalui pendigitalan, pengurangan percetakan serta menghentikan penggunaan botol plastik sekali guna dalam program dalaman dan luaran.

Usaha ini juga telah melepasi sasaran awal pengurangan sisa operasi sebanyak 10%.

AmanahRaya kini komited untuk mencapai pengurangan sisa operasi sehingga 30% menjelang 2030 melalui amalan mampan dan penglibatan warga kerja secara berterusan.

Sebagai Pemegang Amanah Awam tunggal di Malaysia, Amanah Raya Berhad percaya kelestarian bukan sekadar tanggungjawab korporat, tetapi usaha yang memberi impak positif kepada perniagaan, masyarakat dan alam sekitar.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
2
Hearts
Hearts
4
Haha
Haha
5
Star
Star
4
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
AmanahRaya
Share5Tweet3SendShare

KINI TRENDING

Sosial Buzz

“Macam Budak PPRT Beli Baju Bundle”- Komen Pedas Tentang Tetamu KLFW Cetus Perang Netizen

by Phic ARMAN
August 6, 2026

Nampaknya, Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) bukan sekadar jadi pentas untuk pereka fesyen mempamerkan koleksi baharu. Malah, setiap tahun ada...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Panik Anak Telan Belon Gam, Tindakan Sang Ibu Buat Ramai Sedar Kewujudan Pusat Racun Negara

by Nurul A.
August 19, 2026

Seorang ibu terpaksa berdepan dengan detik cemas apabila anaknya secara tidak sengaja menelan belon gam, yang pernah popular suatu ketika...

Read moreDetails
LifeXplore

Naik Komuter Waktu Subuh, Netizen Tersentuh Lihat Abang-Abang Solat Berjemaah Dalam Tren

by Phic ARMAN
August 17, 2026

Pernah tak kita terfikir, dalam keadaan mengejar masa untuk sampai ke tempat kerja, bagaimana orang lain memastikan kewajipan tetap dijaga?...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Masih Ingat Fenomena Sejadah Berdiri? Dulu Ramai Percaya

by Phic ARMAN
August 9, 2026

Siapa yang masih ingat fenomena sejadah berdiri sendiri yang pernah menggemparkan media sosial suatu ketika dahulu? Zaman itu, kalau nampak...

Read moreDetails
Sosial Buzz

‘Yang Boikot Tu FOMO”- Pesakit Kanser & Doktor Buka Mata Masyarakat Tentang McDonald’s Di Malaysia

by Phic ARMAN
July 28, 2026

Isu boikot jenama makanan segera seperti McDonald's bukanlah perkara baharu. Sejak konflik di Gaza menjadi perhatian dunia, ramai pengguna memilih...

Read moreDetails
Foto - @zarania_4 (Threads)
Sosial Buzz

[VIDEO] Wanita Tangkap Ular, Bomba Hanya ‘Standby’? Netizen Keliru Siapa Panggil Siapa

by Nurul A.
July 21, 2026

Di platform Threads, seorang wanita telah mencuri perhatian selepas dilihat sangat berani apabila menangkap seekor ular yang berada di bawah...

Read moreDetails
Insentif

Modal Seawal 12 Hari, PUNB Sedia Dana RM80 Juta Untuk PKS Bumiputera

by Phic ARMAN
July 30, 2026

Kalau ada satu perkara yang sering menjadi cabaran usahawan, mestilah soal modal. Faham perkara itu, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)...

Read moreDetails
Sosial Buzz

‘Duduk Jer Semenyih Diam-diam’- Pertikaian Tentang KLFW Cetus Perdebatan

by Phic ARMAN
August 4, 2026

Bukan semua orang faham dunia fesyen, dan itu normal. Tapi bila ada yang bertanya dengan nada sedikit sinis tentang Kuala...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Roller Coaster Tersangkut, Pengunjung Kongsi Detik Cemas Di Taman Tema Popular Subang Jaya

by Phic ARMAN
August 24, 2026

Kalau anda kaki taman tema, roller coaster mesti antara permainan yang paling ditunggu-tunggu. Adrenalin naik, jeritan pun bergema. Tapi bagaimana...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Halau Gelandangan!”- Aduan Di Taman Tasik Danau Kota Akhirnya Dijawab DBKL

by Phic ARMAN
August 25, 2026

Hasrat nak bersantai sambil menikmati suasana hijau di Taman Tasik Danau Kota bertukar sedikit kurang selesa apabila seorang rakyat meluahkan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kisah Cinta Lama Izzana Salleh & Adam Radlan Jadi Perhatian- “Mereka Sangat Low Profile”

  2. 2

    Ulang Tahun Ke-10, Le Méridien Putrajaya Tawar Penginapan Terpilih & Pengalaman Kulinari

  3. 3

    Roller Coaster Tersangkut, Pengunjung Kongsi Detik Cemas Di Taman Tema Popular Subang Jaya

  4. 4

    Bukan Tipu! 7 Filem Hollywood Ini Lakukan Adegan Seks Yang Nyata

  5. 5

    Tampil Di Ulang Tahun Ke-25 “The Fast & The Furious”, Anak Paul Walker Curi Perhatian

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara