Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Insentif

Aidilfitri Makin Meriah! Penjawat Awam Selangor Dapat Bonus & Masuk Awal

by Ayu Kamaruddin
March 2, 2026
Share on Facebook

Menjelang Aidilfitri yang bakal tiba, berita yang pastinya menjadi antara pengumuman paling menggembirakan buat warga penjawat awam di Selangor. Kerajaan negeri mengumumkan pemberian Insentif Khas Kita Selangor Aidilfitri (IKSA) sebagai tanda penghargaan terhadap khidmat dan komitmen yang telah dizahirkan sepanjang tahun.

Pengumuman tersebut dibuat sendiri oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dalam Majlis Akrab Mahabbah Insani Ramadhan Bersama Penjawat Awam Selangor. Insentif khas itu akan dibayar pada 19 Mac, memberi ruang secukupnya untuk membuat persiapan menyambut Syawal bersama keluarga tersayang.

“Atas khidmat cemerlang yang dizahirkan dan sebagai dorongan untuk terus meningkatkan usaha sepanjang tahun ini, kerajaan negeri bersetuju memberi IKSA sempena Aidilfitri sebanyak satu bulan gaji atau minimum RM1,000 untuk semua penjawat awam Selangor,” katanya.

Amirudin Shari is stepping out onto centre stage in Selangor | The Star
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari

Sebulan Gaji Atau Minimum RM1,000

Menerusi IKSA tahun ini, semua penjawat awam negeri Selangor akan menerima insentif sebanyak satu bulan gaji atau minimum RM1,000. Ia dilihat sebagai dorongan untuk terus meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat, selain menghargai usaha yang telah diberikan.

Langkah ini sekali lagi membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam menjaga kebajikan penjawat awam yang menjadi tulang belakang pentadbiran.

View this post on Instagram

Lima Golongan Turut Terima Elaun Khas

Bukan itu sahaja, lima kumpulan pemimpin masyarakat turut menerima manfaat menerusi IKSA, dengan bayaran satu bulan elaun atau minimum RM500. Mereka terdiri daripada:

  • Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)
  • Pegawai Perhubungan Kampung Baru/Bagan
  • Ketua Komuniti India
  • Penyelia Wanita Berdaya (PWB)
  • Penggerak Belia Selangor (PeBS)
  • Petugas masjid serta Guru Rakyat juga akan menerima RM500 sebagai penghargaan atas peranan mereka dalam komuniti.

Penjawat Awam Persekutuan Turut Dihargai

Menariknya, seramai 50,000 penjawat awam Persekutuan yang bergaji RM3,000 dan ke bawah, berstatus lantikan tetap serta berkhidmat di Selangor, turut menerima IKSA sebanyak RM300 seorang.

Langkah ini dilihat sebagai usaha memperkukuh hubungan antara kerajaan negeri dan Persekutuan, sekali gus memastikan kebajikan mereka yang berkhidmat di Selangor terus diberi perhatian.

Secara keseluruhan, seramai 72,850 penerima bakal menikmati manfaat IKSA kali ini dengan implikasi kewangan berjumlah RM66.25 juta.

“Insya-Allah, saya berharap IKSA kali ini dapat memanfaatkan anda sekeluarga sebagai persiapan sambutan Aidilfitri, di samping komitmen kita bersama untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan kepada rakyat,” katanya.

Gaji Diawalkan Seminggu Sebelum Raya

Dalam pada itu, kerajaan negeri juga bersetuju mengawalkan pembayaran gaji penjawat awam kepada 13 Mac, kira-kira seminggu sebelum Aidilfitri.

Keputusan ini memberi ruang lebih selesa kepada penjawat awam untuk merancang perbelanjaan, membeli keperluan raya dan membuat persiapan tanpa tekanan saat akhir. Boleh bayanglah suasana senyum lebar bila gaji masuk awal memang timing on point.

Wartawan & Jurugambar WAJAR Terima RM1,000

Dalam perkembangan sama, ahli berdaftar Pertubuhan Wartawan dan Jurugambar Selangor (WAJAR) turut menerima insentif khas RM1,000.

“Penyaluran insentif ini akan diuruskan melalui Pejabat Menteri Besar Selangor dengan kerjasama Yayasan MBI menjelang Aidilfitri kelak,” katanya yang juga Penaung WAJAR.

@mediaselangor

Kerajaan Negeri Selangor mengumumkan Insentif Khas Aidilfitri 2026 yang memanfaatkan bukan sahaja penjawat awam negeri, malah turut meliputi pemimpin komuniti, petugas masyarakat serta sebahagian penjawat awam Persekutuan di Selangor. Inisiatif menyeluruh ini mencerminkan penghargaan negeri terhadap peranan pelbagai lapisan yang bersama-sama menggerakkan perkhidmatan kepada rakyat. Menerusi pengumuman oleh Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri @amirudinshari di Majlis Akrab Mahabbah Insani Ramadan di Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Abdul Aziz, Shah Alam di sini sebentar tadi, penjawat awam negeri akan menerima insentif satu bulan gaji atau minimum RM1,000, dengan bayaran dijadualkan pada 19 Mac 2026, manakala gaji bulanan Mac diawalkan antara 13 hingga 16 Mac. Langkah ini bertujuan membantu persiapan Aidilfitri dan memastikan kesejahteraan penjawat awam terus terpelihara menjelang musim perayaan. Pada masa sama, kerajaan negeri turut menyalurkan insentif kepada pemimpin masyarakat dan penggerak komuniti termasuk MPKK, Ketua Komuniti, Penyelia Wanita Berdaya, Penggerak Belia Selangor, petugas masjid serta guru rakyat. Mereka akan menerima bayaran khas sekurang-kurangnya RM500 sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan di peringkat akar umbi. Bagi memperluas manfaat, Selangor juga menyalurkan bantuan tambahan RM300 kepada kira-kira 50,000 penjawat awam Persekutuan berpendapatan RM3,000 ke bawah yang berkhidmat di negeri ini, selain insentif RM1,000 kepada wartawan berdaftar dengan Persatuan Wartawan dan Jurugambar Selangor (WAJAR). Keseluruhan inisiatif berjumlah sekitar RM66.25 juta ini dijangka dikreditkan sebelum Aidilfitri, sebagai tanda penghargaan kerajaan negeri kepada semua rakan perkhidmatan masyarakat. MediaSelangor insentifkhasaidilfitriselangor

♬ original sound – Media Selangor – Media Selangor

Sekadar info tambahan, pertubuhan yang diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada Julai 2025 itu kini dianggotai lebih 70 wartawan dan jurugambar yang bertugas di Selangor. Penyaluran insentif ini akan diuruskan melalui Pejabat Menteri Besar Selangor dengan kerjasama Yayasan MBI menjelang Aidilfitri.

Pemberian ini dilihat sebagai pengiktirafan terhadap peranan media dalam menyampaikan maklumat dan merakam sejarah pembangunan negeri.

Bagi Murai, pengumuman IKSA kali ini bukan sekadar bantuan kewangan bermusim, tetapi satu mesej jelas bahawa usaha dan dedikasi penjawat awam tidak dipandang sepi.

Tak Jauh Pun Dari KL? Ini 5 Pantai Di Selangor Yang Wajib Anda Singgah Untuk Healing
IKSAselangor
https://lomp.at/52m6k
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Insentif

Ramadan Jadi Lebih Bermakna, MAIWP Agih RM17.44 Juta Untuk Asnaf di KL, Putrajaya Dan Labuan

by Ayu Kamaruddin
February 12, 2026

Menjelang ketibaan Ramadan yang dinanti-nantikan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sekali lagi tampil dengan inisiatif bermakna apabila menyalurkan Insentif...

Read moreDetails
Insentif

Rezeki Bakal Jemaah, Selangor Naikkan Insentif Haji Kepada RM1,500 Buat Jemaah Haji Muassasah

by Ayu Kamaruddin
February 23, 2026

Berita baik buat bakal jemaah haji di Selangor! Seramai 6,000 jemaah haji muassasah bakal menerima insentif sebanyak RM1,500 seorang menerusi...

Read moreDetails
Insentif

Doktor Kontrak Tarik Nafas Lega, Kerajaan Lulus Elaun Pertukaran & Perpindahan

by Ayu Kamaruddin
February 10, 2026

Berita baik buat doktor kontrak yang bakal menerima lantikan tetap di bawah Kementerian Kesihatan (KKM). Kerajaan bersetuju memberikan elaun pertukaran...

Read moreDetails
Insentif

RM150 Juta Bantuan Sara Tak Dituntut, Ini Jawapan Ke Mana Duit Ini Pergi

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Bukan disimpan, bukan juga dibiarkan sepi. Sebanyak RM150 juta daripada bantuan Sumbangan Asas Rahmah (Sara) yang tidak dituntut sehingga 31...

Read moreDetails
Insentif

SPA Sasar 30,000 Lantikan Tahun Ini, Peluang Kerjaya Sektor Awam Makin Terbuka

by Ayu Kamaruddin
January 27, 2026

Berita baik buat pencari kerja sektor awam apabila Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menyasarkan 30,000 lantikan penjawat awam pada tahun ini,...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore