Wednesday, August 27, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Aishah Bagi ‘Hint’, Bakal Berundur Dari Dunia Seni

by Khai Azfar
March 18, 2021
160
KONGSIAN
Share on Facebook

Nama penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin atau lebih dikenali sebagai Aishah sekali lagi menjadi bualan hangat dikalangan peminat baru-baru ini selepas dia dikatakan telah menyekat Instagram penyanyi nombor satu negara, Dato Sri Siti Nurhaliza.

Tidak Sedar Sekat Akaun Instagram Siti

Bagaimanapun, tegas Aishah dia tidak sengaja berbuat sedemikian kerana akui tersalah menyekat akaun yang disangka nya netizen yang cuba mengecam nya sebelum ini. Tambah Aishah, dia hanya tahu mengenai perihal tersebut selepas diajukan soalan oleh seorang wartawan.

Jelas Aishah yang membawakan lagu Siti berjudul Aku Bidadari Syurgamu pada pentas AJL35 baru-baru ini, hubungannya bersama Siti tidak mempunyai sebarang masalah malah turut menganggapnya seperti seorang adik.

“Hadoi hari ini I dihubungi seorang wartawan bertanyakan samada gosip yang melanda mengatakan I dan adinda @ctdk tak bertegur?”

“Tergamam sekejap I dibuatnya. Biar betul ni cerita apa pulak ni? Laaaa rupanya berpunca dari I terblock IG adinda tersayang I ni. Tepuk dahi I tadi”

“Ok let me explain supaya uolls jangan membuat andaian tak tentu arah ok. Semasa Semi Finals lepas ada orang yang tag I ke IG adinda ku ini”

“Dan semasa panas tu kan, akak terbaca kecaman dalam akaun tu. So untuk meredakan hati yang sedih dikecam dicemuh dan macam-macam lagi I block.I tak perasan pun yang ini IG utama beliau. Kerana adindaku ini superstar, I jadi confuse pasal I tengok banyak betul IG yang ada nama beliau”

“Kelakar kehidupan sekarang ye kalau tak boleh tag IG seseorang terus orang tujal fikir benda bukan-bukan. Hahahah commonlah there is life beyond social media.Elok je @rozisangdewi hubungi I dengan ucapan Siti,” jelas Aishah di Instagram pada Rabu.

https://www.instagram.com/p/CMhKdT7hJtJ/

Bakal Berundur Dari Dunia Seni

Dalam pada itu, menerusi sebuah hantaran lain, Aishah memberi bayangan untuk berundur daripada dunia seni tidak lama lagi.

“Life must go on,buat sementara ini I akan terus berkarya dan menyanyi.Harapan I di masa taklah lama lagi I akan dapat laksanakan impian-impian I yang belum tercapai”

“Yang sakit sangat hati dengan kehadiran I dalam industri ini jangan risau,I wont be here forever.Ada beberapa perkara yang I terpaksa lunaskan sebelum berundur diri.Berkarya hanya bila ianya menyenangkan dan menghiburkan hati”

“Seni muzik halwa telinga sepatutnya memberikan kegembiraan kepada yang mendengar.Tujuan dan definasi lagu itu ialah irama yg menyampaikan cerita.Jangan dicemari keindahan seni itu dgn hati yg kusam dan kosong itu.Jaga diri semua” tulisnya lagi

Kongsi pelantun Janji Manismu ini, dia akan berbuat demikian setelah merealisasikan beberapa impiannya dan ketika ini akan terus menghiburkan peminat.

aishah
https://lomp.at/753ud
Share64Tweet40SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Selain Peguam Ram Singh, Video Liputan Munafik Hunter Oleh Caprice Di Mahkamah Sabah Jadi Perhatian

  2. 2

    Kapsyen Aliff Aziz Di Thread Undang Pelbagai Reaksi Netizen!-“Acah La Engkau..”

  3. 3

    Waris Selar Kenyataan Saifuddin Nasution, Dakwa “Tipu & Fitnah” Ibu Zara Qairina

  4. 4

    [VIDEO] Peminat Terkejut Dengar Erra Fazira Menyanyi Lagu Dangdut

  5. 5

    [VIDEO] Gelagat Anak Tok Ram Menari Buatkan Netizen Terhibur

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem