Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Fesyen

Aina Abdul Padankan Baju Kurung & Kasut But, Hijabis Beri ‘Approval’ Untuk Gaya Hari Raya Nanti!

by Soph Azz
February 19, 2024
Foto - @ainaabdul (IG)

Foto - @ainaabdul (IG)

Share on Facebook

Tak sangka pula padanan baju kurung dan kasut but seperti Aina Abdul untuk Hari Raya nanti nampak sangat unik serta trendy!

Siapa yang melihat pertunjukan fesyen Bulan Bintang Terrrpaling Raya, pasti tahu jenama ini mengeluarkan pelbagai koleksi dan warna yang sangat menarik bagi koleksi Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Sepanjang pertunjukan fesyen ini, perhatian Miss Murai memang tak terlepas daripada melihat setiap persalinan tetamu yang hadir. Tetapi apa yang membuatkan Miss Murai lebih terpaku adalah penampilan daripada penyanyi Aina Abdul.

View this post on Instagram

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

Kalau kamu perhatikan penampilannya, Aina mengenakan baju kurung merah jambu yang mempunyai cetakan bunga kecil di atasnya, manakala di hujung bajunya pula dijahit sulam berbentuk scallop. Bahagian kainnya pula ala-ala kain pario yang menjadi trend masa kini. Dan apa yang lebih menarik, penampilan baju kurungnya ini dipadankan bersama dengan kasut but dalam rona beige.

Walaupun Aina tampil sangat ringkas dan bersahaja, bagi Miss Murai padanan baju kurung serta kasut but olehnya itu merupakan gabungan fesyen yang sangat unik!

View this post on Instagram

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

Sambil menutup aurat dengan sempurna, gaya Aina Abdul ini boleh mencetuskan fenomena dalam kalangan hijabis yang ingin gaya yang lebih segar dan baru untuk Hari Raya nanti!

Aina ditemui ketika membuat persembahan untuk di pertunjukan fesyen yang diberi nama ‘Bulan Bintang The Terrrpaling Raya Fashion Show yang juga mendapat kerjasama dari Tiktok Shop sebagai rakan kongsi e-dagang. Pertunjukan fesyen Bulan Bintang The Terrrpaling Raya Fashion Show menampilkan koleksi Raya 2024 Ready To Wear (RTW), bagi pakaian bersaiz besar, set sedondon keluarga yang terdiri daripada 40 rekaan dengan 70 pilihan warna eksklusif.

Bulan Bintang The Terrrpaling Raya Fashion Show kali ini dimeriahkan lagi dengan pertunjukan barisan model bersaiz besar dan keluaran koleksi terbaru yang mempunyai saiz sehingga 5XL. Bulan Bintang juga telah memberi pengumuman rasmi mengenai kolaborasi mereka bersama jenama tempatan iaitu Zus Coffee, Hausboom, Origina, Ninja Van, TikTok Shop dan Pemenang 3 Dimensi Animasi Ejen Ali.

Pertunjukan ini juga telah melancarkan Kempen Terrrpaling Raya di mana Bulan Bintang menawarkan hadiah bernilai RM 3 juta untuk semua pembeli Bulan Bintang pada tahun ini. Antara hadiah yang ditawarkan ialah 10 biji buah Perodua Myvi dan Bezza, iPhone 15, emas 999 dan pelbagai hadiah yang menarik akan dimenangi oleh para

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
aina abdulaina abdul bulan bintangBulan Bintangfesyen aina abdul
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Harga Asal RM289, Tapi Bil Melonjak Jadi RM600?  Pengguna Luah Kecewa Isu Caj Rawatan Gigi Didakwa Tidak Dimaklumkan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara