Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita

Animasi “Robozeta” Temani Cuti Sekolah Bersama RTM

by Aphit J.
February 10, 2024
Share on Facebook

Radio Televisyen Malaysia (RTM) berkongsi keceriaan tibanya cuti persekolahan anak-anak dengan menyiarkan tayangan animasi 3D “Robozeta” musim kedua.

Telah Mula Bersiaran

Menemani cuti sekolah anak-anak, animasi ini telah pun mula bersiaran sejak 3 Februari lalu.

Bukan sahaja memberi hiburan kepada kanak-kanak, malahan program animasi terbitan Red Circle Studio ini membuktikan kemampuan anak tempatan dalam menghasilkan animasi bermutu dan berkualiti.

Menariknya animasi Robozeta mengetengahkan lima adiwira comel iaitu Riko, Jango, Bepop, Ely dan Rexx berjaya menarik perhatian kanak-kanak menonton kesinambungan animasi 13 episod ini untuk musim yang kedua.

Menyelitkan Contoh Teladan

via RTM

Biarpun program animasi, pengisian plot cerita ini tidak lupa menyelitkan contoh teladan yang baik dalam setiap episod yang disiarkan.

Antara isu semasa yang dibawakan termasuklah pesanan kepada kanak-kanak sendiri seperti jangan makan atau menonton TV terlalu banyak, bencana dan wabak yang melanda seluruh dunia.

Kisah 5 Adiwira

Kisah Robozeta menceritakan tentang lima adiwira iaitu Riko yang meminjam suara Raff Samad, Jango (Nur Liyana), Bepop (Muhd Fahrullah), Ely (Wan Nur Hidayah) dan Rexx (Sham Along).

Mereka menubuhkan sebuah kumpulan untuk melindungi dan mempertahankan Bandar Zetania juga cip A.I yang digelar Zeno dari ancaman kumpulan penjahat Kalabera dan Big Boss Omega.

Untuk mengetahui apakah misi mereka berjaya atau sebaliknya, usah ketinggalan menyaksikan animasi ini setiap Sabtu dan Ahad, pukul 6.00 petang di Okey.

BRTM turut memberikan peluang kepada anda yang tidak berkesempatan menyaksikan menerusi saluran TV untuk mengikuti penstriman langsung secara percuma menerusi RTMKlik (rtmklik.rtm.gov.my).

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
robozeta
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

Gardenia Semarakkan Merdeka 2026, 5,000 Cenderahati Buat Pengunjung

by Phic ARMAN
September 1, 2026

Bila sebut sambutan Hari Kebangsaan, bukan hanya perarakan dan kibaran Jalur Gemilang yang mencuri perhatian. Tahun ini, Gardenia Bakeries (KL)...

Read moreDetails
Berita

“Kalaulah Saya Tahu Itu Pertemuan Terakhir Kita”- Syed Saddiq Kenang Tun Siti Hasmah

by Phic ARMAN
September 28, 2026

Ada pertemuan yang kita sangka biasa-biasa sahaja, tetapi rupanya menjadi kenangan terakhir yang akan dibawa sepanjang hayat. Begitulah yang dirasakan...

Read moreDetails
Berita

REVIEW HONOR X9e Pro: Bukan Sekadar Tahan Lasak, AI Pun Makin Bijak

by Phic ARMAN
September 25, 2026

Telefon dengan AI sekarang bukan benda pelik. Hampir setiap kali ada pelancaran telefon baharu, perkataan AI mesti muncul entah berapa...

Read moreDetails
Berita

Bukan Rokok Sahaja, Ini Antara Barangan Yang Cuba Diseludup Masuk Malaysia Bernilai RM2.05 Bilion

by Phic ARMAN
September 30, 2026

Penyeludupan bukan sekadar cerita tentang rokok atau minuman keras yang cuba dibawa masuk secara senyap-senyap. Di sebalik kegiatan ini, ada...

Read moreDetails
Berita

Kenapa Meerqeen Dipilih Jadi Duta REDMI Note 17 Series?

by Phic ARMAN
August 20, 2026

Bila Xiaomi umumkan Meerqeen sebagai Malaysia Ambassador untuk REDMI Note 17 Series, ramai mungkin tertanya-tanya, kenapa Meerqeen? Jawapannya sebenarnya cukup...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  2. 2

    Baru Dibuka! Oakwood Cameron Highlands Tawar Keselesaan Moden & Permandangan Indah

  3. 3

    Elak Kelam-Kabut! Ini 7 Tips Persiapan Hari Raya Yang Ramai Terlepas Pandang

  4. 4

    8 Ahli Kerabat Diraja Pilih Orang Biasa Sebagai Pasangan Hidup

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara