Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Peminat Dah ‘Countdown’! BTS, The Weeknd & Post Malone Bakal Gegar KL, Apa Kata Live Nation Malaysia?

by Phic ARMAN
May 26, 2026
23
KONGSIAN
Share on Facebook

Kuala Lumpur nampaknya semakin serius mahu menjadi hab hiburan terbesar Asia apabila penganjur konsert terkenal Live Nation Malaysia mengumumkan pelancaran KL Headline Season 2026 yang bakal membawa sederet nama besar dunia ke ibu negara!

Menerusi inisiatif mega itu, sebanyak 25 artis global dijangka mengadakan persembahan di enam lokasi berbeza sekitar Kuala Lumpur sepanjang tahun ini. Lebih menarik, program tersebut dijangka menarik hampir 500,000 peminat dari Malaysia dan rantau Asia Tenggara.

Antara nama besar yang sudah diumumkan termasuk The Weeknd, BTS, Laufey, Post Malone serta Kodaline.

Menurut Pengarah Urusan Live Nation Malaysia, Paramananthan Rajagopal, satu ketika dahulu rakyat Malaysia sanggup terbang ke Singapore, Bangkok, Seoul atau Tokyo semata-mata mahu menyaksikan konsert artis antarabangsa.

Pengarah Urusan Live Nation Malaysia, Paramananthan Rajagopal

Namun kini situasinya berubah apabila Kuala Lumpur sendiri mula menjadi pilihan utama penganjur jelajah dunia.

“Sekarang, jelajah konsert terbesar dunia datang ke KL sendiri,” katanya.

Tambah beliau lagi, kejayaan itu bukan berlaku secara kebetulan tetapi hasil kerjasama pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan, penaja, pengendali venue, pihak pelancongan, media dan tentunya sokongan peminat tempatan.

Dalam masa sama, industri konsert di Malaysia juga dilihat semakin memberi impak besar kepada ekonomi negara. Difahamkan lebih 400 konsert dianjurkan sepanjang 2024 dengan impak ekonomi dan pelancongan mencecah RM553 juta.

Topik Berkaitan Datang Malaysia Julai Ini! Rupanya Kenny G Ada Rekod Dunia Yang 'Mind-blown’

Malah, angka itu dijangka melonjak hampir RM1.7 bilion tahun ini!

Bukan sekadar hiburan, konsert kini menjadi ‘enjin ekonomi’ yang membantu sektor pelancongan, makanan dan minuman, pengangkutan selain membuka ribuan peluang pekerjaan.

Menariknya, peminat dari negara seperti Indonesia, Thailand, Philippines, Vietnam, Taiwan dan Hong Kong juga dikatakan sanggup datang ke Kuala Lumpur hanya untuk menikmati pengalaman konsert di sini.

Menteri Komunikasi Umum inisiatif Beli Tiket Selamat (BTS)

Dalam perkembangan sama, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil turut mengumumkan inisiatif Beli Tiket Selamat (BTS) bagi membantu melindungi orang ramai daripada penipuan tiket konsert.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil

“Kempen ini diwujudkan khusus bagi melindungi rakyat daripada ancaman penipuan tiket acara. Tidak mustahil akan ada iklan-iklan teknologi kecerdasan buatan (AI), deepfake untuk menjual tiket acara,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran KL Headline Season 2026 di sini, hari ini.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh pula memaklumkan bahawa pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sedang berusaha mempercepatkan proses kelulusan permit acara bagi memudahkan penganjuran konsert dan acara hiburan di ibu negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh

Untuk info lanjut mengenai KL Headline Season 2026, boleh layari KL Headline Season 2026

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
6
Hearts
Hearts
4
Haha
Haha
3
Star
Star
3
Sad
Sad
1
Weary
Weary
0
BTSHannah YeohLaufeyLive Nation MalaysiPost MaloneThe Weeknd
Share9Tweet6SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

Isu ‘Madu atau Racun’ Cetus Perdebatan, Eric Fuzi Pula Sentuh Budaya Media Sosial

by Phic ARMAN
September 3, 2026

Isu drama Madu atau Racun semakin menjadi perhatian selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr Zulkifli...

Read moreDetails
Spotlight

Nourul Depp Jawab Kekeliruan Kemenangan ‘Keliru’ Di AJL-17

by Phic ARMAN
August 18, 2026

Siapa sangka, lagu Keliru yang pernah mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat ketika Anugerah Juara Lagu (AJL), masih menjadi cerita...

Read moreDetails
Spotlight

Sarimah Ibrahim Pertahan Artis Malaysia,- “Kita Multi Talented Bunch Yang Hebat!”

by Phic ARMAN
September 15, 2026

Setiap penyanyi mempunyai kekuatan dan identiti tersendiri. Jadi, adakah seseorang artis perlu mempunyai suara yang ‘merdu’ untuk dianggap berbakat? Persoalan...

Read moreDetails
Putera Harry & Meghan Markle
Spotlight

Kepulangan Putera Harry & Meghan Markle Cetus Kegusaran Kerabat Diraja British

by Nurul A.
August 21, 2026

Enam tahun lalu Putera Harry dan Meghan Markle telah mengejutkan rakyat Britain dengan berita pemergian mereka daripada negara itu serta...

Read moreDetails
Tun Dr. Mahathir
Spotlight

Tun Dr. Mahathir Dimasukkan Ke IJN

by Nurul A.
September 30, 2026

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad (Tun M) dilaporkan dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) bagi menjalani pemerhatian...

Read moreDetails
Jurang Takdirku Ku Faiz
Spotlight

Ku Faiz Muncul Dengan Single Debut “Jurang Takdirku”

by Nurul A.
August 19, 2026

Industri muzik tempatan bakal menyambut kemunculan seorang bakat baharu menerusi pelancaran single debut berjudul “Jurang Takdirku”, nyanyian Ku Faiz. Sarat...

Read moreDetails
Ultra Kalcer Malaysia 2026
Spotlight

Ultra Kalcer Malaysia 2026 Kumpulkan 19 Artis, Ada Hindia, Fugo, Naykilla Hingga Kris Dayanti!

by Nurul A.
September 19, 2026

Festival muzik, Ultra Kalcer Malaysia 2026 bakal menggabungkan sembilan belas penyanyi terkenal dari Indonesia dan Malaysia berkongsi pentas menggegarkan KL...

Read moreDetails
Meerqeen Dukung Hannah Delisha
Spotlight

“Boleh Ke Pegang Macam Tu?”- Meerqeen Jelas Isu Dukung Hannah Delisha

by Nurul A.
September 23, 2026

Nampaknya drama bersiri "The Hidden Hand (Dia Perempuan Sialan)" telah berjaya meraih perhatian ramai selepas tularnya sebahagian adegan yang memaparkan...

Read moreDetails
Spotlight

Bukan Sekadar Filem Aksi, CHELOT Tawar Pengalaman ‘Real’ Di Layar Perak

by Phic ARMAN
August 27, 2026

Dah bersedia untuk aksi yang lebih real, intense dan penuh debaran? CHELOT akhirnya bakal menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia...

Read moreDetails
Spotlight

JessC Gegar Amerika! Bawa Pulang Gelaran World Artist of the Year

by Phic ARMAN
September 27, 2026

Kalau selama ini kita biasa dengar nama artis tempatan beraksi di pentas Malaysia, JessC pula nampaknya semakin selesa membawa muziknya...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  2. 2

    8 Episod ‘Walimatulurus Bella Astillah & Syed Saddiq’, Ini Apa Yang Bakal Anda Saksikan

  3. 3

    Jep Sepahtu Luah Dua Anak Mungkin Hidap Autisme, Anggap Sebagai Hadiah Ulang Tahun ke-40

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara