Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

Sah! Siri Komik Superman Terbaru, Anak Clark Kent & Lois Lane Jadi Biseksual

Anak lelaki kepada Clark Kent dan Lois Lane iaitu Jon Kent menjadi Superman terbaru

by Puteri Alia
October 12, 2021
Foto - DC Comics

Foto - DC Comics

Share on Facebook

Pengeluar komik superhero terkenal dunia, DC Comics memiliki ramai peminat di seantero dunia dengan pelbagai kisah superhero yang diminati ramai seperti Batman, Wonder Woman, Catwoman, Superman dan sebagainya.

Kini banyak koleksi komik keluaran DC Comics memperkenalkan watak-watak superhero LGBT beberapa tahun kebelakangan ini. Ianya bukanlah sesuatu yang mengejutkan namun lain pula jika bercakap mengenai karakter superhero yang satu ini.

Jon Kent Superman Biseksual

Dalam edisi Superman: Son of Kal-El, difahamkan anak lelaki kepada Clark Kent dan Lois Lane iaitu Jon Kent menjadi Superman terbaru bagi keluaran siri tersebut.

Ia mungkin tidak mengejutkan peminat cerita superhero ini, namun pengumuman DC Comics di laman sesawang mereka tentang identiti watak superhero ini yang merupakan seorang biseksual mengejutkan orang ramai.

Foto – DC Comic

Jatuh Cinta Dengan Wartawan Lelaki

Jika dalam siri Superman terdahulu, Clark telah jatuh cinta dengan Lois  yang merupakan seorang wartawan jelita dan berwibawa. Kini dalam siri terbaru ini, Jon juga jatuh cinta dengan seorang wartawan lelaki,Jay Nakamura.

Tidak seperti biasa karakter, Jon diolah menjadi superhero biseksual yang mencintai lelaki dan dalam masa yang sama menentang kejahatan dalam kehidupan diri yang penuh kompleks.

Foto – DC Comics

Dipetik dari DC Comics, penulis bersiri komik popular Superman iaitu Tom Taylor mengatakan Superman merupakan superhero yang menegakkan keadilan, memberi harapan dan kebenaran.

Untuk menampilkan siri superhero yang bersifat kepelbagaian, DC Comics ini menampilkan jalan cerita yang berbeza dan membawa peminat untuk meneroka identiti karakter Jont dalam siri baru ini dari sudut pandang LGBT.

Apa pandangan anda terhadap siri Superman biseksual ini?

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
biseksualDC ComicsJon Kentsupermansuperman biseksual
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  3. 3

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  4. 4

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  5. 5

    Luahan Nasib Anak Mona Fandey Yang Ramai Tidak Tahu-“Terpaksa Telan Air Liur Ayahnya?”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara