Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result

Alami Batuk Berdarah, Paru-Paru Roslan Salleh Dijangkiti Kuman

by Khai Azfar
May 20, 2020
13
KONGSIAN
Share on Facebook

Menerusi perkongsian yang dipetik dari Astro Gempak, pelakon veteran Roslan Salleh kini hanya mampu menghabiskan masa dengan berehat di rumah.

Berlarutan Sehingga Berdarah 

Lebih menyayatkan hati, sebelum menyambut Ramadan baru-baru ini, Roslan atau juga mesra disapa sebagai Pak Lan telah alami batuk berdarah. Jelasnya, pada awalnya dia hanya mengalami batuk biasa, namun ianya telah berlarutan sehingga berdarah.

gambar : Astro Gempak

Dalam masa yang sama, pihak hospital telah mengesahkan Roslan mempunyai jangkitan pada paru-paru namun kini beransur pulih.

“Teruk juga batuk Pak Lan sebab darahnya likat dan boleh tahan banyak. Seminggu juga Pak Lan ditempatkan di hospital.

“Doktor beritahu ada jangkitan dekat paru-paru, tekanan darah pun rendah. Tapi Alhamdulillah tak teruk dan sekarang beransur pulih,” katanya.

Dedah pelakon yang terkenal dengan watak antagonis itu, keadaanya terkini juga tidak lagi seperti dahulu dan kadang kala terpaksa bergantung pada kerusi roda selain akuinya ianya disebabkan faktor umurnya yang kini menjengah 63 tahun.

“Berjalan tu boleh tapi dah tak kuat. Kena berpaut dan adakalanya kena sorong dengan kerusi roda, faktor usia mungkin,”

Peringatan Buat Rakan-Rakan 

Di kesempatan itu, Salleh berkata perkongsian dibuat, bukanlah mengharapkan simpati daripada orang ramai, namun ianya adalah sekadar mesej dan peringatan buat rakan-rakan seperjuangan yang masih sihat.

“Hanya sekadar peringatan kepada kawan-kawan yang masih sihat.

“Kalau kita diuji Allah dengan nikmat kesihatan yang ditarik balik, hanya harapkan doa dan sokongan moral dari kawan-kawan. Itu lebih besar nilainya.

“Saya mungkin dah tak sihat macam dulu, tapi semangat masih kuat,” katanya seperti dipetik dalam Astro Gempak

Sebagai info, Roslan mula aktif di dalam bidang lakonan sekitar tahun 1973. Mempunyai kelulusan di Maktab Perguruan Lembah Pantai, antara filem-filem popular lakonan Roslan adalah KL Special Force, Munafik 2, Anak Perjanjian Syaitan dan banyak lagi.

Roslan Salleh
https://lomp.at/507xo
Share11Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Insentif

Tulus Digital Lancar Kempen ‘BerkatZakat’ Ramadan 1447H, Bayar Zakat Kini Semudah Satu Klik

by Ayu Kamaruddin
February 19, 2026

Menjelang Ramadan 1447H, Tulus Digital Sdn Bhd (Tulus Digital) tampil dengan kempen istimewa bertemakan ‘BerkatZakat - Satu klik, seribu keberkatan’,...

Read moreDetails
Insentif

Berita Baik Buat Penjaja, DBKL Umum Potongan Sewa Tapak Hingga 50% Bermula 1 April

by Ayu Kamaruddin
March 16, 2026

Berita melegakan buat peniaga kecil di ibu kota apabila Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mengumumkan pengurangan kadar sewaan tapak penjaja dan...

Read moreDetails
Spotlight

[VIDEO] “Cantiknya Anak Awie”- Wajah Arni Nazira Zaman Muda Kembali Jadi Sebutan

by Phic ARMAN
February 16, 2026

Nama Putri Aleeya Antasha kembali jadi buah mulut netizen apabila sekeping foto terbaharu dirinya tular di media sosial. Wajah lembut,...

Read moreDetails
via Grok
Sosial Buzz

Nak Renew Rumah Kena Sewa Kereta Sekali? Penyewa Terkejut Dengan Syarat ‘Combo’ Tuan Rumah

by Naja Nix
March 4, 2026

Kontrak Hampir Tamat, Tapi Datang Syarat Luar Jangka Seorang penyewa meluahkan rasa tidak puas hati selepas dimaklumkan bahawa kontrak rumah...

Read moreDetails
Insentif

Ramai Tak Tahu! Ini Tips Mudah ‘Check’ Barang MyKasih Supaya Tak Tersangkut Di Kaunter

by Phic ARMAN
March 2, 2026

Ramai masih keliru bila bercakap tentang bantuan MyKasih. Sebenarnya ia adalah bantuan makanan tanpa tunai yang dikreditkan terus ke dalam...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  4. 4

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  5. 5

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara