Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Bisnes

Agoda Melancarkan Buku Kanak-Kanak Yang Dihasilkan Menggunakan AI Generatif

‘Maya and the Secret World of Agoda’ kini boleh didapati secara percuma dalam pelbagai bahasa

by Aphit J.
November 18, 2023
Share on Facebook

Menjelang Hari Kanak-Kanak Sedunia yang berlangsung setiap tahun pada 20 November, platform pelancongan digital Agoda telah menghasilkan sebuah buku kanak-kanak dengan menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan Generatif (Gen AI).

Menyemarakkan Imaginasi Kanak-Kanak

Buku yang berjudul ‘Maya and the Secret World of Agoda’ menyemarakkan imaginasi serta menggalakkan kanak-kanak untuk meneroka dan menikmati teknologi.

Buku tersebut kini boleh dimuat turun secara percuma di platform Agoda, dan tersedia dalam pelbagai bahasa, termasuk Bahasa Malaysia and Bahasa Inggeris.

Salinan asal dan rekaan visual awal bagi buku kanak-kanak 24 halaman ini dicipta sepenuhnya oleh perisian Kecerdasan Buatan Generatif iaitu ChatGPT dan Midjourney, di bawah pantauan pasukan pemasaran, teknologi dan penterjemahan Agoda.

Pengambaraan Kanak-Kanak

via Agoda

‘Maya and the Secret World of Agoda’ mengisahkan seorang gadis muda bernama Maya, yang memulakan pengembaraannya ketika melawat ibunya di pejabat Agoda di Bangkok.

Buku ini membawa pembaca muda atas sebuah perjalanan, dan memperkenalkan mereka kepada konsep teknologi melalui watak-watak menawan yang membantu menangkap imaginasi mereka, menjadikannya pilihan yang menghiburkan dan mendidik untuk kanak-kanak dan keluarga yang berminat dengan teknologi di seluruh dunia.

Mencetuskan Inspirasi dan Kreativiti

via Agoda

Ia berfungsi sebagai bukti dedikasi Agoda terhadap teknologi dan komitmennya untuk mencetuskan inspirasi dan kreativiti dalam minda kanak-kanak, terutamanya di Asia, yang mana terletaknya ibu pejabat Agoda.

Topik Berkaitan Cuti Umum Tambahan Dorong Peningkatan Dramatik Carian Percutian di Agoda

‘Maya and the Secret World of Agoda’ kini boleh dimuat turun secara percuma di pautan: agoda.com/aibook/.

Setiap edisi mengandungi dua bahasa iaitu Bahasa Inggeris, bahasa asal yang digunakan oleh Gen AI serta edisi dalam bahasa Thai, Jepun, Cina Ringkas, Cina Tradisional, Vietnam, Bahasa Indonesia, Bahasa Malaysia, dan Korea.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
AgodaMaya and the Secret World of Agoda
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Nourul Bermimpi Tentang Biduanita Negara, Respon Siti Nurhaliza Buat Ramai Tersenyum

  2. 2

    VIDEO Pelukan Tun Siti Hasmah Buat Syed Saddiq & Bella Astillah Undang Air Mata Netizen

  3. 3

    Peminat Kecewa Dengan Gaya Hidup Lamine Yamal, Netizen-“Jangan Terlalu Taksub. Travel. Do it a lot”

  4. 4

    Luahan Zizie Izette Buat Ramai Sebak- “Saya Ibu Tunggal Sekarang…”

  5. 5

    “Tak Perlu Sampai Tampar”- Video Anggota Polis Kejutkan Warga Emas Tidur Cetus Kemarahan Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara