Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Ada ‘Pakej’ Tersendiri! Indigital Music Perkenal Syahmi Irfan & Aliff Iskandar

by Khai Azfar
October 16, 2020
12
KONGSIAN
Share on Facebook

Ketika ini drama Perempuan Tanpa Dosa lakonan Kamal Adli, Uqasha Senrose dan beberapa pelakon popular lain yang ditayangkan dalam slot Megadrama Astro Ria ternyata mencetuskan fenomenanya tersendiri apatah lagi jalan cerita yang disajikan cukup menyayat hati.

Michael Ang Puas Hati 

Drama yang diadaptasi daripada novel Perempuan Tanpa Dosa karya Fatinilam Sari Ahmad ini turut membuatkan Micheal Ang selaku pengarah nya berpuas hati dengan penangan drama ini.

“Saya akui naskhah ini begitu berbeza dengan karya terdahulu. Kisah lelaki terpaksa berkorban hidup berkahwin dengan wanita lain dan dalam masa yang sama meninggalkan kekasih sendiri.

“Banyak plot dan jalan cerita yang menarik perhatian selain lakonan mantap pelakon yang terlibat boleh disaksikan mulai 6 Oktober lalu,” kata Micheal

Indigital Music Perkenal Dua Penyanyi Baharu 

Menariknya mengenai drama ini, dua lagu baharu turut diperkenalkan. Lagu Perit dan Mungkir nyanyian Aliff Iskandar, 20 tahun dan Syahmi Irfan, 19 telah diperdengarkan buat pertama kali kepada peminat.

Terdahulu, Micheal pernah membuat pencarian penyanyi baharu untuk lagu tema drama ini dan mendapat maklum balas yang cukup positif daripada penyanyi muda serata Malaysia.

YouTube video

Difahamkan, terdapat lebih dari 100 penyertaan yang dihantar dan hanya 15 terpilih untuk diujibakat oleh pihak Indigital Music sebelum memilih Aliff Iskandar sebagai penyanyi untuk runut bunyi drama tersebut.

“Karya tersebut memang lagu asal ciptaan Aliff dan kita beri Iman Imran untuk menulis lirik berdasarkan kisah tersebut. Saya gembira kerana terlibat sama dalam proses awal sehinggalah lagu ini dikeluarkan secara rasmi.

“Setidaknya saya dapat mencungkil bakat baharu dengan karya-karya yang lebih segar dan baharu. Kita ada ramai orang yang hebat tetapi mereka tidak ada ruang. Kita beri mereka peluang untuk membuktikan potensi diri,” tambah Micheal lagi.

Selain itu, Indigital Music turut memperkenalkan sebagai artis terbaharu naungan mereka. Bagi single Mungkir,bekas pemain badminton negara ini tidak keseorangan sebaliknya telah berkolaborasi bersama Aufa Hanie yang juga popular dengan ‘cover’ lagu di YouTube.

Untuk rekod, lirik video lagu Perit dan Mungkir boleh ditonton menerusi saluran YouTube Indigital Music dan semua platform digital sejak 10 Oktober lalu.

YouTube video
What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Aliff IskandarIndigital MusicPerempuan Tanpa DosaSyahmi Irfan
Share10Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara