Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Alan Walker, DJ Soda & Ramai Lagi Artis Seluruh Dunia Akan ‘Berkampung’ Di Sarawak

by Phic ARMAN
July 6, 2022
Share on Facebook

Buat julung kalinya peminat muzik tempatan berpeluang menikmati Borneo Music Festival Live 2022 yang bakal diadakan di Sarawak Cultural Village, Kuching, Sarawak pada 9 dan 10 September 2022. Festival tersebut dibawa secara eksklusif oleh Amazing Aurora Entertainment dan dianjurkan oleh Firmament Event Studio dengan kerjasama More Entertainment. Penganjuran yang pertama kali diadakan secara terbuka di Sarawak itu bakal menghimpunkan artis dari enam negara di seluruh dunia, selain itu, fesival tersebut juga bakal menyatukan pelbagai genre muzik pada satu platform
yang sama.

Pengunjung festival berpeluang untuk menari dan menyanyi sepuas hati dengan Alan Walker dari United Kingdom, DJ Soda dari Korea Selatan, DJ Alexis Grace, DJ Ice Cream, DJ Chacha, DJ MYVAX dan DJ Paul dari Malaysia, Nicole Chen dari Singapura, DJ X Factor dari Filipina, DJ Venom C dan Moski Love dari Indonesia serta barisan penyanyi Malaysia seperti Rynn Lim, ThomasJack dan Priscilla Abby bersama kumpulan muzik tempatan iaitu At Adau dan Tuku’ Kame’.

Alan Walker yang pertama kali bakal muncul di Sarawak itu amat popular dengan single berjudul Faded. Populariti lagu tersebut membolehkan Walker menerima sijil berlian di Jerman dan sijil multi-platinum di lebih 10 buah negara termasuk Amerika Syarikat (US) dan United Kingdom (UK). Sehingga kini lagu ciptaan Walker itu terus mendapat perhatian ramai dan menguasai pasaran muzik antarabangsa.

DJ Soda yang merupakan salah seorang DJ wanita yang popular di Korea Selatan bukanlah satu nama asing dalam industri muzik. Namanya cukup popular di peringkat antarabangsa dan mempunyai berjuta pengikut dalam talian.

Bagi memeriahkan lagi festival tersebut, sesiapa yang membeli tiket awal iaitu pada 6 dan 7 Julai ini berpeluang untuk mendapat potongan harga sebanyak 10 peratus. Diskaun tersebut hanya diberikan kepada pembeli tiket pada tarikh berkenaan sahaja. Jangan lepaskan peluang untuk mendapat tiket tersebut di www.excitix.com.my.

Jangan ketinggalan untuk menikmati Borneo Music Festival Live 2022 yang bakal mencatat sejarahnya yang tersendiri. Tiket Borneo Music Festival Live 2022 akan mula dijual pada pukul 12 tengah hari, 6 Julai ini seperti berikut:

  • PAS UNTUK 2 HARI – KEMASUKAN UMUM – Pembeli Awal (Early Bird): RM400 (diskaun 10% pada 6-7 Julai) Fasa 1: RM450 Fasa 2: RM500
  • PAS UNTUK 2 HARI -ROCK ZONE – Pembeli Awal (Early Bird): RM680 (diskaun 10% pada 6-7 Julai) Fasa 1: RM750 Fasa 2: RM800

Notis: Semua harga tiket dikenakan bayaran RM4 untuk proses yuran. Kemasukan ke festival muzik ini hanya untuk mereka yang berumur 18 tahun ke atas.
Untuk mengetahui perkembangan terkini mengenai Borneo Music Festival Live 2022, sila ikuti Facebook: @bmfl2022

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Alan walkerDJ Alexis GraceDJ ChachaDJ Ice CreamDJ MYVAXDJ SOda
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Tular Pelanggan Tinggalkan Sushi Tidak Habis, Netizen Tampil Kongsi Pengalaman Sebenar Sistem Buffet

  2. 2

    6 Destinasi Pantai Timur Yang Berbaloi Diterokai Apabila ECRL Beroperasi

  3. 3

    Ramai Tak Tahu! Kebun Rimba Private Estate Di Janda Baik Ini Ada Vila Mewah Tengah Hutan & Rumah Kampung Tradisional

  4. 4

    Patutlah Jadi Pilihan Ramai! Wyndham Suites KLCC Ada Suite Seluas Rumah Di Tengah Kuala Lumpur

  5. 5

    Saluran TV6 RTM Tamat Siaran Mulai 1 Julai, Peminat Luah Kecewa,- “Janganlah Tutup…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara