Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita

AirBorneo Rasmi Terbang Hari Ini, Dari Konsep Hingga Seragam Kru Kabin Jadi Perhatian

by Phic ARMAN
January 2, 2026
84
KONGSIAN
Share on Facebook

Hari ini mencatat satu lagi detik penting buat Sarawak apabila AirBorneo akhirnya berlepas secara rasmi. Tak perlu gimik besar, tak juga terus pasang impian terlalu tinggi. Apa yang penting, langkah pertama sudah diambil  dan ia diambil dengan penuh berhemah. Ini lima perkara menarik tentang AirBorneo yang wajar kita tahu.

1. AirBorneo Tak Terus ‘Over’, Semuanya Disusun Fasa Demi Fasa

Kalau ada yang sangka AirBorneo terus nak jadi pesaing besar syarikat penerbangan serantau, mungkin kena bertenang dulu. Menurut Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lee Kim Shin, pengambilalihan MASwings hanyalah langkah permulaan.

Segala perancangan dibuat secara berperingkat, profesional dan penuh kira-kira. Pendek kata, bukan jenis buat ikut sedap hati  semuanya demi kelestarian jangka panjang.

2. Penerbangan Sulung Fokus Rakyat, Bukan Populariti

Penerbangan pertama AirBorneo tak ke destinasi glamor. Sebaliknya, ia memilih Mukah dan Tanjung Manis, dua laluan penting buat komuniti tempatan.

Pesawat ATR72-500 dan Twin Otter yang dihiasi corak AirBorneo berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dengan membawa 54 dan 15 penumpang. Isyaratnya jelas: rakyat dulu, hype kemudian.

3. Ini Bukan Airline Kejar Untung Semata-Mata

Menarik tentang AirBorneo, ia bukan sekadar syarikat penerbangan komersial. Ia datang dengan tanggungjawab sosial.

Lee Kim Shin sendiri menegaskan, bagi Sarawak yang luas dan berselerak dari segi geografi, penerbangan bukan satu kemewahan. Ia keperluan untuk pendidikan, kesihatan, urusan harian, perniagaan dan pelancongan. AirBorneo diwujudkan untuk menjawab keperluan itu.

4. Seragam Baharu, Sentuhan Tradisi Sarawak

Dalam diam, AirBorneo turut mencuri perhatian dengan seragam kru kabin baharu. Paling manis, syang dipakai diinspirasikan daripada pakaian tradisional Sarawak. Warna merah hati dengan scarf di leher berwarna kuning keemasan.

Identiti lama MASwings pula akan dikurangkan secara berperingkat dari livery pesawat hinggalah ke pakaian seragam, dalam tempoh enam bulan. Perlahan-lahan, AirBorneo akan berdiri dengan wajahnya sendiri.

5. Impian Serantau Ada, Tapi Perlu Sabar

Soal penerbangan serantau dan laluan besar? Jawapannya: belum lagi.

Menurut Menteri Pelancongan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, AirBorneo masih menggunakan pesawat kecil RAS dan memerlukan sekurang-kurangnya dua tahun sebelum lonjakan besar dapat dilihat. Namun perancangan ke Semenanjung Malaysia dan rantau berdekatan dijangka bermula selepas Julai 2026.

Dengan Kuching pula dipilih sebagai lokasi pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2026, keyakinan terhadap masa depan AirBorneo dilihat semakin cerah.

Airborneo
https://lomp.at/wxz6e
Share34Tweet21SendShare

KINI TRENDING

Sosial Buzz

4 Hal Yang Perlu Anda Tahu Tentang JustGO, Bayar Tol Guna Nombor Plat. Berkesan Ke?

by Phic ARMAN
February 19, 2026

Dunia tol Malaysia nampaknya bakal masuk fasa baharu! Lebih 200,000 pengguna sudah memuat turun aplikasi JustGO Malaysia yang menggunakan teknologi...

Read moreDetails
Jalan-Jalan

Tiket Flight 100% Diskaun? Vietjet Buat Ramai Rakyat Malaysia Tak Senang Duduk!

by Phic ARMAN
April 2, 2026

Kalau MURAI cakap, ini memang timing paling “cun” untuk plan getaway, siapa tengah pasang angan-angan nak ke Vietnam tu, memang...

Read moreDetails
LifeXplore

Silverfox Cafe KL Photobooth Telefon: Kafe Estetik Rare Di Chow Kit

by Farah Fatihah
March 27, 2026

Silverfox Cafe KL adalah antara kafe estetik di Kuala Lumpur yang makin jadi pilihan ramai, bukan sahaja sebab cantik untuk...

Read moreDetails
Berita

Noor Kartini Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Neelofa Yang Ke-37-“Mama Bangga Melihat Anakku…”

by Naddy Joe
February 10, 2026

Usahawan terkenal Noor Kartini mencuri perhatian peminat selepas menitipkan ucapan istimewa sempena hari lahir anak perempuannya yang merupakan selebriti dan...

Read moreDetails
via Grok
Sosial Buzz

Parcel Bernilai Tinggi Dilapor Hilang, Netizen Persoal Syarikat Kurier

by Noe
February 11, 2026

Isu kehilangan bungkusan ketika dalam proses penghantaran kembali mencuri perhatian ramai apabila satu perkongsian di media sosial mencetuskan perbincangan hangat...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  4. 4

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  5. 5

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara