Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Ammar Alfian Didenda RM3,500! Gara-Gara Rosakkan Van & Tumbuk Pekerja POS Malaysia

Ammar didenda selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

by Khai Azfar
November 2, 2021
Share on Facebook

Pelakon Ammar Alfian pada Isnin (1 November 2021) telah didenda sebanyak RM3,500 selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Rosakkan Van POS Malaysia & Tumbuk Pemandu Van

Memetik laporan Kosmo!, Ammar didenda oleh Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan melakukan khianat pada sebuah van jenis Toyota Hiace milik Pos Malaysia Berhad menggunakan kayu besbol dan menumbuk pemandu van tersebut,Muhammad Nur Aimin Mohd Noor, 31 pada April lalu.

Majistret S. Mageswary menjatuhkan hukuman itu selepas pelakon filem Paskal tersebut mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang disabitkan ke atasnya. Sekiranya gagal membayar jumlah denda tersebut, mahkamah memerintahkan Ammar Alfian dihukum penjara dua bulan namun tertuduh membayar denda itu.

Difahamkan, mengikut pertuduhan pertama didakwa melakukan khianat dengan mengetuk pintu sebelah kanan kenderaan Pos Malaysia Berhad itu telah menyebabkan syarikat itu mengalami kerugian RM777. Manakala, pertuduhan kedua, Ammar didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Muhammad Nur Aimin yang didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-keduanya.

Kedua-dua kesalahan yang dilakukan oleh Ammar berlaku di Jalan Budiman Cheras di sini pukul 1.45 tengah hari 5 April lalu. Bagi pertuduhan khianat, mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM2,000 atau penjara sebulan manakala pertuduhan mencederakan, Ammar didenda RM1,500 atau penjara sebulan.

Ammar Alfian Tegur Wanita-wanita Yang Berangan Mahu Lelaki 'Provider'- "Munafik Tahap Maksima!"

Peguam Amar Rayu Hukuman Ringan

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Hanis Anisha Jamilludin memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran agar tertuduh tidak mengulangi kesalahan sama di masa akan datang.

“Tertuduh sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada orang awam memandangkan dia seorang artis yang dikenali ramai,” katanya seperti dilaporkan portal akhbar tersebut

Bagaimanapun peguam Muhammad Rhastdan Abdul Wahab, yang mewakili Ammar memohon hukuman ringan atas alasan ini merupakan kesalahan pertama anak guamnya dan kerugian yang dialami juga hanya sekitar RM700. Menurut peguam itu, dalam kejadian tersebut mangsa hanya mengalami kecederaan ringan dan tertuduh telah memberikan kerjasama yang baik kepada pihak polis sepanjang siasatan.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Source: Kosmo!
ammar alfian
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Harga Asal RM289, Tapi Bil Melonjak Jadi RM600?  Pengguna Luah Kecewa Isu Caj Rawatan Gigi Didakwa Tidak Dimaklumkan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara