Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita

Selangor Tawar Pengangkutan Percuma Ke Hospital Kerajaan, Ini Cara Nak Mohon!

by Phic ARMAN
November 12, 2025
63
KONGSIAN
Share on Facebook

Kalau anda tinggal di Selangor dan ada ahli keluarga yang perlukan ambulans untuk ke hospital, tapi bukan dalam kes kecemasan, ini berita untuk anda!

Kerajaan Negeri Selangor baru-baru ini memperkenalkan program Ambulans Kita Selangor, satu inisiatif yang membolehkan rakyat menggunakan perkhidmatan ambulans secara percuma untuk ke hospital kerajaan terpilih. Tapi jangan salah faham, ini bukan untuk kecemasan, ya!

Sebaliknya, ia khas untuk pesakit yang nak ke temu janji rawatan, fisioterapi, atau sesi susulan di hospital.

Siapa Yang Boleh Guna?

Program ini utamanya untuk rakyat Selangor yang mempunyai pendapatan isi rumah RM5,000 ke bawah dan termasuk:

  • Pesakit terlantar sepenuhnya, atau
  • Mereka yang perlukan bekalan gas oksigen sepanjang perjalanan.
  • Dengan kata lain, program ini memang dikhususkan buat golongan yang memerlukan perhatian lebih ketika bergerak ke hospital.

Di Mana Program Ini Bermula?

Untuk permulaan, Ambulans Kita Selangor akan beroperasi secara berfasa bermula September 2025 di tiga daerah utama, Petaling, Kuala Langat dan Kuala Selangor.
Kerajaan negeri juga memperuntukkan sebanyak RM1 juta tahun depan untuk menjayakan program ni. Kalau semuanya berjalan lancar, khidmat ini akan diperluaskan ke seluruh Selangor.

Ke Mana Ambulans Ini Boleh Bawa?

Skop perkhidmatan agak fleksibel, termasuk:

  • Dari rumah ke hospital kerajaan
  • Dari hospital kerajaan ke rumah
  • Dari hospital kerajaan ke hospital kerajaan lain

Senarai hospital pun bukan calang-calang, antara yang terlibat ialah Hospital Shah Alam, HTAR Klang, Hospital Sungai Buloh, Hospital Selayang, Hospital Banting, PPUM, HCTM UKM, Hospital Serdang, dan beberapa hospital lain termasuk di Putrajaya dan Perak.

Antara kawasan terlibat termasuk Subang Jaya, Seri Setia, Kota Damansara, Kampung Tunku, Banting, Dengkil, dan Sungai Pelek, menjadikannya antara projek kesihatan terbesar yang pernah dilancarkan oleh kerajaan negeri.

Macam Mana Nak Mohon?

Mudah je, anda boleh muat turun borang di pautan rasmi tinyurl.com/ProgramAmbulansKitaSelangor

Lepas isi, sertakan:

  • Salinan kad pengenalan
  • Surat temu janji atau surat discaj hospital
  • Bukti atau surat pengesahan pendapatan

Kemudian, serahkan borang kepada ADUN atau Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) untuk pengesahan.

Kenapa Program Ini Penting?

Kadang-kadang, nak ke hospital pun boleh jadi cabaran besar, terutama untuk pesakit kronik yang tak mampu bergerak sendiri. Dengan adanya Ambulans Kita Selangor, golongan ini dapat bergerak dengan lebih selamat, selesa, dan tanpa beban kos.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Ambulans Kita SelangorHCTM UKMHospital BantingHospital SelayangHospital SerdangHospital Shah AlamHospital Sungai BulohHTAR KlangPPUM
Share25Tweet16SendShare

KINI TRENDING

Berita

Bukan Rokok Sahaja, Ini Antara Barangan Yang Cuba Diseludup Masuk Malaysia Bernilai RM2.05 Bilion

by Phic ARMAN
September 30, 2026

Penyeludupan bukan sekadar cerita tentang rokok atau minuman keras yang cuba dibawa masuk secara senyap-senyap. Di sebalik kegiatan ini, ada...

Read moreDetails
Berita

Gardenia Semarakkan Merdeka 2026, 5,000 Cenderahati Buat Pengunjung

by Phic ARMAN
September 1, 2026

Bila sebut sambutan Hari Kebangsaan, bukan hanya perarakan dan kibaran Jalur Gemilang yang mencuri perhatian. Tahun ini, Gardenia Bakeries (KL)...

Read moreDetails
Berita

REVIEW HONOR X9e Pro: Bukan Sekadar Tahan Lasak, AI Pun Makin Bijak

by Phic ARMAN
September 25, 2026

Telefon dengan AI sekarang bukan benda pelik. Hampir setiap kali ada pelancaran telefon baharu, perkataan AI mesti muncul entah berapa...

Read moreDetails
Berita

“Kalaulah Saya Tahu Itu Pertemuan Terakhir Kita”- Syed Saddiq Kenang Tun Siti Hasmah

by Phic ARMAN
September 28, 2026

Ada pertemuan yang kita sangka biasa-biasa sahaja, tetapi rupanya menjadi kenangan terakhir yang akan dibawa sepanjang hayat. Begitulah yang dirasakan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Petua Orang Dulu, 3 Bahan Ini Boleh Lebatkan Kembali Rambut Yang Gugur

  2. 2

    [REVIEW] Kudrat 1968: High Council, Ada Beberapa Perkara Yang Kurang Kena

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara