Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

‘Apa Masalahnya Kalau Ada Orang Lain Seiras Dengan Rosmah’- Hannah Yeoh

by Zaidin Albert
October 14, 2022
Share on Facebook

Sudah menjadi kebiasaan apabila orang cuba samakan wajah kita dengan selebriti mahupun tokoh terkenal. Kadang-kadang kita boleh menerimanya dengan baik namun ada yang kurang senang. Seperti salah satu Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) baru-baru ini disamakan seperti Rosmah Mansor oleh Hannah Yeoh.

Baru-baru ini, di akaun Twitternya, Hannah memuat naik tangkapan skrin tajuk berita dengan imej Datuk Suraya Yaacob, yang merupakan ADUN Sungai Tiang. Sekali pandang Hannah terkejut dengan rupa Suraya.

“Saya fikir itu Rosmah dan tertanya-tanya apa yang dia lakukan di Kedah.”- tulisnya

Nampaknya kenyataan Hanna tidak disambut baik oleh ketua Puteri UMNO, Zahida Zarik Khan, yang kemudiannya menjawab melalui tweet dan menggelarkan perkara itu sebagai “face shaming.”

Zahida tidak menyangka kenyataan sebegitu daripada seseorang bergelar YB, yang juga bekas naib presiden Pakatan Harapan (PH). Walaupun terdapat perbezaan ideologi, Zahida percaya bahawa ia tidak sepatutnya membenarkan penghinaan daripada Hannah.

“Menghina sesama wanita adalah tidak wajar dan menjijikkan.”

Hannah Jawab Dakwaan Zahida

“Hello Zahida, saya tidak pernah ‘face shame’ Rosmah. Apa masalahnya kalau ada orang lain seiras dengan Rosmah, Najib atau Zahida? Saya tidak faham mengapa orang UMNO marah jika sesiapa kelihatan sama seperti Rosmah.” tulisnya

Baru pagi tadi (14 Oktober), Hannah Yeoh menjawab kekecewaan Zahida dan menjelaskan bahawa dia tidak pernah mengaibkan Rosmah atau sesiapa pun dalam tweetnya sebelum ini.

Topik Berkaitan Peminat Dah ‘Countdown’! BTS, The Weeknd & Post Malone Bakal Gegar KL, Apa Kata Live Nation Malaysia?

Enggan memanjangkan perkara itu, Hannah telah memutuskan untuk menarik balik kenyataannya mengenai hal ini, walaupun tidak faham kenapa rakan-rakan ahli politik UMNO menganggap dirinya tidak sopan jika menyebut wajah seseorang kelihatan seperti Rosmah.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Datuk Suraya YaacobHannah Yeohrosmah mansorZahida Zarik Khan
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Nourul Beri Pesanan Terbuka Buat Noor Azizah- “Mudah Bercakap Bila Sudah Selamat”

  2. 2

    “Mereka Juga Selayaknya Terima Penghargaan Ini”- UAI Terima Anugerah Tokoh Maal Hijrah

  3. 3

    “Kami Bukan Nak Gantikan Cendol Mereka”- Pengasas Koppiku Mahu Penjual Tradisional Terus Dikenang

  4. 4

    [REVIEW] Dr Anwar Naha Dalang Kematian Ahyan Atau Sekadar ‘Umpan’? Episod 7 GBGTH Cetus Teori Baharu

  5. 5

    Masuk Je Terus Jumpa Kucing! Izawa Dessert Cat Cafe Jadi Tarikan Unik Di George Town, Pulau Pinang

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara