Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita

Terlepas Permohonan FLYsiswa 2025? Kamu Boleh Buat Rayuan Sebelum 31 Ogos Ini!

by Nurul A.
August 22, 2025
Foto - eCentral

Foto - eCentral

Share on Facebook

Jika ada pelajar dalam kalangan pembaca yang belum tebus baucar Program Subsidi Penerbangan Pelajar (FLYsiswa) untuk tahun ini, MURAI gesa kamu segera buat rayuan sebelum berakhirnya bulan Ogos 2025!

Bagi yang tertanya-tanya mengenai FLYsiswa; ia adalah salah satu bentuk inisiatif oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia yang mahu membantu meringankan bebas kos perjalanan bagi pelajar yang menuntut pengajian di luar negeri asal mereka.

Subsidi ini merangkumi perjalanan antara Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Siapa Yang Layak Terima Baucar FLYsiswa?

Program Subsidi Penerbangan Pelajar (FLYsiswa) ini hanya terbuka kepada pelajar-pelajar warganegara Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut:

Foto – eCentral

Syarat Kelayakan: 

  • Pelajar daripada Universiti Awam, Politeknik, dan Kolej Komuniti di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Ciri-Ciri Kelayakan:

  • Warganegara Malaysia
  • Pelajar yang berdaftar dalam program pengajian sepenuh masa.
  • Berasal dari Sabah, Sarawak, atau Wilayah Persekutuan Labuan dan menuntut di Semenanjung Malaysia.
  • Berasal dari Semenanjung dan menuntut di Sabah, Sarawak, atau Labuan.
  • Berasal dari Sabah dan belajar di Sarawak atau Labuan.
  • Berasal dari Sarawak dan belajar di Sabah atau Labuan.
  • Berasal dari Labuan dan belajar di Sabah atau Sarawak.

Tarikh Penebusan Tiket Kapal Terbang 

Bagi pelajar yang telah layak untuk memohon FLYsiswa ini, kamu boleh melakukan penebusan baucar untuk pembelian tiket penerbangan sehingga 31 Disember 2025 sahaja.

Sekiranya harga tiket yang dibeli adalah kurang daripada RM400, baki baucar digital akan kekal dalam credit shell (syarikat penerbangan mengeluarkan baucar digital) dan boleh digunakan untuk pembelian tiket seterusnya.

Pelajar boleh membuat pembelian di mana-mana syarikat penerbangan seperti Malaysia Airlines, AirAsia, BatikAir, Firefly dan MASwings.

Cara Semak Kelayakan FLYsiswa 

Bagi pelajar IPT yang ingin melakukan permohonan bantuan subsidi kapal terbang ini, kamu boleh melakukan semakan kelayakan di laman rasmi https://subsidiudara.mot.gov.my.

Foto – https://subsidiudara.mot.gov.my/

Sila masukkan nombor MyKad dan pilih Nama Institusi untuk semakan. Jika tidak layak, kamu boleh membuat rayuan semula.

Tempoh Rayuan FLYsiswa 

Foto – https://subsidiudara.mot.gov.my/

Tempoh untuk membuat rayuan adalah mulai 15 April 2025 sehingga 31 Ogos 2025. Pelajar boleh kemukakan rayuan melalui portal rasmi subsidiudara.mot.gov.my/rayuan dengan kadar segera.

Pelajar juga boleh membuat pertanyaan atau aduan dengan Kementerian Pengangkutan di e-mel aduan@mot.gov.my. Dan untuk maklumat lanjut, sila layari https://subsidiudara.mot.gov.my atau rujuk Soalan Lazim (FAQ) di [SINI].

Semoga berjaya!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
flysiswaflysiswa 2025rayuan flysiswa
Share2Tweet2SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    Katil Besi Sampai Patah Dua! Penyewa Didakwa Hilangkan Diri Selepas Tinggalkan Kerosakan Cetus Rasa Kecewa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara