Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Bisnes

Airasia Rewards Lancarkan Program Penukaran Mata Bersama Bank Rakyat

by Phic ARMAN
March 30, 2023
Share on Facebook

Program Kesetiaan airasia Super App, airasia rewards telah memeterai kerjasama bersama Bank Rakyat, bank Islamik terbesar di Malaysia semasa Minggu Teknologi Bank Rakyat 2023 bagi melancarkan program penukaran mata ganjaran untuk memberikan pengguna kad kredit dengan lebih banyak keistimewaan di airasia Super App.

Melalui kerjasama ini, pengguna kad kredit boleh menukarkan Mata Ganjaran Rakyat mereka kepada mata airasia dengan kadar penukaran sebanyak 2,500 Mata Ganjaran Rakyat kepada 1,000 airasia poin.

Proses penukaran boleh dibuat selengkapnya secara mudah dengan beberapa langkah melalui laman perbankan dalam talian iRakyat:

  1. Langkah 1: Masuk ke iRakyat
  2. Langkah 2: Klik iRewards untuk menyemak Mata Ganjaran Rakyat anda yang terkini (Mata Ganjaran Rakyat anda akan dipaparkan dalam bentuk ‘RM’)
  3. Langkah 3: Masukkan jumlah yang disahkan dalam kiraan ‘RM25’ (2,500 Mata Ganjaran Rakyat) dan pilih “Lain-lain” untuk jenis akaun dan “airasia rewards” untuk akaun pengkreditan
  4. Langkah 4: Masukkan nombor pengenalan keahlian airasia rewards anda.
  5. Langkah 5: Semak kesemua butiran peribadi dan masukkan nombor TAC yang akan dihantar ke nombor telefon bimbit berdaftar.
  6. Langkah 6: Proses penebusan telah lengkap dan anda akan menerima notifikasi sebagai pengesanan.

Ahli airasia boleh menggunakan airasia poin untuk membeli pelbagai perkhidmatan dan produk yang terdapat di airasia Super App seperti penerbangan AirAsia dan syarikat penerbangan lain dan juga penginapan di hotel, penghantaran makanan, perkhidmatan e-hailing, pembelian produk bebas cukai dan tawaran perjalanan dan gaya hidup. airasia Super App juga menawarkan ahli airasia peluang untuk mengerjakan Umrah, Qurban dan perkhidmatan dan produk gaya hidup yang patuh Shariah.

Topik Berkaitan Ramai Kagum Kecekapan AirAsia di Taiwan, Juruterbang Ini Dedah Risiko Pendaratan 'Crab'

Ketua Pegawai Kesetiaan airasia Super App, Ong Wai Fong mengulas,

“Kami sangat teruja untuk mengumumkan kerjasama bersama Bank Rakyat yang menawarkan pemegang kad mereka cara terbaharu untuk menggunakan Mata Ganjaran Rakyat di airasia Super App, pilihan yang menyenangkan untuk memaksimakan nilai ganjaran mereka yang berkemungkinan akan ditinggalkan.”

Selain itu, pemegang kad Bank Rakyat akan mendapat lebih kebebasan untuk memilih lebih banyak cara untuk menggunakan Mata Ganjaran Rakyat yang dipercayai bakal merangsangkan aktiviti penebusan mata, meningkatan pembelanjaan kad serta mendorong perkembangan perniagaan.

Ini secara keseluruhan akan menambah nilai kepada kedua-dua pihak iaitu pemegang kad Bank Rakyat dan juga ahli airasia dan merapatkan lagi jurang visi kami untuk menjadikan airasia poin sebagai matawang program kesetiaan digital yang tanpa sempadan.

Bank Rakyat melalui pelan Bank Rakyat 2025 (BR25) akan sentiasa meletakkan pengalaman pelanggan yang terbaik di barisan hadapan and sejajar dengan strategi Bank tersebut dan sekali gus membenarkan cara yang cukup menarik untuk pelanggan mereka untuk menggunakan Mata Ganjaran Rakyat di airasia Super App.

Bermula dari sekarang sehingga 15 April 2023, ahli airasia boleh menikmati bonus 50% airasia poin atas setiap transaksi penukaran mata anda. Tambahan pula, sesiapa yang peroleh airasia poin tertinggi akan diberikan ganjaran dengan sepasang tiket penerbangan ke mana-mana destinasi yang anda mahukan dalam rangkaian AirAsia yang bernilai RM5,000.

Topik Berkaitan ibis Perth: Lokasi Strategik, Hotel Bajet Paling Best Di Tengah Bandar Perth, Australia

Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk mendapatkan Ganjaran SUPER apabila menggunakan airasia poin untuk membayar kesemua transaksi di airasia Super App anda.

Ikuti airasia rewards di Facebook dan @airasiarewards di Instagram dan dapatkan perkembangan terkini dari segalanya airasia Super App dengan mengikuti @airasiasuperapp di Instagram/Facebook atau @airasia di WeChat/Weibo.

Untuk pengalaman #SuperRewarding yang lebih lancar dan dipertingkatkan, muat turun aplikasi airasia Super App dari Apple App Store, Google Play Store, atau Huawei App Gallery dan daftar sebagai ahli airasia sekarang!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
airasia
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    Katil Besi Sampai Patah Dua! Penyewa Didakwa Hilangkan Diri Selepas Tinggalkan Kerosakan Cetus Rasa Kecewa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara