Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Amira Othman Tak Mampu Tidur, Dedah Heliza Helmi Sempat Mesej Saat Kapal Dikepung Tentera Israel

by Puteri Alia
October 3, 2025
Share on Facebook

Penyanyi Amira Othman mengakui hatinya benar-benar tergoncang selepas menerima khabar mengejutkan mengenai penahanan 23 sukarelawan Malaysia oleh tentera Israel ketika mereka menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza, semalam. Amira atau nama sebenarnya Nadia Amira Othman, 31, berkata, sepanjang malam dia tidak mampu melelapkan mata kerana terlalu memikirkan nasib para aktivis yang ditahan, termasuk beberapa rakan artis yang dikenali rapat dengannya.

“Kalau cerita tentang mereka, memang meremang bulu roma. Saya beritahu Fattah yang saya tidak boleh tidur semalam,” luah Amira dalam satu perkongsian di TikTok, menggambarkan betapa kuatnya perasaan bimbang yang menghantui dirinya.

Lebih menyayat hati, penyanyi lagu Bila Nak Kahwin itu turut berkongsi detik cemas apabila salah seorang sukarelawan, iaitu penyanyi dan aktivis terkenal Heliza Helmi, sempat menghubunginya melalui mesej ringkas ketika kapal yang dinaiki dikepung tentera Zionis. Menurut Amira, mesej itu dihantar sekitar jam 4 pagi dan sehingga kini, bayangan pesanan tersebut masih berlegar dalam fikirannya.

“Pukul 4 lebih pagi, Kak Ja sempat mesej saya beritahu mereka dikepung. Sampai sekarang terbayang-bayang mesej itu. Hati jadi tidak tenang. Sebelum kita mula apa-apa, kita doakan dulu keselamatan mereka. Mudah-mudahan Allah lindungi dan permudahkan urusan semua,” ujarnya penuh sebak.

Misi kemanusiaan ini turut disertai beberapa figura lain yang dikenali, antaranya Nurul Hidayah Mohd Amin atau Ardel Aryana, Zizi Kirana, Farah Lee, Zulfadhli Khiduddin, Rusydi Ramli, Musa Nuwayri, Muaz Zainal, Haikal Abdullah, Iylia Balqis serta Sul Aidil. Kehadiran barisan sukarelawan pelbagai latar belakang ini jelas memperlihatkan semangat kebersamaan rakyat Malaysia dalam usaha membawa bantuan ke Gaza, walaupun berdepan risiko besar.

Perkhabaran mengenai penahanan tersebut nyata mencetuskan gelombang doa daripada masyarakat, malah media sosial dibanjiri dengan mesej solidariti buat para aktivis. Ramai yang mengagumi keberanian mereka kerana sanggup mempertaruhkan nyawa demi menunaikan amanah kemanusiaan.

[VIDEO] Amira Othman Kongsi Gelagat Fattah Amin Buat Trend TikTok, Curi Perhatian Netizen!-"Aneh-Aneh Sekarang..."

Namun, laporan terkini sedikit melegakan apabila kesemua 23 sukarelawan Malaysia itu disahkan berada dalam keadaan selamat dan dijadualkan pulang ke tanah air melalui sebuah negara ketiga. Meskipun begitu, insiden yang berlaku telah membuka mata ramai mengenai risiko sebenar perjuangan membantu Palestin, sekaligus mengingatkan orang ramai agar tidak pernah berhenti mendoakan keselamatan serta kemenangan mereka yang berada di barisan hadapan.

Amira Othmanheliza helmi
https://lomp.at/qgnan
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Berita

Puteri Balqis Balas Kenyataan Daler Yusuf Tegur Bapa Tiri & Tunang

by Naddy Joe
January 26, 2026

Pelakon, Puteri Balqis tampil membidas kenyataan aktor, Daler Yusuf yang berpendapat tunang dan bapa tiri itu seharusnya tidak masuk campur...

Read moreDetails
Foto - @ayrie_7 (TikTok)
Lokal

[VIDEO] Pemuda Orang Asli Tegur Sikap Influencer, Anggap Konten Kurang Sensitif

by Nurul A.
January 14, 2026

Baru-baru ini pencipta kandungan, Danish Firdaus telah menuai kecaman ramai selepas memuat naik video kunjungannya ke sebuah perkampungan Orang Asli...

Read moreDetails
Foto - @jibreelhq (IG) / @adira.suhaimi (IG)
Lokal

Perjelas Status Perkahwinan Dengan Datuk Red, Adira Tegas Tidak Pernah Rujuk

by Nurul A.
January 20, 2026

Penyanyi Adira Suhaimi menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa dia telah rujuk semula dengan bekas suami, Datuk Red seperti yang tular sebelum...

Read moreDetails
Berita

Ojenn Aiwahhh Perjelas Kenyataan ‘Jangan Cari Pasal Dengan Orang Berduit’-“Ayat Itu Ojenn Tujukan Buat..”

by Naddy Joe
January 15, 2026

Usahawan dan pempengaruh terkenal, Ojenn Aiwahhh tampil memberikan penjelasan mengenai kenyataannya mengenai 'jangan cari pasal dengan orang berduit' yang ditulisnya...

Read moreDetails
Lokal

Janna Nick Persoal Sikap ‘Hipokrit’ Netizen?

by Naddy Joe
January 16, 2026

Sebelum ini ramai selebriti mendapat kecaman netizen selepas didakwa mempromosikan produk yang menyokong kekejaman Zionis di bumi Palestin. Terkini, pelakon...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Benarkah Berbuka Puasa di Park Hyatt KL Hotel Di Merdeka 118 Kena Lewat 3 Minit?

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  4. 4

    Makan Di Food Court Cecah RM42, Netizen Luah Rasa Tak Berbaloi

  5. 5

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore