Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan Destinasi

Ada Apa Dengan Banjarmasin? AirAsia Buka Laluan Terus Dari Kuala Lumpur

by Phic ARMAN
October 21, 2025
Share on Facebook

Pernah dengar nama Banjarmasin? Kalau belum, inilah masa terbaik untuk mengenalinya. Kota yang terletak di Kalimantan Selatan ini kini boleh dilawati terus dari Kuala Lumpur selepas AirAsia Malaysia (AK) melancarkan laluan baharu mereka ke sana.

Kota Yang Hidup Di Atas Air

Banjarmasin digelar Kota Seribu Sungai kerana kedudukannya yang berada beberapa sentimeter di bawah paras laut serta dikelilingi puluhan sungai kecil. Dua sungai utamanya, Sungai Martapura dan Sungai Barito, menjadi nadi utama kepada kehidupan penduduknya. Suasana di sini berbeza daripada kota biasa — rumah, pasar, dan aktiviti harian semuanya berpusat di tepi air.

Susur Sungai Dan Pasar Terapung

Kalau ke Banjarmasin, aktiviti wajib ialah susur sungai. Pengunjung boleh menaiki perahu sambil menikmati suasana pagi di atas air dan melihat sendiri kehidupan masyarakat setempat. Antara lokasi paling popular ialah Pasar Terapung Kuin, pasar terapung semula jadi tertua di dunia yang telah wujud lebih 400 tahun. Selain itu, Pasar Terapung Siring Tendean, Masjid Sultan Suriansyah dan Menara Pandang juga antara destinasi pelancongan utama yang menawarkan pemandangan menarik.

Makanan Banjar Yang Kena Dengan Selera Malaysia

Selain pengalaman sungainya yang unik, Banjarmasin juga terkenal dengan hidangan tradisional seperti soto Banjar dan sop Banjar. Bezanya, soto biasanya dimakan dengan lontong manakala sop dengan nasi. Kuahnya berempah lembut dan dihidangkan bersama ayam, telur serta perkedel. Rasa yang ringkas tapi cukup memikat, sesuai dengan cita rasa rakyat Malaysia.

Budaya Dan Alam Semula Jadi

Masyarakat Banjar terkenal dengan budi bahasa dan budaya yang masih kuat diamalkan. Kota ini juga menjadi pusat seni tradisional seperti ukiran kayu dan kain sasirangan yang menyerupai batik. Pemandangan sungai pada waktu senja pula menjadikan Banjarmasin antara tempat paling menenangkan untuk dikunjungi.

Misteri Kepala Medusa Mengiring 'Disembunyikan' Di Bawah Hagia Sophia Selama 1,500 Tahun

Laluan Terus AirAsia

Dengan pembukaan laluan terus Kuala Lumpur–Banjarmasin, perjalanan ke kota ini kini lebih mudah dan berpatutan. Ia membuka peluang kepada pelancong Malaysia untuk meneroka keunikan Kalimantan Selatan tanpa perlu transit, selain membantu merancakkan lagi hubungan pelancongan antara dua wilayah serumpun ini.

Jadi, kalau ada yang bertanya “Apa yang menarik di Banjarmasin?”, jawapannya mudah, dari pasar terapung yang berusia ratusan tahun, makanan tradisi yang lazat hingga budaya sungai yang unik, semuanya menanti untuk diterokai. Kini, semuanya hanya satu penerbangan AirAsia dari Kuala Lumpur.

airasiaBanjarmasin
https://lomp.at/amhtg
Share2Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Foto - redBus
Destinasi

Hari Wanita Antarabangsa: 5 Idea Percutian Solo Untuk Kamu Yang Sukakan ‘Adventure’!

by Nurul A.
March 7, 2026

Perjalanan solo bagi wanita kini bukan sekadar hashtag menarik di Instagram, ia telah menjadi satu gerakan yang mencerminkan peralihan yang...

Read moreDetails
Destinasi

Buffet Ramadan Di LEGOLAND Hotel Hidang Lebih 200 Menu Pikat Seisi Keluarga

by Ayu Kamaruddin
January 29, 2026

Bila sebut buffet Ramadan, kebiasaannya orang akan cari yang lengkap, selesa dan sesuai untuk seisi keluarga. Menariknya tahun ini, LEGOLAND...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  5. 5

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore