Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Aril Pilus Buat ‘Comeback’, Bawa Era Shuffle Dalam Rentak ‘Tak Sempurna’

Naib Juara Akademi Fantasi Ke-7 Kembali Dengan Single Baharu Berentak EDM Di Bawah Naungan Rocketfuel Entertainment

by Aphit J.
February 17, 2024
Share on Facebook

Lebih dikenali sebagai pengacara popular tanah air, penghibur serba boleh, penyanyi, pelakon dan juga penyampai radio, Khairil Azam Pilus atau lebih terkenal dengan panggilan Aril Pilus, kembali dengan single pop terbaharunya berjudul ‘TAK SEMPURNA’.

Bawa Kembali Era Shuffle

Single ini adalah hasil ciptaan bersama, komposer berbakat Justin Seow dan penulis lirik, Asyraf Nasir, manakala diterbitkan oleh label hiburan paling berpengaruh di rantau ini, Rocketfuel Entertainment.

Ditanya dari mana datangnya idea disebalik tercetusnya single TAK SEMPURNA ini, jelas Aril, sebelum ini tular di media sosial dimana trend tarian ‘shuffle’ kembali diminati ramai.

Aril yang dahulunya seorang ‘shuffler’ dan mempunyai pengikut ramai di dalam serta luar negara, mengambil kesempatan ini untuk menghasilkan sebuah karya berentak pop EDM dan berhasrat menghasilkan festival EDM, selain mempromosikannya.

Membawa Maksud “Kebangkitan Semula”

via Rocketfuel

Lagu ini membawa maksud ‘kebangkitan semula’, sentiasa berjalan mara ke hadapan, apabila kita jatuh, bangkitlah semula dan jangan menyerah kalah kerana kita semua tidak sempurna.

Walaupun rancak, liriknya lebih memberi motivasi dalam membangkitkan semangat.

Aril mula merancang menghasilkan single ini seawal bulan Julai tahun lalu, namun setelah bertemu dengan komposer yang betul-betul memahami kehendaknya, prosesnya pun bermula.

Merupakan “Comeback”

via Rocketfuel

Aril turut menganggap lagu ini ibarat comeback baginya ke dalam industri muzik, dan bukan dia sahaja, malah untuk komuniti tarian ‘shuffle’ serta penggemar muzik EDM.

Topik Berkaitan Luahan Aril Pilus Tentang Abang Undang Sebak Ramai- "Tak Puas Membesar Dengan Dia"

Lagu ‘TAK SEMPURNA’ boleh dimuat turun di iTunes serta dijadikan nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan dan boleh didengar pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Aril Pilus
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Tular Pelanggan Tinggalkan Sushi Tidak Habis, Netizen Tampil Kongsi Pengalaman Sebenar Sistem Buffet

  2. 2

    “Kami Bukan Nak Gantikan Cendol Mereka”- Pengasas Koppiku Mahu Penjual Tradisional Terus Dikenang

  3. 3

    Apa Istimewanya Griya Hingga Berjaya Duduki No.1 Netflix Malaysia? iQIYI Dedah Kekuatan Drama Ini

  4. 4

    Tahniah! Fattah Amin & Amira Othman Timang Anak Lelaki- “Sedap Namanya”

  5. 5

    Air Dah Berasap, Tapi Masih Kata Tak Panas! Kisah Pelanggan Cerewet Buat Ramai Geleng Kepala

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara